LEBIHAN NASI Minggu lepas sebelum merentas negeri, k.fiezz masak makan malam sehari sebelum kitaorang balik kampung. Tapi tak bersentuh sebab mr hubby beli makanan siap dari luar. Kebetulan masa tu, mama pun ada. Mr hubby masa balik kerja, dah call siap-siap tanya nak makan apa. Mama nak makan kuew tiow goreng. Tapi tak pasti kedai yang tepi jalan kitaorang suka beli tu buka ke tak?Sebab gerai tu selalu tutup dari buka. K.fiezz pun masak macam biasa sebab tak pasti gerai tu buka ke tak? Eh, sekali k.fiezz dah siap masak semua. Mr hubby pun ngam-ngam sampai rumah, tu dia 4 bungkus makanan siap dia beli. Harus lah nasi seperiuk yang k.fiezz masak tak bersentuh. Adeh. Esoknya tu kitaorang dah nak gerak balik kampung tapi k.fiezz kerja dulu. Jadi K.fiezz pesan dengan mama, kalau lebihan nasi tu diaorang tak makan, simpan dalam peti ais. Jadi lepas beberapa hari balik kampung, hari Isnin baru ni dah ada kat rumah, k.fiezz suruh mak tengokkan lebihan nasi yang letak dalam peti ais tu elok lagi ke tak? Lebihan Nasi Dalam Peti Ais Masih Elok Selepas Beberapa HariMak check nasi tu,okey cuma ada bahagian atas macam dah keras sikit. Bahagian yang keras tu k.fiezz buang. Bahagian bawah masih elok, tak ada melekit. Kalau dah melekit-lekit tu selalunya dah basi. Tempoh ketahanan nasi dalam peti ais ni mungkin bergantung juga pada jenis beras yang korang guna & cara masak. K.fiezz guna beras basmathi king JASMINE (rujuk gambar di bawah). Alhamdulillah, lepas beberapa hari masih elok dalam peti ais.
Nasi Goreng Kampung Guna Lebihan NasiSebabkan sekarang konsep k.fiezz yang tak suka membazir, lebihan nasi yang masih elok tu k.fiezz masak untuk makan malam Isnin baru ni. Setel uoll. Alhamdulillah habis pun seperiuk lebihan nasi yang tak bersentuh minggu lepas. Tak suka lah membazir. Membazir kan amalan S**I**N.. Lagipun harga beras ni mahal. Tu yang macam sayang lah nak buang-buang gitu. Fikir juga orang susah gigih mencari duit nak makan sesuap nasi. Yang kita ni dah berlebih-lebih sampai membazir. Sebab tak suka membazir ni, bila bulan puasa k.fiezz tak berapa gemar ke bazar Ramadhan sebab nafsu mata. Semua nak. Bila time berbuka, tu dia..semua ke tong sampah sebab tak habis. Tiap kali ke bazar, k.fiezz akan limit dan control nafsu dari beli yang merapu. Memang k.fiezz beli yang mana nak makan je. Tapi kalau mr hubby, jangan. Kena control dia sikit. Kalau ikut dia, semua nak. haha..|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |