Nasib Baik Ada Alasan Covid 19 Ph Tak Bertanding Di Chini




PKR mengumumkan bahawa parti itu tidak akan meletakkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) di dewan undangan negeri Chini.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil memberitahu Malaysiakini bahawa ia juga bermakna Pakatan Harapan (PH) tidak akan meletakkan calon.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, partinya membuat keputusan itu dibuat selepas mengambil kira masalah Covid-19 yang masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara.
"Pada masa yang sama, dalam konteks kebiasaan baharu, prosedur operasi standard (SOP) sedang dirangka berhubung perjalanan pilihan raya, namun aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan.
"PKR berpandangan SOP yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.
"Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihan raya," katanya dalam kenyataan media hari ini.
PRK Chini di Pahang akan menjadi yang pertama diadakan ketika negara menghadapi pandemik Covid-19.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakub menyarankan agar Pakatan Harapan (PH), gabungan yang dianggotai PKR, tidak meletakkan calon.
Mustapha berkata ini kerana PH tidak mampu untuk menandingi kekuatan gabungan BN dan PAS, selain Chini telah sekian lama menjadi kubu kuat BN.
PAS pula sebelum ini telah mengumumkan tidak akan meletakkan calon di PRK itu dan akan menyokong calon Perikatan Nasional (BN), gabungan baru yang dianggotai BN.
Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini mencadangkan PH bertanding demi "mempertahakan prinsip".
Menurut Khalid, adalah menjadi tanggungjawab PH membawa mesej kepada rakyat untuk mewujudkan pentadbiran bersih dan bebas rasuah menerusi setiap pilihan raya termasuk PRK Chini.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini telah menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 20 Jun dan pengundian awal diadakan 30 Jun, manakala hari mengundi pada 4 Julai.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun sebelum ini berkata pihaknya sedang menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bagi melaksanakan PRK Chini dalam melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak termasuk pengundi.
PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas.
Pada PRU14 DUN Chini, Abu Bakar yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,622 selepas mendapat 10,027 undi atau 47.2 daripada jumlah keseluruhan undi.
Kerusi DUN itu mempunyai 21,251 pengundi terletak di bawah parlimen Pekan yang disandang oleh bekas perdana menteri Najib Razak.
MR :  Kalau bertanding pun nak kempen isu apa? Manifesto baharu ke?


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/nasib-baik-ada-alasan-covid-19-ph-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

Prk Dun Chini Pas Guna Alasan Covid 19 Biar Calon Pn Menang Tanpa Bertanding

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 374 hits
PRK DUN Chini Pas guna alasan Covid 19 biar calon PN menang tanpa bertandingAhli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marsuki menyarankan semua parti politik dan individu yang berminat untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewa...
Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

Keadilan Tidak Bertanding Prk Dun Chini Kerana Covid 19 Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 381 hits
PRK DUN CHINI Umum sedia maklum masalah wabak Covid 19 masih belum ditangani sepenuhnya dalam negara kita Usaha gigih Kementerian Kesihatan dan petugas barisan hadapan telah berupaya mengekang penularan yang lebih meluas Pada masa yang sama...
Ph Tetap Bertanding Walaupun Kalah Teruk Prk Dun Chini

Ph Tetap Bertanding Walaupun Kalah Teruk Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 449 hits
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad bercakap pada sidang media berkenaan isu KLFA dan pembangunan semula Kampung Bharu di Pusat Khidmat Shah Alam Selangor foto AFIQ RAZALISHAH ALAM Pakatan Harapan perlu meletakkan calonnya dalam Pili...
Ph Jangan Buang Masa Bertanding Di Dun Chini

Ph Jangan Buang Masa Bertanding Di Dun Chini

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 316 hits
By 26 May 2020Foto hiasanKUALA LUMPUR Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat dijangka mendapat malu besar sekali lagi jika meletakkan calon mereka dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Ini kerana DUN China pasti kekal mili...
Covid 19 Di Indonesia Frontliners Sudah Give Up Doa Yang Baik Baik Aja

Covid 19 Di Indonesia Frontliners Sudah Give Up Doa Yang Baik Baik Aja

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 528 hits
Apa khabar saudara sesama Islamku di Indonesia harap baik baik saja dalam suasana hari raya ini Telah tersebar banyak video waktu covid 19 ni rakyat di Indonesia banyak yang tak patuh arahan pemerintah ingkar arahan polis pun dorang lawan j...
Prk Chini N 23 Nik Amar Cadang Ph X Hantar Wakil Bertanding

Prk Chini N 23 Nik Amar Cadang Ph X Hantar Wakil Bertanding

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 257 hits
PRK Chini Harap PH nampak dari undi laluALOR SETAR Cadangan Naib Presiden PAS Dato Mohd Amar Nik Abdullah supaya Pakatan Harapan tidak menghantar wakil bertanding pada PRK N 23 Chini adalah pandangan ikhlas dalam konteks semasa dan situasi ...
Pas Tak Bertanding Prk Chini

Pas Tak Bertanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 371 hits
May 26 2020 9 53 PMTanpa PAS peluang calon BN yang akan mewakili Perikatan Nasional lebih besar untuk mengekalkan kerusi DUN Chini PETALING JAYA PAS tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini pada 4 Julai ini ...
Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

Pakatan Harapan Pkr Umum Tak Bertanding Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 328 hits
KUALA LUMPUR Pakatan Harapan memutuskan supaya PKR tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini di Pahang yang akan diadakan pada 4 Julai depan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ...
Pkr Tidak Letak Calon Prk Chini Risiko Covid 19 Kepada Jentera

Pkr Tidak Letak Calon Prk Chini Risiko Covid 19 Kepada Jentera

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 274 hits
PKR enggan meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil DUN Chini pada Julai ini berikutan wabak Covid 19 yang belum berakhir Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata wabak maut Covid 19 yang masih belum ditangani...
Will Malaysia Ever Learn From The French Gritting Political Will To Nail Corrupters

Amaran Hujan Berterusan Di Sarawak Sabah Labuan Hingga 22 Dis

Kim Seri Nafi Melarikan Diri Ke Jepun Sedia Beri Kerjasama Kepada Pihak Berkuasa Tentang Kes Penipuan Pakej Pelancongan

Giliran Abang Viva Pula Bersuara Dedah Chat Antara Isteri Dengan Lelaki Lain Akui Ada Bukti Video

Two Crows Coming Home From Guantanamo

Abu Dzar Al Ghifari Zuhudnya Seperti Nabi Isa

Masak Lemak Kacang Buncis Dan Udang

Calpis Soda One In A Million


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Perginya Atuk Khaled Nabhan

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Cara Ke Genting Highlands Dari Kl Sentral Panduan Lengkap

Porsche 911 Release Date Specs And Pricing Information

Tokyo Triple A 2010 Triumph Street Triple 675 Caf Racer From Japan

The Government Shutdown What Travelers Need To Know