Nasi Kandar Mantap Di Restoran Original Kayu Nasi Kandar Penang
NASI KANDAR MANTAP DI RESTORAN ORIGINAL KAYU NASI KANDAR, PENANG | Siapa antara pembaca blog ini suka makan nasi kandar? Nasi kandar ini ada penggemar tersendiri, boleh kata kalau tak dapat makan nasi kandar tak lengkap hari mereka. Umum tahu bahawa nasi kandar berasal dari Pulau Pinang jadi semasa bercuti di Penang bulan lalu saya tak melepaskan peluang untuk menikmati nasi kandar asli di Restoran Original Kayu Nasi Kandar yang terletak Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kata orang bila ke Pulau Pinang tak lengkap jika kita tak rasa nasi kandar.
Restoran Original Kayu Nasi Kandar, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Pada zaman sekarang nasi kandar dianggap sebagai makanan mewah kerana ia dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk pauk. Lihatlah sendiri dalam pinggan yang saya pesan.
Nasi kandar mantap
Saya bukanlah peminat tegar nasi kandar dan hanya mengambil lauk-pauk basic tetapi harga sepinggan nasi kandar ini hampir RM50.00. Just bear in mind, harga satu hidangan nasi kandar boleh mencecah sehingga puluhan ringgit bergantung kepada jenis lauk dan harga yang telah ditetapkan oleh restoran
Service di restoran ini agak cepat manakala keadaan persekitaran restoran juga bersih. Terdapat ruang solat yang luas dan selesa di bahagian belakang ruang makan. Overall boleh repeat makan di sini atau di cawangan lain
Alang-alang cerita nasi kandar, saya kongsi sedikit sejarah dan asal-usul nasi kandar kepada pembaca yang masih belum tahu info ini sebagai menambah general knowledge.
SEJARAH NASI KANDAR
Suatu masa dahulu nasi kandar ini asalnya adalah makanan pekerja buruh yang bekerja di pelabuhan Pulau Pinang. Pada masa itu pelabuhan Pulau Pinang sangat terkenal sebagai pusat pelabuhan utama di Tanah Melayu. Pelabuhan ini sibuk kerana banyak kapal-kapal berlabuh membawa muatan barang-barang dagang sekaligus kehadiran penduduk tempatan mencari rezeki sebagai buruh di kawasan itu turut bertambah. Golongan buruh ini terdiri daripada pelbagai bangsa dilayan sebagai golongan bawahan.
Pelabuhan Pulau Pinang
Maka timbullah penjual nasi kandar di mana nasi ini dibawa dalam bakul menggunakan kayu penggandar yang secara tradisi dijual pada awal pagi kepada buruh-buruh dan pekerja bawahan di pelabuhan Pulau Pinang. Buruh-buruh ini perlu makan sarapan yang berat sebagai sumber tanaga mereka untuk bekerja hingga petang. Semua orang tahu portion nasi kandar banyak, ditambah pula kari ikan, ikan goreng dan sayur bendi. Makanan ini mengenyangkan
Penjual nasi kandar zaman dahulu
Si penjual nasi kandar pula terdiri dari keturunan Indian Muslim yang merupakan golongan pedagang satu ketika dulu. Maka merekalah yang memperkenalkan nasi kandar di Tanah Melayu hingga kini nasi kandar kebanyakkan di kedai mamak
Begitulah asal usul nasi kandar di Pulau Pinang
Bila zaman telah berlalu, maka nasi kandar bukan lagi menjadi makanan buruh tetapi boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia malah lauk nasi kandar juga telah dipelbagai bukan hanya menu asli tetapi ayam goring, kari kepala ikan, udang, sotong, pelbagi jenis ikan dan sayur juga ada dihidangkan sebagai lauk nasi kandar.
Penggemar nasi kandar ada kongsi rahsia menikmati nasi kandar original supaya lebih sedap dan mantap ialah bila makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu, gitu
Apa nasi kandar kegemaran korang? Buat masa ini nasi kandar kegemaran saya ialah di Restoran Kayu Nasi Kandar dan Restoran Liga Maju.
Okay habis cerita tentang nasi kandar.. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ladyinredplanner.blogspot.com/2022/09/nasi-kandar-mantap-di-restoran-original-penang-kayu-nasi.html