Nasi Khao Mok Ayam Berempah Garing Cicah Dengan Sos Cili 2 Versi Memang Padu
Bulan puasa ni, bosan juga asyik makan menu gulai-gulai dengan nasi putih kan. Apa kata tukar selera sikit. Kadang menu yang kita tak pernah cuba buat, itulah yang boleh menambat hati seisi keluarga.
Apa kata cuba resipi Nasi Khao Mok. Sebenarnya resipi Nasi Khao Mok ni adalah nasi briyani Thailand. Bagi yang biasa pergi ke Thailand sebelum ini pasti dah pernah rasa. Jika yang tak pernah pergi tapi dah rasa menu ni pasti dah tau kesedapannya.
Nasi ni simple je untuk buat cuma wajib ada rempahnya. Nak tahu bahan dan cara membuatnya, resipi yang dikongsikan Nazira Zaini ini mudah dan menarik.
Siapa pernah ke utara sempadan thailand mesti tau nasi ni.. Sos nasi ni saya buat 2 versi.. Bila dicampur kedua-duanya bertambah padu dan cukup rasa.
Resepi lengkap saya sediakan ada pada gambar.
Cara untuk sediakan ayam berempah
Mula-mula perap ayam dan bahan-bahannya..
1/2 ayam
4 ulas bwg putih*
1 biji bwg besar*
2 inci halia*
1 inci lengkuas*
4 batang serai*
1 cawan tepung jagung
1 sb rempah kari
1 sb cili mesin
1 sk serbuk pati aym
2 tangkai daun kari
2 sb ketumbar biji
1 sk garam
Blend bahan *.. Campur semua bahan blend dan lain tu.. Gaul pada ayam.. Perap sekurangnya 1 jam.. Kemudian goreng.. Medium heat..
Resepi nasi saya olah sendiri.. Insyallah sedap.. Rempah ni saya beli kt shoppee je awak..Type je rempah nasi khao mok..
Nasi Khao Mok
3 cawan beras
3 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
1 biji bawang merah (hiris halus)
4 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia ( hiris halus)
2 daun pandan
1 pek rempah khao mok
1/2 tin susu cair
1/2 sb garam
2 sb gula
Tumis bahan hiris, daun pandan dengan minyak sapi dan minyak masak.. Masukkan rempah khao mok semua sekali dalam pek tu. Tumis sekejap, jangan sampai hangus pulak.
Basuh beras, masukkan bahan tumis tadi, susu cair, garam dan gula dalam beras dan masak nasi macam biasa.. Air kena lebihkan sikit dari tanak nasi biasa.
Sos colek versi 1
5 bji cili merah
7 biji cili api
4 ulas bawang putih
1 batag ketumbar
2 senduk cuka makan
1 1/2 senduk gula
1 sk garam
Daun ketumbar
Blend semua bahan kecuali daun ketumbar. Masak bahan blend atas api sederhana sampai pekat.. Masak sos ni lama sikit tau baru jadi.. Biakan sos reneh dalam 10 minit.. Bila dah pekat tutup api dan masukkan daun ketumbar..
Sos colek versi 2
Kalau di Thailand, sos ni lebih popular makan dengan Nasi Khao Mok.. Pun boleh buat pencicah keropok..
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sb cili flakes
1 senduk cuka makan
1 senduk gula
1/2 sk garam
1 cawan air
1/2 sos tomato
1sb tepung jagung bancuh air
Tumbuk lumat bawang putih dan halia. Masukkan dalam periuk semua bahan.. Bila dah mendidih dalam 5 minit baru masukkan air tepung jagung.. Bergantung pada pekat yang awak-awak nak.
Nasi Khao Mok siap dihidangkan.
Kredit: Nazira Zaini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nasi Khao Mok Ayam Berempah Garing. Cicah Dengan Sos Cili 2 Versi, Memang Padu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/nasi-khao-mok-ayam-berempah-garing-cicah-dengan-sos-cili-2-versi-memang-padu/