Nasib Melayu Pulau Pinang Bagaikan Umat Palestin


HARAKAH  DAILY
Daerah Seberang Perai Utara dan Barat Daya bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza
BAYAN BARU: Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Barat Daya (BD) yang masing-masing berada di tanah besar dan tanah pulau negeri ini sudah bagaikan Tebing Barat dan Genting Gaza di Palestin.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim memberi perbandingan tersebut sebagai gambaran terhadap baki pemilikan tanah orang Islam-Melayu di negeri ini yang menyamai nasib rakyat Palestin.

Dari segi demografi ujar beliau, hanya tiga dari 13 Parlimen di negeri ini merupakan kawasan majoriti Islam-Melayu iaitu 78.56 peratus di P.41 Kepala Batas dan 72.23 peratus di P.42 Tasek Gelugor.

Manakala di P.53 Balik Pulau beritahunya, yang merupakan satu-satunya kawasan majoriti Islam-Melayu masih tinggal di dalam pulau ini, sudah semakin menyusut dengan berbaki hanya 64.9 peratus.

Terang Iszuree, beliau menggambarkan sedemikian untuk umat Islam-Melayu menyedari bahawa gerakan berasaskan politik yang berlaku cuba mengambil alih pemilikan tanah dan mendominasi penempatan sedia ada.

Membongkar lebih terperinci, beliau membentang kembali keputusan PRU12 tahun 2008 di mana DAP berjaya menang 19 kerusi DUN, namun belum memadai mencapai majoriti mudah sendirian.

Menurutnya, demi menjayakan agenda parti itu tanpa halangan termasuk dari rakan politik, DAP tidak mustahil mensasarkan dua kerusi DUN Batu Maung dan Bayan Lepas di masa hadapan untuk mencapai 21 kerusi menguasai Pulau Pinang dengan meletakkan calon Melayu.

Jelasnya, dengan suara majoriti telah dimiliki DAP itu, peluasan kuasa dilaksanakan pula melalui pelbagai muslihat termasuk menerusi pembangunan yang giat diadakan di negeri ini dengan sokongan kapitalis.

Iszuree memberi contoh projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) secara pembangunan mewah yang tidak akan mampu dimiliki oleh rakyat tempatan terutama dalam kalangan orang Islam-Melayu.

Kata beliau, sekiranya PSR yang berada dalam Parlimen Balik Pulau itu dijayakan, maka ia bakal menambah sekitar 400,000 penduduk baharu yang sekali gus bakal berlaku pertambahan pengundi, Parlimen dan DUN baharu.

Begitu juga menurutnya, agenda di sebalik projek terowong dasar laut atau terbaharu mahu diubah sebagai jambatan ketiga yang akan menghubungkan George Town dan Bagan di Seberang Perai Tengah.

Bagi beliau, projek tersebut sebenarnya sebagai ‘pintu masuk’ ke SPU iaitulah ‘laluan pintas’ untuk menjadi rangsangan mengambil alih pemilikan dan seterusnya menguasai kawasan yang asalnya majoriti Islam-Melayu.

“Ini bukan bicara anti-pembangunan atau perkauman. Tetapi untuk menyedari agenda menelan kawasan majoriti Islam-Melayu yang mungkin akan lenyap 50 tahun akan datang, jika orang Melayu tidak menghentikan keghairahan menjual tanah mereka.

“Lebih jelas wujudnya perancangan ini apabila ada pemaju yang ada kaitan hubungan rapat dengan pihak kerajaan negeri telah ditahan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) berkaitan penjualan tanah milik Yayasan Bumiputera di Kepala Batas SP.

“Ini menunjukkan indikator mulanya usaha politik ke arah menawan dengan memecah masuk melalui proksi pemaju ke dalam SPU,” dedah beliau terhadap antara muslihat sedang giat dilaksanakan ke arah penguasaan politik dan pemilikan aset secara terancang itu.

Pecah dan perintah

Menurut beliau lagi, usaha tersebut termasuk memastikan undi orang Islam-Melayu tidak terpecah hanya dengan pertembungan satu lawan satu, sebaliknya sekecil mungkin melalui pertandingan banyak penjuru.

Akhirnya terang Iszuree, menerusi pertembungan ditaja sedemikian, rakan proksi kepada penaja akan memenangi kerusi tersebut dan melunaskan secara mudah segala kehendak atau agenda telah dimatlamatkan.

Beritahu beliau, peranan pemaju projek pembangunan dalam menjayakan muslihat berkaitan berlaku menerusi tawaran lumayan harga tanah untuk dibeli terutama di kawasan kampung di SPU.

“Pemaju pula selalunya akan menyogok orang Melayu tempatan untuk menjadi jarum memujuk rayu supaya dapat mempengaruhi masyarakat untuk menjual tanah.

“Kes penjualan tanah milik Yayasan Bumiputera kepada pemaju dengan cara tanpa kelulusan BOD (Ahli Lembaga Pengarah) Yayasan Bumiputera yang menjadi kes SPRM pada 2017 merupakan titik mula tindakan yang telah dirancang supaya misi pecah perintah dapat dijayakan,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mengajak masyarakat negeri ini menyedari implikasi jangka panjang 50 tahun mendatang di mana SPU berisiko dikuasai oleh kapitalis bangsa DAP apabila pembangunan dikembangkan.

Menguasai jajaran demokrafi

Tambah beliau, rangkaian jaringan kuasa politik DAP dari Kedah sehingga ke selatan Perak bermula dari Alor Setar melalui Sungai Petani dan Tikam Batu di mana menuju ke Bukit Mertajam, Batu Kawan, Gopeng dan Ipoh.

Pun demikian ujarnya, untuk menguasai jajaran tersebut selain dari bantuan rakan politik atau proksi, DAP perlu melalui Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal yang menuntutnya menang di situ.

“Rangkaian penguasaan jaringan ini akan menguasai bandar-bandar kecil akan dihubungkan ke bandar-bandar besar seperti George Town, Ipoh, Kuala Lumpur yang menjadi tulang belakang kuasa bangsa DAP dalam menguasai politik Tanah Melayu,” tegasnya mengingatkan.

Katanya, agenda DAP untuk mewujudkan kembali Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT) adalah agenda besar untuk menguasai politik bandar yang merupakan nadi ekonomi dalam menguasai politik negara.

Iszuree yang juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang suatu ketika dahulu tidak menolak wujud perangai atau peranan pengkhianat ‘Si Kitol’ dalam kalangan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP.

Katanya, mereka ini menjadi pemudah cara dalam mempengaruhi orang Islam, di mana nasib orang Islam-Melayu di negeri ini telah disaksikan sebagaimana terhapusnya tanah warisan sejarah orang Melayu Kampung Batu Uban.

“Ini contoh di mana ia berpunca dari individu yang berperanan sebagai gangster kampung mencari makan menjadi ejen upahan kepada pemaju. Jadi perancangan strategik DAP ini perlu di sedari oleh masyarakat Islam khususnya orang Melayu dan parti-parti Melayu dan Islam.

“Jangan mudah menelan upahan dan rasuah politik dan proksi politik bangsa DAP melalui pemaju. Kerana terbukti ada parti politik Melayu yang tiada roh Islam telah gagal mempertahankan kepentingan tanah asal orang Melayu, malah menjadi menjadi ejen perancangan strategik DAP atau sekutunya,” nasihatnya. – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/nasib-melayu-pulau-pinang-bagaikan-umat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fitnah Celaka Manakah Terhadap Melayu Pulau Pinang Bekalan Air Sejak 60an Rumah Kos Rendah Untuk Yang Miskin

Fitnah Celaka Manakah Terhadap Melayu Pulau Pinang Bekalan Air Sejak 60an Rumah Kos Rendah Untuk Yang Miskin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 307 hits
Aku selalu sangat tengok dakwaan yang macam ni Selalunya bila pemimpin PAS buat dakwaan begini yang akan mengiyakan adalah walaun yang tinggal di luar Pulau Pinang Manakala Melayu yang tinggal di Pulau Pinang pula akan menafikan Yang menari...
Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenar Solat Di Masjid Pulau Pinang

Warga Asing Lengkap Vaksin Dibenar Solat Di Masjid Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 344 hits
GEORGE TOWN Warga asing yang lengkap vaksin Covid 19 dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat fardhu di masjid dan surau di Pulau Pinang bermula esok Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Mohd Zakuan Zakaria berkata ...
Jawatan Kosong Di Pulau Pinang

Jawatan Kosong Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 1110 hits
Jawatan Kosong di Kilang Lumileds Bayan Lepas Hangpa stress sebab hilang pekerjaan Hangpa risau sumber pndpatan terjejas Jangan rungsing Kami mai nak tolong Kami sedang mencari Manufacturing Specialist 1 di syarikat kami Jawatan ini adalah ...
Sejarah Balik Pulau Pulau Pinang Jom Belajar Sejarah

Sejarah Balik Pulau Pulau Pinang Jom Belajar Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 457 hits
Pernah pergi Balik Pulau Ok jom baca kisah Balik Pulau terkenal dengan durian yang sedap sedap SEJARAH BALIK PULAUBalik Pulau merupakan kawasan semakin membangun di Kawasan Barat Daya Pulau Pinang Nama Balik Pulau adalah sempena dengan perl...
Setelah Terowong Pulau Pinang Nak Bina Jambatan Ke 3 Pula

Setelah Terowong Pulau Pinang Nak Bina Jambatan Ke 3 Pula

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 287 hits
GEORGE TOWN Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan akan membina sebuah jambatan sebagai link ketiga yang bakal menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar bagi menggantikan terowong dasar laut Ketua Menterinya Chow Kon Yeow ...
Pas Pulau Pinang Tolak Cadangan Jambatan Ketiga Fokus Isu Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat

Pas Pulau Pinang Tolak Cadangan Jambatan Ketiga Fokus Isu Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 358 hits
PAS PULAU PINANG TEGAS MENOLAK CADANGAN JAMBATAN KETIGA KERAJAAN NEGERI Parti Islam Se Malaysia Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Kamaruzaman Mohamad iaitu membantah rancangan kerajaan negeri DAP P...
24 Kekosongan Jawatan Guru Kafa Menengah Pulau Pinang

24 Kekosongan Jawatan Guru Kafa Menengah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 599 hits
24 Kekosongan Jawatan Guru KAFA Menengah Pulau Pinang Yayasan Islam Pulau Pinang mempelawa individu yang berkelayakan bagi memohon kekosongan jawatan sebagai Guru KAFA Menengah Pulau Pinang bertaraf jawatan kontrak Syarat Permohonan Individ...
Pulau Pinang Dipajak Dari Kedah Sanusi Ingatkan

Pulau Pinang Dipajak Dari Kedah Sanusi Ingatkan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 319 hits
Pulau Pinang dipajak dari Kedah Sanusi ingatkan ALOR STAR Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini hangat apabila Menteri Besar Muhamad Sanusi Md Nor mengingatkan bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dipajak dari Kedah Sanusi berkata b...
Six Fined Rm5k Each After Crossing State Borders For Pulau Redang Holiday

Six Fined Rm5k Each After Crossing State Borders For Pulau Redang Holiday

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 315 hits
Six individuals including a woman were issued a compound of RM5 000 each for crossing state borders for a holiday in Pulau Redang in Kuala Nerus Terengganu Terengganu police chief Rohaimi Md Isa said the compound against them who are aged b...
Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Ahmad Fadzli Suk Selangor Baharu

Civil Servants Advised To Exercise Caution With Quick Loans

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Fire Destroys House And Seven Vehicles In Hulu Besut

Vegan And Gluten Free Acv Gummies Without The Junk And With All The Benefits

Kenduri Kahwin Anak Saudara Di Teras Jernang Selangor


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kenaikan Gaji Minimum Rm1 700

Agong Titah Pertahan Kedaulatan Negara Walau Seketul Batu Karang Di Lautan

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Majlis E Day Anak Buah Kesayangan Nieyl

Trump Exits Who Apa Halatuju Kesihatan Dunia Lesung Batu Medic Show 28 01 2025

Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah