Nasihat Lelaki Terkaya Asia Pada Usahawan Muda Berpendapatan Rm2000




Nasihat lelaki terkaya Asia pada usahawan muda berpendapatan RM2000 ini saya tulis pada tahun 2014, 6 tahun yang lalu.
Elok juga untuk saya segarkan semula buat pembaca baru blog ini yang mungkin tak pernah baca artikel yang pernah saya tulis ini.
Ketika saya publish artikel ini dulu, sebaik saja tersiar, blog hidupringkas.com ketika itu, terus crash.
Orang yang membacanya mula kongsikan di merata tempat sehingga saya lihat jumlah pembaca terjun masuk naik 10 ribu 20 ribu 30 ribu naik dan naik sehingga akhirnya terus habis bandwidth di guna pakai.
Saya terpaksa tambah dan up-grade. Akhirnya saya biarkan saja dia crash dan tunggu masuk bulan baru untuk refresh semula.
Artikel ini juga, telah diplagiat dengan rancak sekali.
Ada yang berikan kredit dan tak kurang juga yang tak bagipun. Tapi saya tak kisah masa itu sebab saya ada tulis kat bawah footer blog, tiada hak milik terpelihara.
Nak copy ikut suka hati lah.
Li Ka Shing dah bersaraUntuk makluman pembaca, Li Ka Shing dahpun bersara. Dia umumkan persaraannya pada bulan March 2018. Umurnya ketika itu dah masuk 89 tahun.
Dia bersara setelah bekerja berpuluh tahun membina empayar perniagaannya tanpa kenal erti penat.
Sekarang saja baru nampak dia bergaya sedikit. Selama ini dia bersikap merendah diri dan bersahaja dalam perwatakan dan penampilannya.
Untuk anda yang nak tahu maklumat menarik baru pasal Li Ka Shing ni, boleh pergi baca di pautan kat sini. 
Ceritanya sangat memberikan inspirasi. Bermula dari menjual sabun ketul dia naik ke atas sampai ke bisnes membina bangunan pencakar langit.
Anda boleh pergi baca pautan yang saya berikan tadi untuk ketahui 5 perkara yang anda mungkin tak tahu pasal Li Ka Shing.
Nasihat lelaki terkaya asiaKita kembali semula kepada artikel yang dah saya tulis dahulu. Saya semak kedudukan Li Ka Shing dalam senarai orang terkaya dunia, setakat bulan Jun 2019, dia di senaraikan sebagai orang ke-30 paling kaya di dunia dengan jumlah kekayaan dianggarkan dalam USD29.4 Billion ketika itu.
Jom kita baca semula apa nasihat lelaki kaya ni untuk anda anak muda yang bercita-cita tinggi mahu berjaya dari segi pemilikan harta benda atau dalam perniagaan ..
Berikut apa yang saya tulis dahulu dengan sedikit penambahbaikan kat mana yang sesuai ..
Artikel ini khas untuk anda yang masih muda dan dah jadi usahawan muda. Kalau anda muda dan masih makan gaji, anda juga boleh ambil nasihat yang sama untuk mencapai misi menjadi usahawan muda.
Siapa dia lelaki terkaya Asia?
Namanya ialah Li Ka-Shing. Jumlah kekayaan bersihnya mencapai USD31.9 billion!

Terkini: Anda tentu tahu pasal Zoom. Sebuah aplikasi video conference yang meletup naik dibantu oleh isu Covid-19 di seluruh dunia. Li Ka Shing memiliki sebanyak 8.6% saham Zoom tersebut. Dia beli saham dalam Zoom pada tahun 2013, dua tahun selepas Zoom dilancarkan
Peningkatkan saham Zoon akibat pandemik Covid-19 mencanak sampai 399%. Dengan peningkatan itu sahaja, pegangan Li Ka Shing meningkat kepada nilai USD11 Billion sekelip mata. Sama dengan 1/3 dari jumlah kekayaannya pada waktu ini sebanyak USD32.6 billion.

Li Ka-Shing sekolahpun tak habis. Dia merupakan seorang kaki baca buku. Sifat itu adalah pengaruh daripada bapanya yang merupakan seorang guru yang mencintai ilmu.
Li Ka-Shing kehilangan bapanya sebelum berumur 15 tahun. Akibat daripada itu dia tidak dapat meneruskan persekolahan. Dia dilahirkan di ChaoZhou, sebuah tempat di daerah Guangdong, China pada 29hb Julai 1928.
Bermula daripada seorang buruh kasar di sebuah kilang plastik, dia mencuba nasibnya menjadi seorang jurujual, juga dalam industri barangan plastik. Cerita berkenaan lelaki paling kaya di Asia ini merupakan antara cerita paling mula yang saya tahu.
Usahawan muda Li Ka-ShingSaya banyak terpengaruh dengan cerita dan cara berjimat dan bersederhana beliau. Dan memang terbukti pengaruh itu banyak membantu saya menjadi usahawan seperti mana sekarang.
Walaupun kaya raya, Li Ka-Shing hanya pakai jam Seiko yang dibelinya pada masa mula menjadi usahawan muda dahulu. 
Dia memang terkenal dengan cara hidup yang berjimat cermat dan amat suka membaca bagi mengumpulkan ilmu.
Mungkin sebab itu saya juga memakai jam Seiko, limited edition yang saya pakai sejak tahun 2001 dahulu. Walaupun hati meronta-ronta untuk beli jam mahal setiap kali meronda di kedai jam mewah, jam Seiko yang masih utuh dan tepat waktunya itu sering mengingatkan saya pada jam Li Ka-Shing.

Terkini: Saya dah berikan jam Seiko tu pada anak lelaki. Sekarang saya pakai jam Casio saja. Mudah, murah dan tepat. Siap boleh cari arah kiblat lagi.
Ketika mula bekerja sebagai buruh kasar Li Ka-Shing berpeluang membantu majikannya mengarang satu surat penting. Peluang itu berlaku apabila kerani majikannya tak hadir dan tiada orang yang boleh membantu majikannya buat surat.
Oleh kerana Li Ka-Shing tahu membaca dan menulis, orang menunjukkan beliau pada majikannya. Setelah Li Ka-Shing berjaya buat surat, majikannya kagum dengan keupayaan beliau mengarang dengan baik, lalu ditawarkan kerja pejabat yang lebih mudah.
Tapi sikap sebagai usahawan muda yang ada pada dirinya membuatkan dia menolak tawaran tersebut. Sebaliknya dia minta untuk menjadi seorang jurujual. Dia tak mahu jadi seorang kerani.
Oleh kerana suka dengan sikap Li Ka Shing, majikannya mengizinkan beliau menjadi jurujual.
Terbukti bakatnya sebagai seorang jurujual amat hebat. Hasil jualannya seorang diri mengatasi hasil gabungan jualan kesemua jurujual yang ada dalam masa yang singkat saja.
Bila dia bercadang nak buka kilang buat bunga tiruan dari plastik, majikannya yang yakin akan bakat Li Ka Shing mahu mengikutinya dan menjadi rakan kongsi Li Ka Shing.
Ertinya majikannya sanggup berada di bawah pimpinan Li Ka Shing yang masih muda itu. Majikannya sanggup jual kesemua kilangnya untuk mengumpul dana bagi menjayakan hasrat Li Ka Shing.
Dan kini, Li Ka Shing adalah orang paling kaya di Asia. Dia masih kekal bersederhana walaupun kekayaannya amat hebat.
Ok! itu serba sedikit cerita berkenaan Li Ka-Shing. Sekarang mari kita belajar apa petua beliau untuk usahawan muda yang mahu berjaya dalam hidup.
Petua Li Ka-Shing untuk usahawan mudaKatakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang. Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji.
Li Ka Shing berikan petua begini untuk anda cuba amalkan.
Dengan jumlah pendapatan yang anda ada, pastikan untuk bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian seperti berikut di bawah.
#1. Belanja untuk sara hidupPastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah maksima sebanyak RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat.
Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.
Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air suam segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.
Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dengan tambahan sedikit buah.
Makan malam pula pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

Terkini: Saya rasa petua di atas masih relevan dan mampu dilaksanakan sekalipun anda tinggal di bandar kongsi sewa tempat tinggal berkumpulan. Kalau tinggal dengan keluarga lagilah boleh.
#2. Belanja bina rangkaian kawanPeruntukkan juga pendapatan anda untuk belanja bina network.
Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. (Terkini: Sekarang bil telefon dah lebih murah dengan berbagai pakej yang menjimatkan)
Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini.

Terkini: Saya rasa bajet RM100 seorang untuk belanja makan sudah cukup tinggi. Anda boleh jimatkan lagi jika pandai pilih tempat yang berpatutan dan sesuai.
Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah terdiri dari mereka yang seperti berikut.
Lebih berilmu daripada anda – Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiriLebih kaya daripada anda – Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek. Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan – Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.#3. Belanja aktiviti menuntut ilmuJangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu.
Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk perkara berikut.
Beli buku pengetahuan – Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.Ikuti seminar atau kursus keilmuan – Sertai seminar yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda juga. #4. Belanja melancong ke luar negaraPeruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang.
Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400.
Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong.
Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan.

Terkini: Sekarang aktiviti melancong tak digalakkan kecuali perlu sebab masalah Covid-19 masih belum reda. Ada mungkin boleh simpan dahulu duit peruntukan melancong itu tunggu sehingga semuanya kembali aman atau buat lawatan secara domestik saja lawat industri perniagaan di daerah lain di yang maju Malaysia.
#5. Peruntukan untuk simpananBaki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan.
Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.
Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik.
Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.
Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.
Terkini: Sekarang cara paling mudah adalah buat dropship. Modal sikit dan platform sangat banyak. Jika anda minat buat offline, mungkin boleh jadi jujual secara part-time.
Jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar, cari kawan dan buatlah apa saja aktiviti yang bermanfaat
Nasihat Li Ka Shing untuk anak muda

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua usahawan muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan Habiskan duit dengan beli pakaian dan kasut mewah.
Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin.
Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar, cari kawan dan buatlah apa saja aktiviti yang bermanfaat.
Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar. Kenapa dia kata begitu saya tak pasti. Kalau anda nak baca lebih lanjut lagi, sila ke sini.
Amalkan nasihat Li Ka ShingDemikianlah serba sedikit nasihat yang saya rasa amat menarik untuk usahawan muda yang membaca blog ini.
Dalam bab belanja makan sebulan sekali, jangan lupa peruntukkan sekali sekala untuk belanja saya makan.
Mungkin saya lebih banyak ilmu dari anda dan mungkin saya juga lebih kaya dari anda, jadi dah memenuhi kriteria untuk belanja saya makan.
Anda boleh tempah masa jika ada kelapangan untuk belanja saya makan. Asalkan anda ada hasrat untuk jadi usahawan muda yang berjaya satu hari nanti, saya berbesar hati untuk berkenalan dan berkongsikan ilmu dengan anda.
Selamat berusaha dan semoga berjaya!

Terkini: Sejak artikel ni saya siarkan dulu, dah ramai yang sudi hubungi dan belanja saya makan. Aktiviti itu masih lagi berjalan sehingga kini. Malah ramai yang belanja saya makan itu, jauh berkali ganda lebih berjaya dari saya dari segi harta benda. Syabas saya ucapkan dan saya tumpang gembira untuk mereka semua.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2020/09/nasihat-lelaki-terkaya-asia-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Michael Ang Titip Nasihat Kepada Anak Muda Supaya Rancang Kehidupan

Hiburan Michael Ang Titip Nasihat Kepada Anak Muda Supaya Rancang Kehidupan

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 375 hits
Pengarah dan penerbit baru baru ini sempat menitipkan nasihat kepada anak muda di Malaysia untuk bijak merancang tentang kehidupan dan masa hadapan mereka 4 minggu laluMahu Suntik Lagi Michael Ang Tanya Jenis Vaksin Paling Berkesan Pada Net...
Kalau Tiada Baik Korang Fikirkan Harus Beli Rumah Sendiri Sebelum 28 Tahun Ini Nasihat Michael Ang Kepada Anak Muda

Kalau Tiada Baik Korang Fikirkan Harus Beli Rumah Sendiri Sebelum 28 Tahun Ini Nasihat Michael Ang Kepada Anak Muda

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 390 hits
Pengarah dan penerbit Michael Ang menitipkan nasihat buat para anak muda di negara ini untuk bijak merancang mengenai kehidupan dan masa hadapan mereka Menurut sudut pandang Michael seseorang itu seharusnya sudah pun mempunyai sebuah rumah ...
Nasihat Seorang Menteri Buat Anak Muda Yang Terjun Dalam Politik

Nasihat Seorang Menteri Buat Anak Muda Yang Terjun Dalam Politik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 169 hits
MENTERI Pelancongan Kesenian dan Pelancongan dan Menteri Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Hamzah berkata beliau tidak percaya kepada meletakkan calon terlalu muda pada pilihan raya dan pesanannya kepada calon muda Jangan bazirkan hidup a...
Dun Lendu Perlukan Asri Anak Muda Tiada Beban Politik Perkauman

Dun Lendu Perlukan Asri Anak Muda Tiada Beban Politik Perkauman

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 133 hits
DUN Lendu merupakan kubu Umno BN sejak sekian lama Namun kesedaran politik mula dirasakan sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Bagi jentera dari KEADILAN Wilayah Persekutuan khususnya Cabang Wangsa Maju seminggu membantu calon DUN Lendu Asri ...
Apresiasi Karya Desainer Muda Esmod Jakarta Sukses Gelar Fashion And Art Exhibition Pertama Bertajuk Thexhibit

Apresiasi Karya Desainer Muda Esmod Jakarta Sukses Gelar Fashion And Art Exhibition Pertama Bertajuk Thexhibit

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 230 hits
Berbeda dari sebelumnya gelaran creative show rutin dari ESMOD Jakarta tahun ini dikemas dalam konsep yang memadukan pameran seni dan pertunjukkan fashion
Jang Wonyoung Ive Jadi Model Muka Depan Paling Muda Untuk Majalah Harper S Bazaar Korea

Jang Wonyoung Ive Jadi Model Muka Depan Paling Muda Untuk Majalah Harper S Bazaar Korea

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 286 hits
Jang Won young dari kumpulan IVE telah secara rasmi menjadi model muka depan termuda yang menghiasi bahagian hadapan majalah Harper s Bazaar Korea ARTIKEL BERKAITAN Kini mewakili jenama fesyen tinggi Itali MIU MIU sebagai gadis MIU MIU di K...
Dorong Pemulihan Ekonomi Anak Muda Diminta Terjun Ke Pertanian

Dorong Pemulihan Ekonomi Anak Muda Diminta Terjun Ke Pertanian

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 255 hits
Sektor pertanian merupakan hal penting bagi kehidupan masyarakat Sebab kebutuhan pangan dan bahan pokok masyarakat dipenuhi dari sektor pertanian yang juga menjadi penyumbang oksigen terbesar dengan tumbuhan hijau yang dikelola
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat