Nasi Ulam Simple Sedap


Setiap tahun time puasa mestilah teringin nak makan Nasi Ulam @ nasi kerabu ni. Ini adalah versi simple tapi tetap sedap menjilat cari . ini adalah resepi dari kakak saya 
Nasi Ulam Ulam-ulaman ikut apa kita suka dan senang dapat di pasar

Daun Kunyit
Daun Kadok
Selom
Pegaga
Bunga Kantan
Ulam Raja
Pucuk Kari
Daun Kesom
Daun Limau Purut
Serai
Ada orang buat sampai 40 jenis ulam-ulaman. Ini bukan versi Kedah jadi tak letak isi ikan atau ikan masin dalam nasi.
Cara dia :
1. Tumbuk lengkuas+cili padi+belacan bakar+garam+serai hiris halus

2. Campurkan bahan tumbuk dengan kerisek. Hiris halus bawang merah dan potong limau nipis

3. Potong halus ulaman. Susun bawah sekali daun paling besar, gulung dan racik halus

4. Ambil nasi yang tak terlalu panas( nanti ulam lunyai) gaul dengan kerisek/bahan tumbuk.

5. Masukkan ulaman, bawang dan perah limau.
Boleh makan dengan lauk apa apa kegemaran. makan sahaja pun dah sedap tau.

 
Nasi Ulam -Khasiat Ulam Untuk kesihatan Kita DAUN KESUM

Daun kesum juga digelar daun cenohom atau dikenali sebagai rau rau di Vietnam.
Daun kesum boleh digunakan sebagai ramuan ulam atau bahan sampingan untuk sajian seperti laksa dan bahan dalam kuah asam pedas. Diperkaya dengan bahan beta karotena, ia dikatakan dapat menghilangkan masalah rambut seperti kelemumur dan masalah penghadaman.
KACANG BOTOL

Pernahkah anda makan kacang botol, yang juga dikenali sebagai kacang botor atau kacang sirek?
Kacang botol merupakan antara sayuran yang baik untuk berdiet. Ada yang suka hiris dan masak sambal. Ada juga yang gemar ratah begitu sahaja dengan mencicah sambal pilihan. Tidak hairanlah jika kacang botol ini sering dijadikan sebagai salah satu pilihan untuk dijadikan ulam.
Menurut kajian, kacang botol dapat mengurangkan sakit kepala atau migrain. Selain itu ia juga dapat mengatasi masalah sukar tidur atau tekak yang loya dan mengawal paras gula dalam darah serta membantu untuk tingkatkan lagi imuniti seseorang.
Diperkaya dengan vitamin A dan C, kacang botol dapat mengelak daripada jangkitan penyakit.
Yang paling menarik, ia juga mengandungi bahan antioksidan yang tinggi dan membantu menghindari sel daripada radikal bebas.
Ia sesuai untuk dinikmati semua peringkat usia dan baik untuk kuatkan sistem imun anak-anak.
ULAM RAJA

Digemari ramai dan seperti ulam-ulaman lain, ia mempunyai pelbagai manfaat untuk tubuh.
Antaranya ia dapat melancarkan peredaran darah selain mampu menguatkan tulang serta menyingkirkan toksik dalam badan.
Tambahan lagi, ia dapat menyegarkan tubuh dan mengatasi bau mulut serta masalah osteoporosis. Mengamalkan pengambilan ulam raja juga dapat menghaluskan kulit selain mengatasi masalah alahan.
PETAI

 
Yang ini, popular! Ada yang suka dan ada juga akan tutup hidung apabila mendekatinya!
Baunya yang unik dan ‘kuat’ menyebabkan sebahagian orang ‘lari’ daripada menikmatinya kerana ia menimbulkan bau mulut selepas dimakan. Tetapi, petai ada banyak khasiat untuk kesihatan.
Petai mempunyai sumber antikoksidan yang baik yang dapat menyangkal radikal bebas. Lantas, ia dapat membantu mencegah kencing manis, barah, mengawal kadar gula dalam darah, menangani bakteria, memberi kesihatan pada jantung, menurunkan tekanan darah selain memberi kesan menenangkan.
Ternyata petai mengandungi banyak manfaat. Namun, elakkan daripada menjadi ketagih atau makan keterlaluan kerana ia juga boleh meningkatkan risiko gangguan ginjal. Makan berpada-pada dan sajikan dengan sayuran yang lain sebagai sampingan.
CEKUR

Sekali padang ia seperti halia. Tapi, cekur atau ada yang menggelarkannya sebagai kencur merupakan sejenis herba.
Daunnya boleh dibuat ulam, urap, kerabu dan pecal. Keseluruhan bahagian daun, batang, isi dan akar cekur semuanya boleh digunakan.
Daun cekur beraroma dan warnanya hijau. Seperti sayuran lain, cekur juga diperkaya dengan protein, serat, mineral, vitamin selain minyak pati yang diperkaya dengan sifat antioksidan, antiradang dan bakteria.
PEGAGA

Kalau nak tahu, tumbuhan ini kerap dikaitkan dengan rahsia awet muda atau penampilan keremajaan.
Selain itu, ia juga dilabel sebagai makanan otak yang dapat meningkatkan kecerdasan.
Ulam ini sangat berkesan dalam peningkatan fungsi mental dan dapat meningkatkan tumpuan minda.
Selain itu, amalan menikmati pegaga juga dikatakan dapat membantu masalah tidur selain merawat tekanan darah tinggi.
DAUN KADUK

Rupanya mirip daun sireh. Tapi, tumbuhan ini tidak tumbuh memanjat dan sebaliknya tumbuh di permukaan tanah.
Bagi yang gemarkan sajian Thailand, anda mungkin kenal daun kaduk ini. Rasanya sedikit pahit, tetapi ia dipercayai mempunyai manfaat untuk menurunkan kadar kolesterol, mengatasi masalah sembelit, sakit tulang belakang dan sakit gigi, antara lain.
JERING

Selain petai, ulam lain dengan bau yang kuat ialah jering. Ia kurang mendapat sambutan kerana baunya yang tidak begitu menyenangkan dan boleh dikatakan baunya lebih kuat jika dibandingkan dengan petai.
Untuk menikmatinya ia boleh direbus dan dimakan dengan sambal belacan, jering masak lemak atau sambal jering ikan bilis.
Buah jering mempunyai sumber galian seperti lemak, karbohidrat, Vitamin A, B dan C antaranya selain sejenis sebatian yang boleh memberi rangsangan untuk membuang air besar.
Namun, jering juga mengandungi bahan toksik yang dikenali sebagai asid jenkolik.
Elakkan daripada makan keterlaluan kerana ia boleh membawa mudarat pada kesihatan anda.
DAUN KUNYIT

Kalau nak tahu, pokok kunyit merupakan tumbuhan herba serbaguna. Setiap bahagian tumbuhan ini mempunyai manfaat dan khasiat.
Daunnya sahaja dapat membangkitkan aroma wangi dan sering dijadikan bahan pelbagai masakan. Menikmati daun ini dalam masakan juga dapat membantu memperbaiki sistem dalaman tubuh untuk nyahkan toksik.
BUNGA TELANG

Ini bahan yang mesti ada dan tidak asing lagi dalam hidangan nasi kerabu. Tanpa bunga telang, maka tidak lengkaplah sajian ini. Kalau nak tahu, bunga telang amat popular dalam perubatan tradisional India. Ia dijadikan tonik otak dan dipercayai dapat memperbaiki memori.
Bunga telang juga boleh dimakan mentah sebagai ulam. Menurut kajian, bunga ini boleh merawat gigitan serangga dan penyakit kulit. Selain itu, ia juga boleh menyembuhkan keradangan dan masalah gatal kulit.
 
The post Nasi Ulam Simple Sedap appeared first on Ainul Mustafa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ainulmustafa.com/nasi-ulam-simple-sedap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

Perencah Nasi Ayam Hainan Yang Mudah Dan Sedap Digunakan

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 240 hits
Bila anak anak minta nasi ayam Mak pun dalam malas malas buatkanlah juga dan disebabkan kemalasan itulah MY buat nasi ayam durhaka pada resepi asal Kalau nak beli aje kenalah sedar diri anak ramai Nasi ayam sebungkus dah dekat RM10 Mak apak...
Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 184 hits
Resipi nasi jagung ini boleh jadi pengganti nasi minyak atau nasi beriani kerana hidangan lauknya lebih kurang sama Boleh dimakan dengan ayam masak merah daging beriani dan dalca Cuma nasi jagung ini lebih berasa dan sedap kerana siap denga...
Kari Ikan Sedap Kebabom

Kari Ikan Sedap Kebabom

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 132 hits
Sejak balik dari UK saya masih belum pulih sepenuh dari jetlag Aduhai pergi seminggu jet lag juga seminggu Bila tidur tak cukup mula lah kita rasa penat dan asyik mengantuk Bila dah berusia ni memang proses recovery ni lambat Saya happy san...
Cara Masak Tomato Lasagna Paling Mudah Tapi Sedap

Cara Masak Tomato Lasagna Paling Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 109 hits
Nak masak Tomato Lasagna ni tidaklah susah mana pun Kalau ikut step by step ni confirm menjadi Makan panas panas lagi layan Bolehlah cuba sempena cuti sekolah ni Nak lagi sedap guna keju Perfect Italiano Parmesan dan tambahkan keju Perfect ...
Resipi Minyak Cili Yang Sedap Tak Rasa Pahit

Resipi Minyak Cili Yang Sedap Tak Rasa Pahit

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 147 hits
Bagi penggemar sajian Cina pasti tidak asing lagi dengan chilli oil atau minyak cili ini Enak dimakan bersama bubur sup ayam atau dijadikan sos pencicah dumpling Walaupun resipinya cukup mudah namun ramai juga yang gagal nak dapatkan Garlic...
Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

papar berkaitan - pada 1/2/2025 - jumlah : 297 hits
Banana Series Zus CoffeeAda yang dah cuba merasa minuman terbaru dari Zus Coffee sempena Tahun Baru Cina HUATYOU Memang serba kuning packaging Banana Series Zus Coffe ni Rasanya semua orang tahu HUAT tu bermaksud TUAH pada kaum Cina dan mem...
15 Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak Dijamin Sedap

15 Restoran Mee Kolok Popular Di Sarawak Dijamin Sedap

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 127 hits
Mee Kolok merupakan salah satu hidangan ikonik Sarawak yang wajib dicuba bagi sesiapa yang menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang Keenakan hidangan ini terletak pada mi kenyal yang direbus sempurna dihidangkan bersama daging yang diperap serta ...
Hiburan Ikut Jejak Langkah Bapa Anak Aliff Syukri Pula Nak Keluarkan Lagu Raya Nantikan Sedap Ke Tak

Hiburan Ikut Jejak Langkah Bapa Anak Aliff Syukri Pula Nak Keluarkan Lagu Raya Nantikan Sedap Ke Tak

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 140 hits
Sedia maklum sebelum ini usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sering menjadi perhatian ramai apabila tibanya bulan Ramadan kerana akan sibuk merakam lagu raya untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri Siapa sangka jejak langkahnya itu akan di...
Ayam Masak Palembang Sedap Pekat Dan Padu

Ayam Masak Palembang Sedap Pekat Dan Padu

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 192 hits
Kalau korang suka lauk berkuah pekat dengan rasa manis pedas dan lemak berkrim Ayam Masak Palembang ni memang wajib cuba Resepi ni senang je bahan pun tak banyak Jom kita masak Bahan bahan Bahan kisar 2 biji bawang besar 5 6 ulas bawang put...
Aktiviti Perjumpaan Ketua Aktivis Ppim Bersama Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Ppim 17 03 2025

Piring Tembaga Bukti Kekuasaan Wanita Keatas Lelaki

Qcy H3 Pilihan Tepat Untuk Fon Kepala Bajet Dengan Audio Mantap

Pengkhianat Negara Wajar Dikenakan Hukuman Berat

Berbuka Di Pavilion Bukit Bintang

Klia Ranks Among Top 10 In Global Airport Survey

Harga Emas Hari Ini Semakan Kadar Jangkaan Naik Turun

Birthday Gift


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Lego Style Packing Our Bags For A Brick Tastic Raya At Legoland Malaysia

A Parent S Guide To Spanaway Kids Swimming Schools Finding The Perfect Fit

Ahli Parlimen Kota Bharu Sembang Kari Kata Netizen

Ulasan Bailout Sapura Bukti Kasih Madani Kepada Maha Kaya

Suami Ipar Masak Untuk Keluarga Anak Aku Terus Makan Phew

Anggota Jpj Dipenjara Setahun Kena Denda Rm80 000 Sebab Rasuah