Nasi Ulam Utara Sayur Keladi Gamit Nostalgia Bulan Puasa


Nasi Ulam Utara Sayur Keladi Gamit Nostalgia Bulan Puasa | Seperti tahun-tahun lalu, nasi ulam utara sayur keladi ni memang kena buat walaupun sekali tapi kalau bahan dari ulaman tu banyak, memang boleh buat 2 - 3 kali. Dulu anak buah DH buat nasi ulam, pastu dia sejukbekukan ulaman yang dah dirincik halus dan pada Hari Raya Haji dia buat lagi.

Sabtu hari tu 10 Ramadan 1444H, seawal selepas subuh kami ke Pasar Chow Kit. Teruja hairan juga sebab DH kata kita kena ke pasar lepas subuh sebab nanti sesak dengan orang ramai. Kononnya misi mencari daun kaduk.


Nasi Ulam Utara Sayur Keladi Gamit Nostalgia Bulan Puasa


Sudah jadi kebiasaan bila bulan puasa mesti nak buat nasi ulam utara, walau sangat mencabar untuk dapatkan walaupun untuk 20 jenis ulaman kat bandar ni. Meamang jenuh sebab bukan semua jenis ulam boleh dibeli dan ada waktu kita perlukan.
 
Maka, Pasar Chow Kit diterjah seawal lepas subuh tadi untuk mencari ulaman sebab di sinilah dulu tempat bonda kunjungi setiap Sabtu membeli belah barangan dapur dan kat sini memang port pelbagai ulaman kampung. 
Misi mencari daun kaduk rupanya masih tak berhasil kat sini sama macam kat Pasar Datuk Keramat





Selepas puluhan tahun tidak ke sini, Pasar Chow Kit kami jejaki dengan rasa teruja sebab dah bertukar wajah. Memang dah lama bertukar tapi lebih selesa ke pasar yang lebih dekat dengan kediaman. Bab lecak tu tak usah cerita ler.
Terima kasih habibi sebab sudi nak bawa untuk realisasi misi walau tak berjaya.
Memang tersenyum bila terkenang kenangan lama di Pasar Chow Kit ni, betapa dah lama ianya meninggalkan diri sendiri dan terus mencipta kenangan baru dengan kehidupan kini.
Indahnya kenangan untuk diingati.



Maka, nak tak nak, kena la melangkahuk pagar ke hutan di seberang jalan blok untuk muk mengambil daun kaduk. Daun kaduk ni wangi dan penambah perisa yang penting untuk nasi ulam utara.


Resepi Nasi Ulam Utara


Bahan:-Nasi putih yang dibiarkan sejuk2 sudu kerisikIkan tenggiri jeruk atau ikan talang masin yang digoreng (dibuang tulang dan diperisi dan ditumbuk supaya hancur)

Bahan untuk ditumbuk:-3 batang serai1/2 inci lengkuas - jangan terlalu banyak sebab lengkuas ni agak panas1 labu bawang besar4 ulas bawang kecil2 sudu lada hitamgaram secukup rasa
Alhamdulillah, masih ada rezeki dan kesihatan untuk menyediakan nasi ulam seadanya untuk keluarga
Nasi ulam ni kena ada sayur keladi, baru laju je kita suap sampai lupa berapa senduk bertambah nasi

Bahan untuk dihiris halus / diracik:- Daun pegaga Daun cekur - tiadaDaun sekentut - kebunUlam Raja Daun Gajus Daun kesum - kebun belakangDaun kaduk - kebun awamDaun mengkudu - pokok jiranDaun kunyit Daun kari Daun limau purut Daun putat Daun selasih Daun ketumbar  Daun lemuni - tiadaBuah mangga telur


Memang lenguh tangan untuk mencincang/meracik ulaman ni, walau ada food chooper tapi macam tak feel nak chop chop ulaman ni sebab nak rasa vide buat nasi ulam macam dulu


Bahan dihiris untuk hiasan:-1 labu bawang merah2 biji cili masak1 biji limau, diperah pada nasi (kalau suka)

Cara membuatnya:-Nasi yang telah ditanak, dikeluarkan dari periuk dan biarkan didalam talam untuk lebih cepat sejukTaburkan bahan yang ditumbuk dan  ulaman yang diracik, digaul dengan  nasi hingga sebati. Masukkan kerisek dan ikan masin dan digaul serata.Akhir sekali taburkan bawang besar dan cili merah yang dihiris dan digaul dengan nasi tadi. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Siap.
Nota : Kalau suka pedas boleh taburkan lebih lada yang telah ditumbuk dan perahkan jus limau nipis sebelum dimakan. Memang terangkat


DAUN SEKENTUT

Nama pun dah tak sedap apatah lagi baunya bila dihancurkan.  Daun sekentut adalah sejenis daun yang boleh dimakan sebagai ulam sewaktu dalam pantang. Khasiatnya yang boleh membantu membuang angin dalam badan dan mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi. Nama sekentut diberikan sebab daun dan batangnya akan mengeluarkan bau seakan-akan sulfur bila dihancurkan atau dilumatkan

Nasi Ulam Utara Dan Sayoq Keladi Gandingan Yang Sedap
Bagi orang Kedah (kat kampung en hubby) sayur keladi ni lain sikit dan saya lihat Allahyarhamah ibu mertua akan masukkan isi ikan kembung rebus dan sejak dari tu kalau ada ikan kembung memang saya akan rebus, perisi dan masukkan ke dalam sayur keladi..rasanya memang sedap dan pekat

Resepi Sayur Keladi


Bahan-bahan:-1 ikat keladi dibersihkan dan disiang serta2 ekor ikan kembung direbus, diperisi, ditumbuk3 keping asam keping2 mangkuk airGaram secukup rasa2 sudu ajinomoto1 batang serai, dititik
Bahan ditumbuk10 batang cili kering2 inci belacan *3 biji bawang merah *2 ulas bawang putih *1 sudu lada hitam *

* ditumbuk/dikisar
Cara membuatnya:-
Batang keladi yang telah dibersihkan, dipotong dalam 3 inci, direbus dengan asam keping hingga lembut dan bagi menghilangkan gatal.  Angkat dan toskanBahan yang ditumbuk/dikisar dimasukkan dalam periuk bersama serai yang dititik dan direnih hingga masak kemudian masukkan air bersama asam keping, bila kuah sudah mendidih, masukkan batang keladi dan dimasak dalam 10 minit. Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto. Siap

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/04/nasi-ulam-utara-sayur-keladi-gamit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Sahur 7 Puasa

Nasi Goreng Sahur 7 Puasa

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 391 hits
Assalamualaikum WBTJENUH ya nak kejar entry Ramadhan 1444H ni tapi SK cuba Hari yang ada game Malaysia vs Hong Kong tu Sk tersedar tengok jam lagi 10 minit pukul 2 pagi Nampak lampu bilik air menyala dari celah celah pintu jenguk keluar ten...
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Dan Menunaikan Ibadah Puasa 2023 Masihi 1444 Hijrah

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 309 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kedua semua umat Islam di Malaysia mula berpuasa di Bulan Ramadan yang mulia Bersyukur sangat apabila diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dan juga menunaikan ibadah puasa pada tahun...
11 Puasa Berbuka Nasi Beriani Kawah Abang Besar

11 Puasa Berbuka Nasi Beriani Kawah Abang Besar

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 378 hits
Assalamualaikum WBTHARI tu Sk bawa balik semula sebungkus yang Sk beli untuk Belinya tiga tapi berbuka tu makan Nasi Lemak kan cuma sekotak jer beriani dimakan sekotak Sk tinggal dan sekotak bawa balik Sk panaskan untuk berbuka semalam Sk d...
9 Puasa Berbuka Nasi Lemak Di Rumah Cik Ani

9 Puasa Berbuka Nasi Lemak Di Rumah Cik Ani

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 454 hits
Assalamualaikum WBTKITA telah memasuki sepertiga Ramadhan bagi tahun 1444H Perut pun dah serasi tak makan dan minum di waktu siang berhari hari Cuma Ramadhan kali ini cuacanya lain macam Pagi sehingga tengahari panas berdenting namun bertuk...
Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan

Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 305 hits
Adab Berbuka Puasa Dan Makan Sahur Di Bulan Ramadhan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan di mana segala apa amalan kebaikan yang kita buat dapat pahala dan digandakan pulak tu Terutamanya dalam amalan bersedekah solat membaca al Quran da...
Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti Untuk Anak Yang Tolak Nasi Juadah Simple Berbuka Puasa

Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti Untuk Anak Yang Tolak Nasi Juadah Simple Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 380 hits
Spicy Buttermilk Spaghetti antara menu yang paling simple untuk disediakan Tambah pula anak kalau dah jemu makan nasi memang kena lah menu ni untuk juadah berbuka anak anak nanti Jom intai resepi Spicy Buttermilk Spaghetti rasanya serius se...
Ikan Percik Terengganu Hidangan Popular Bulan Puasa

Ikan Percik Terengganu Hidangan Popular Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 8/4/2023 - jumlah : 227 hits
Ikan percik Terengganu atau ada yang panggil ikan golek merupakan antara menu popular masa bulan puasa di Terengganu Teringin nak cuba Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Encik ini ye Selamat mencuba Resipi Ikan Percik Terenganu Bahan B...
Kuantan City Garden Di Tutup Sementara Waktu Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

Kuantan City Garden Di Tutup Sementara Waktu Berbuka Puasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 25/3/2023 - jumlah : 232 hits
KUANTAN Kuantan City Garden ditutup sementara bermula 5 00 petang sehingga 9 00 malam sepanjang Ramadan ini Datuk Bandar Dato Hamdan Hussain berkata penutupan taman di tengah tengah bandar raya Kuantan itu bagi membuat pemantauan rapi meman...
Tular Pelajar Hamun Sekolah Gara Gara Bengang Tak Boleh Pakai Baju Pj Semasa Bulan Puasa

Tular Pelajar Hamun Sekolah Gara Gara Bengang Tak Boleh Pakai Baju Pj Semasa Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 1/4/2023 - jumlah : 392 hits
Tular sebuah video sejak beberapa hari kebelakangan ini seorang pelajar perempuan yang meluahkan rasa geram apabila peraturan sekolahnya tidak membenarkan pelajar menggunakan baju sukan sewaktu bulan puasa Video tersebut telah dikongsi oleh...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran