Natasha Hudson Nikah Kali Ke 4 Kini Isteri Usahawan Kelantan


Natasha Hudson nikah kali ke-4, kini isteri usahawan Kelantan. Pelakon Natasha Hudson dilaporkan melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada malam Jumaat.
SELEPAS tiga kali gagal dalam perkahwinan, pelakon Natasha Hudson dilaporkan melangsungkan pernikahan buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada Jumaat malam.
Pasangan itu memilih untuk disatukan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.
Adik pelakon itu, Tania Hudson turut memuat naik beberapa gambar pada majlis tersebut di Instastory, selain mengucapkan tahniah kepada kakak kesayangannya itu.
“Kepada kakak saya yang cantik, saya akan sentiasa berada di sisi kamu tidak kira apa pun,” tulisnya.
Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Natasha berhubung perkahwinannya itu bagaimanapun tidak berjaya.

Tania memuat naik gambar bersama Natasha di Instastory.
Pada Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.
Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.
Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun rumah tangga itu hanya bertahan selama dua tahun.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.
BACA Juga
“Alhamdulillah, selamat sudah…” – Pekin sah bergelar suami Mona Allen dalam majlis tertutup
PELAKON dan pengarah Pekin Ibrahim dilaporkan selamat bernikah dengan aktres Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen pada pagi Jumaat.
Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 37, sah bergelar suami Mona , 28, dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan artis.
Rakan artis, Amyza Aznan berkata, dia mendapat jemputan majlis tersebut, namun tidak dapat hadir disebabkan sedang menjalani penggambaran.
“Alhamdulillah selamat sudah pagi semalam (Jumaat), mereka ada jemput tapi saya tidak dapat datang ada penggambaran.
“Mereka buat secara tertutup untuk rakan terdekat sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.
Ditanya sejak bila pasangan itu menjalinkan hubungan cinta, Amyza berkata, dia mengetahui perkara itu ketika mereka menjalani penggambarab drama Monalisa.
“Lama juga, masa kami terlibat penggambaran Monalisa, Mona sudah bercinta dengan Pekin,” ujarnya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram aktres Wan Nor Azlin turut mengucapkan tahniah dan memuat naik foto-foto pasangan mempelai itu.
“Congratulation love bird, semoga bahagia hingga ke jannah dan selamat datang ke dalam keluarga kami,” ujarnya.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Pekin dan Mona masih gagal apabila pasangan ini tidak menjawab sebarang panggilan dan mesej.
Maaflah Joyah, tak dapat tengok Eiffel Tower sampai ke sudah! – Awal Ashaari
NIAT murni pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari untuk membawa pembantunya yang dikenali sebagai Joy ke Paris tidak kesampaian apabila permohonan visa untuknya tidak diluluskan.
Awal berkata, impian Joy yang juga warganegara Filipina untuk melihat sendiri Menara Eiffel di depan mata tidak kesampaian dan ini bukan kali pertama visanya ditolak.
“Kalau nasib baik, lulus. Macam visa Schenzen dan EU… Dah berkali-kali mohon tetap tak diluluskan.
“Maaflah Joyah (panggilan untuk Joy), tak dapat nak tengok Eiffel Tower sampai ke sudah,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Awal berkata, sebagai rakyat Malaysia dia berasa beruntung kerana boleh melawati ke pelbagai negara tanpa menggunakan visa.
“Kita beruntung kerana hubungan baik politik dengan banyak negara, kita sebagai rakyat Malaysia dikecualikan daripada dikenakan visa.
“Macam makcik sebelah ni, mana-mana nak pergi pun kena mohon visa,” ujarnya.
Pun begitu, perkongsian Awal mengenai pembantunya itu mendapat respon positif daripada pengikutnya yang menyifatkan dia seorang majikan yang baik.
Kata netizen, walaupun permohonan itu gagal namun niat dan usaha murni Awal untuk membawa bersama-sama pembantunya ke luar negara cukup mengagumkan.
Sumber: Mstar Online
The post Natasha Hudson nikah kali ke-4, kini isteri usahawan Kelantan appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/natasha-hudson-nikah-kali-ke-4-kini-isteri-usahawan-kelantan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nikah Buat Kali Ke 4 Usahawan Kacak Dari Kelantan Pemilik Baru Hati Selebriti Cantik Natasha Hudson

Nikah Buat Kali Ke 4 Usahawan Kacak Dari Kelantan Pemilik Baru Hati Selebriti Cantik Natasha Hudson

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 2178 hits
Model dan pelakon Natasha Hudson 36 kini sah bergelar isteri kepada usahawan dari negeri ini Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8 30 malam tadi hanya sekali lafaz Natasha Liana Hudson atau lebih dikenali sebaga...
Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 505 hits
Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Natasha Hudson kini sah bergelar isteri kepada usahawan dari Kelantan Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan The post appeared first on
Majlis Perkahwinan Berlangsung Selama Tiga Hari Nick Jonas Dan Priyanka Chopra Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Majlis Perkahwinan Berlangsung Selama Tiga Hari Nick Jonas Dan Priyanka Chopra Kini Sah Bergelar Suami Isteri

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 616 hits
Secara rasminya Priyanka Chopra kini sudah bergelar Mrs Jonas Melangsungkan perkahwinan selama tiga hari di negara kelahiran pengantin perempuan India bintang siri televisyen Quantico yang berusia 36 tahun itu kini telah bergelar isteri kep...
Jagalah Laki Bini Korang Sendiri Cukup La Tania Hudson Sound Bawangrians Sibuk Hal Rumah Tangga Natasha Hudson

Jagalah Laki Bini Korang Sendiri Cukup La Tania Hudson Sound Bawangrians Sibuk Hal Rumah Tangga Natasha Hudson

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 763 hits
Pelakon Natasha Hudson dikhabarkan selamat berkahwin buat kali keempat dengan seorang usahawan dari Kelantan Pasangan itu telah diijabkabul pada jam 8 30 malam dalam sebuah majlis sederhana di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian Kel...
Kaka Kini Bergelar Isteri

Kaka Kini Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 280 hits
PENYANYI dan pelakon Kaka Azraff sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya Adam Azriff 25 dalam majlis pernikahan di Klang jam 9 55 malam ini Majlis bertemakan Melayu Klasik itu diadakan secara tertutup di kediaman jurusolek terkenal Sai...
Ph Dua Kali Umum Cuti Peristiwa Kenapa Kelantan Tidak Boleh

Ph Dua Kali Umum Cuti Peristiwa Kenapa Kelantan Tidak Boleh

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 370 hits
Seorang penyokong memegang poster tolak ICERD pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo Kuala Lumpur foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Sepanjang tujuh bulan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan Persekutuan dua kali cuti...
Nikah Bawah Umur Satu Keperluan Di Kelantan Hahaha

Nikah Bawah Umur Satu Keperluan Di Kelantan Hahaha

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 483 hits
Mendapat dara muda itu satu anugerah mungkin Tidak dinafikan dalam islam tidak melarang tetapi dengan melihat situasi sekarang dan semakin ramai kanak kanak dipergunakan untuk tujuan seks semata mata kami rasa ia bukanlah satu keperluan hid...
Zarina Anjoulie Dedah Natasha Hudson Curang Dengan Bekas Suami

Zarina Anjoulie Dedah Natasha Hudson Curang Dengan Bekas Suami

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 2260 hits
Menerusi kemaskini di Instagram yang kini sudah dipadam Zarina Anjoulie mendedahkan kisah rumah tangga seorang selebriti yang kini sudah berpisah tetapi punca The post appeared first on
Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia Jika Miliki Isteri Gemuk

Suami 10 Kali Ganda Lebih Bahagia Jika Miliki Isteri Gemuk

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 1070 hits
Sebenarnya dalam diam ramai isteri yang rendah diri kerana tubuh yang berisi atau gemuk Apatah lagi selepas bersalin bila bentuk badan berubah terus berbanding zaman gadis dulu Tidak sekadar hilang keyakinan diri ada juga yang stres dengan ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization