Nasi Jagung Berkenjah
Assalamualaikum.
Bersyukur dengan permohonan bertukar sejak 4 tahun lalu baru diluluskan..kalau beranak, anak tu dah nak masuk tadika pun.. so aku dengan senang hati, nak menjamu kawan-kawan sepejabat
Menunya simple aje.. Nasi Jagung dan Ayam Masak Merah. Dan bila untuk menjamu,pastinya aku masak dalam portion kenduri. Kepada yang nak mencuba, kurang-kurangkan sukatan ye.
NASI JAGUNG (25-30orang makan)Bahan-bahan;5ulas bawang putih2inci halia2labu bawang besar5ulas bawang merah*mayang halus
4 gelas plastik beras basmati (gelas plastik macam kat kedai makan tu)7-8kuntum Bunga lawang2 batang kulit kayu manis (patahkan)1 sudu kecil bunga cengkih1 tin susu sejat4 tin air 1 camca makan serbuk kaskas4 jantung jagung(ambil isi)Pewarna kuning(optional)2 batang serai dititikMinyak sapi untuk menumis
Cara-cara;1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan yang dimayang bersama bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih dan serai dititik. 2. Bila bawang dah layu masukkan serbuk kaskas dan sedikit air serta garam anggaran 2 camca makan
3. Masukkan beras yang siap dicuci dalam periuk nasi, dan tuangkan semua bahan tumisan bersama minyak. Kemudian masukkan jagung,susu sejat dan air dan pewarna kuning kalau nak..aku tak letak pun. Masaklah seperti biasa
Oleh kerana aku masak banyak dan nak cepat siap,aku gunakan PC (preasure cooker) berkapasiti 6liter. Masa diambil 12minit tapi sementara periuk nak warm-up pun..dalam 20minit baru siap. Kalau nak buat sikit-sikit, guna periuk nasi letrik yang biasa tu je
Nasi jagung aku sangatlah meriah..jagung memang banyak aku letak. Nak bagi puas makan. Esok aku kongsikan resepi Ayam Masak Merah Kenduri pulak. Ok..selamat menjagung
PEN BIRU...menulis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.penbiru.com/2018/12/nasi-jagung-berkenjah.html