Nasi Minyak Terengganu Lauk Meriah Gerenti Berselera


Memang renyah sikit nak masak nasi minyak Terengganu ni tapi bila dah siap memang puas hati perut pun kenyang! Mana taknya, meriah betul resipi lauk nasi minyak Terengganu yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli di Facebook ni. Kalau ada majlis kecil-kecilan bersama keluarga masak resipi ni gerenti tetamu berselera. Saya kongsikan di bawah bahan-bahan dan cara penyediaan lengkap resipi ini.
NASI MINYAK TERENGGANU

BAHAN-BAHAN:
1. Beras Basmathi Jasmin Parboil 1.8 kg. Direndam 40 minit dan kemudian ditoskan air.
2. Untuk tumisan:
– Rempah 4 sekawan
– bawang besar 1biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
-minyak masak
– minyak sapi
3. Kismis
4. Susu cair 1/2 tin
5. Sos tomato 5 sudu besar
6. Garam
7. Pewarna kuning telur 1 sudu teh
8. Halia 2 inci (diketuk)
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan periuk elektrik
masuk minyak masak dan minyak sapi
tumis sampai naik baunya
masukkan semua bahan tumis..sampai wangi..masukkan dulu separuh je air dari sukatan beras…
bila air dah mendidih…masukkan beras yang ditoskan..gaul rata…masukkan air…kalau beras jasmin parboil ni..yang telah direndam..sukatan air dengan beras ..air paras2 beras sahaja (ukuran air dengan beras dalam periuk)..
masuk halia..masukkan susu cair..sos tomato..garam dan pewarna kacau rata..bila dah masak nasi tu..masukkan biji kismis..bila nasi dah masuk…kacau nasi tadi perlahan lahan…
biarkan lagi 20 minit untuk nasi masak dan kering sepenuhnya..siap

Gulai Daging/ Khemok Daging
1- Daging 1 kg
– Daging tulang 1.5 kg
2. Bahan perapan daging
– bawang besar 4 biji
– bawang merah 8 biji
– halia 2 inci
– lengkuas 2 inci
– bawang goreng 4 cawan
Bahan di atas dikisar halus
– rempah gulai cap bunga ros 2 pek kecil
– rempah masak cap bunga ros 2 sudu besar
– sos tomato 5 sudu besar
– susu cair 1/2 tin
– biji badam 6 biji disangai dan ditumbuk halus..masuk dalam perapan daging tujuan bagi rasa lemak pada kuah kita..
* semua bahan di atas disatukan dan diperap dengan daging dalam 30 minit.
3. Susu cair 1/2 tin
4. Gula melaka
5. Garam secukup rasa
6. Bahan tumisan
– bawang besar 1 biji dimayang
– daun pandan 2 helai disimpul
– rempah 4 sekawan
– cili boh 4 sudu besar
– serai 2 batang diketuk( optional..tak suka tak payah letak)
– minyak masak
7.kentang 4 biji (dipotong)
CARA PENYEDIAAN:
Tumiskan bahan tumisan hingga wangi…dan sampai pecah minyak..
masukkan daging yg diperap tadi..tutup periuk..biar keluar semua air daging dan rempah sebati…
masukkan 3 cawan air…renihkan daging dgn api sederhana..masukkan gula melaka ..garam ..secukup rasa..masak sampai daging empuk..
jika daging blum empuk tambah air dan susu cair..masak smpai kuahnya jadi pekat( boleh tmbah air jika terlalu pekat)..
siap untuk dihidangkan…

Ayam Masak Merah
1. Ayam 1 ekor ( dibersihkan dilumur kunyit dan garam dan digoreng hingga separuh msk atau masak)
2. Bahan tumis
– rempah 4 sekawan
– cili kering dikisar 6 sudu besar
– serai 2 batang diketuk
– daun kari 1 pelepah
– bawang besar 1 biji dimayang
– bawang putih 2 biji dimayang
3. Bahan kisar
– bawang merah 8 biji
– halia 1 inci
– bawang putih 4 biji
4. Lada merah dan hijau 2 biji untuk hiasan
5. Sedikit daun bawang untuk hiasan
6. Tomato puri 1 tin kecil
7. Sos tomato 4 sudu besar
8. Sos cili 5 sudu besar
9. Sos tiram 1 sudu besar
10. Kicap manis 2 sudu besar
11. Garam
12. Gula melaka
13. Perasa
14. Tomato 2 biji
15. Bawang holland 1 biji dipotong bulat untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak..masukkan bahan tumis..tumis hingga naik bau..
masukkan cili kisar..tumis hingga pecah minyak…masukkan bahan kisar kacau sebati tumis hingga pecah minyak lagi..
masukkan tomato puri…masukkan segala jenis sos dan kicap..masukkan ayam yang sudah digoreng…cili merah dan hijau..
masak hingga kuah pekat..masukkan garam dan gula melaka..perasa..dan akhir sekali masukkan bawang holland dan daun bawang untuak hiasan.
Acar nenas:
Bahan-bahan
1. Nenas 1 biji dikupas kulitnya dan dipotong nipis
2. Gula melaka 1/2 keping
3. Cuka makan 4 sudu besar
4. Air 1 cawan
5. Cili boh 3 sudu besar
6. Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan cili boh kacau dengan api perlahan…
masukkan air smpai mendidih masukkan gula melaka..
bila pekat sikit masukkan cuka…garam..tutup api.
Bila dah sejuk masukkan nenas..siap
Sambal belacan
1. Cili besar merah 4 biji
2. Cili padi 20 biji
3. Belacan sebesar ibu jari(dibakar biar wangi)
4. Limau kasturi 1 biji dibuang biji
5. Garam
6.Gula
7. Pes Asam jawa 1/2 sudu
8. Limau nipis 1 biji
CARA PENYEDIAAN:
Bahan 1 hingga 7 dikisar..
air sedang2..jangan terlalu sedikit atau banyak..
kisar jangan terlalu halus..keluarkan… perah limau nipis…rasa secukup rasa..
siap

SELAMAT MENCUBA
Kredit: Muliadi Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
 
Resipi Telur Puyuh Balado Sawadikap Lauk Simple Ketika Malas

Laksa Lemak Kedah Kaw Kaw Licin Satu Periuk

Bubur Jagung Lemak Manis Sebagai Manisan Minum Petang

 
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official



 
The post Nasi Minyak Terengganu Lauk Meriah Gerenti Berselera appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/02/nasi-minyak-terengganu-lauk-meriah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Nasi Minyak Zaitun Bahan Simple Tapi Rasa Bukan Main Sedap

Resepi Nasi Minyak Zaitun Bahan Simple Tapi Rasa Bukan Main Sedap

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 322 hits
Nasi beriani nasi minyak dan nasi hujan panas mungkin sudah terbiasa bagi kita Apa kata kali ini kita cuba hidangan nasi istimewa Nasi Minyak Zaitun pula di hujung minggu Paling utama kerana bahannya cukup ringkas dan sedap Jom cuba resipi ...
Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Sedap Bersama Acar Nenas Khemok Daging

Resipi Nasi Minyak Hujan Panas Sedap Bersama Acar Nenas Khemok Daging

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 492 hits
Biasanya kita akan jumpa menu nasi minyak hujan panas ni pada majlis kenduri saja Ditambah pula dengan lauk ayam goreng khemok daging dan acar nenas memang padu Menerusi perkongsian resipi daripada Muliadi Ramli ini memang senang cara membu...
Hiburan Tak Boleh Beza Halal Haram Ke Lelaki Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman

Hiburan Tak Boleh Beza Halal Haram Ke Lelaki Sorok Lauk Bawah Nasi Undang Kecaman

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 447 hits
Seperti yang kita tahu ketika zaman pandemik ini banyak pihak yang diuji terutamanya dari segi kewangan hingga ada yang terpaksa mencatu perbelanjaan harian demi meneruskan kehidupan Bagaimanapun ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungj...
Guna Minyak Sapi Dalam Makanan Anak Sesuai Untuk Yang Ada Alahan Produk Tenusu

Guna Minyak Sapi Dalam Makanan Anak Sesuai Untuk Yang Ada Alahan Produk Tenusu

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 157 hits
Bila nak bagi anak makan mama mestilah mahu berikan yang terbaik Bukan sahaja menitik beratkan kandungan nutrisi yang ada malah mengambil kira tentang makanan yang tidak memudaratkan anak Selalu kita dengar menumis menggunakan butter atau m...
Maafkan Ibu Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi Muka Merah Mulut Berbuih

Maafkan Ibu Sapu Minyak Angin Di Hidung Bayi Muka Merah Mulut Berbuih

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 188 hits
Dalam musim anak anak banyak yang kena selesema dan batuk ni biasanya kita akan sapukan minyak angin atau balm kan Barulah rasa lega sikit kalau hidung tersumbat tu dapatlah kurangkan rasa tak selesa Artikel Menarik Mama kena tahu peringkat...
Floods More People Evacuated In Terengganu Kelantan

Floods More People Evacuated In Terengganu Kelantan

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 196 hits
The number of flood victims in Terengganu and Kelantan continued to increase to 22 450 people at 234 temporary relief centres as of this afternoon compared with 19 626 at 225 relief centres this morning In Terengganu the number of people af...
Why Is State Govt Never Ready For Floods Terengganu Pkr Youth

Why Is State Govt Never Ready For Floods Terengganu Pkr Youth

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 209 hits
Terengganu PKR Youth deputy leader Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali has blasted the state government for being unprepared for the floods that are rocking the state He questioned why there appeared to be no readiness despite warnings from the ...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital