Nasi Goreng Nyonya Pasti Memikat Hati Ibu Mertua


Kredit: Gerard Lee Nasi Goreng Nyonya merupakan sajian kegemaran saya dari kecil. Kalau mak saya sediakan nasi goreng ini sebagai sarapan, sayalah orang pertama yang akan turun dan duduk di meja makan. Mana tidaknya? Bau belacan yang tajam sudah cukup untuk mengejutkan lena sesiapapun, apatah lagi kalau digoreng sekali dengan petai. Wah, memang bertambah-tambah selera!
Dalam banyak-banyak masakan Nyonya, masakan nasi goreng inilah, bagi pendapat saya, yang paling menyenangkan hati, baik si tukang masak mahupun orang yang makan. Oleh itu, setiap kali rakan-rakan saya yang baru berkahwin dan ingin sediakan juadah santapan keluarga mertua buat kali pertama, saya akan syorkan mereka untuk sediakan nasi goreng ini. Anda pasti terfikir, ‘kenapa sajian nasi goreng Nyonya ini yang disyorkan?’ Jawapannya mudah saja. Gabungan perisa klasik nasi goreng ini ‘kena’ dengan selera orang tua-tua. Kesegalaran hirisan ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang digunakan menyeimbangkan rasa belacan yang kuat serta memberi kepedasan yang mencukupi untuk membuatkan ibu mertua segarang Nyonya Mansor pun mengangguk-angguk tanda setuju.
Kalaulah Kassim Selamat belajar resepi nasi goreng ini, Nyonya Mansor pasti takkan begitu menentang perkahwinannya dengan Sabariah, walaupun dia sekadar seorang ahli muzik, betul tak? Kalau anda pun sedang mencari resepi mudah dan enak untuk memujuk seseorang, tak perlu cari jauh-jauh, resepi Nasi Goreng Nyonya ini sedia membantu anda!
Bahan-Bahan:
a) Nasi Goreng
3/4 cawan udang kering, direndam dalam air mendidih, ditapis, dikisar kasar160g udang, dibuang kulit, dibuang urat dan dipotong menjadi ketulan kecil1 cawan beras, dicuci, ditanak dan disimpan dalam peti sejuk semalaman2 sudu besar kicap cair1 sudu teh garamsudu teh gula2 biji telur, dipukul lada sulah b) Kerabu
1 biji timun saiz sederhana, dibelah 4, dibuang biji, dihiris serong dengan ketebalan 2-3 mm1 biji mangga muda saiz kecil, dikupas kulit dan diparut halus1 biji lobak merah, dibuang kulit dan diparut halus 1 biji bawang merah, dihiris1/2 cili merah segar, dibuang kulit dan dicincang1 sudu besar gula1 sudu teh garam atau sos ikan 1 sudu teh udang kering, dicincang dan digoreng1 sudu teh kacang goreng tumbuk 2 sudu besar jus limau1 sudu teh cuka c) Rempah
8 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dalam air mendidih hingga lembut. Tapi dan hiris3 ulas bawang putih, dikupas kulit dan dihiris4-5 biji bawang merah saiz kecil atau 1 biji bawang Sepanyol, dikupas kulit dan dihiris1/3 can minyak sayuran Cara-Cara:
Untuk menyediakan rempah, kisar semua bahan rempah hingga menjadi kes kasar.Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Masukkan pes rempah dan tumis selama 7-10 minit hingga wangi dan garing. Anda akan tahu pes ini sudah siap dimasak apabila kepulan asap kecil naik dari kuali dan warna pes rempah menjadi lebih gelap. Masukkan udang kering ditumbuk dan goreng selama seminit atau hingga wangi dan sedikt garing.Masukkan udang dan goreng hingga cukup masak. Masukkan nasi, kicap, lada sulah dan gula. Goreng nasi hingga nasi menjadi sebiji-sebiji dan lembut. Hasilkan kawah di tengah-tengah dan masukkan 2 biji telur. Biar teluar masak sebentar agak dasar telur masak. Gunakan sudip dan terbalikkan telur. Kemudian, hancurkan telur untuk pastikan telur masak..Cedok nasi dan hias dengan hirisan timun dan kerabu mangga. Anda boleh goreng keropok lekor juga. Jika anda mahu nasi goreng anda lebih pedas, anda boleh menikmati nasi goreng ini dengan sambal belacan. Ibu Mertua Segarang Nyonya Mansor Pun Cair! Memang betul kata orang, nak memikat hati, kenalah melalui perut. Baik suami mahupun mak mertua segarang Nyonya Mansor, sesiapapun boleh cair kalau anda sediakan hidangan Nasi Goreng Nyonya ini. Saya yakin, tiada resepi semudah dan seenak ini untuk anda hidangkan buat kali pertama kepada ibu mertua anda.
Jangan lupa untuk kongsi dengan saya masakan Nyonya kegemaran anda dan jika anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan.Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!
The post Nasi Goreng Nyonya Pasti Memikat Hati Ibu Mertua appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/nasi-goreng-nyonya-pasti-memikat-hati-ibu-mertua

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Cepat Dimasak Sedap Dimakan

Nasi Goreng Cepat Dimasak Sedap Dimakan

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 439 hits
Kuew teow dah jemu nak makan Mee goreng pun dah masak 2 hari lepas kalau tak silap Lepas tu dok fikir menu apa nak masak untuk breakfast semalam Pening pening Mujur lah ada nasi lebih sikit dinner malam tadinya Boleh gak buat nasi goreng ce...
Masyarakat Hidup Makan Mee Segera Telur Goreng Dan Nasi Putih

Masyarakat Hidup Makan Mee Segera Telur Goreng Dan Nasi Putih

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 390 hits
Berita terkini menyebut satu kajian atau survey berkenaan Kemiskinan Bandar terutama sekali di kawasan flat PPR di 16 lokasi sekitar Kuala Lumpur Kajian itu telah dibuat oleh consultant tempatan DM Analytics bagi pihak UNICEF dan UNFPA Surv...
Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

Resepi Nasi Arab Berlauk Ayam Goreng Ikut Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 791 hits
Sekarang ni jika nak cuba masakan arab tidak perlu sampai ke negeri arab kerana usahawan arab pun datang ke tanah Malaya buka perniagaan Restoran Usahawan tempatan pun tidak terlepas peluang menyajikan masakan arab terutama dalam hidangan N...
Budi Ds Najib Pasti Tersemat Dalam Hati Setiap Daripada Rakyat Malaysia Tinggal Lagi Nak Akui Atau Tidak

Budi Ds Najib Pasti Tersemat Dalam Hati Setiap Daripada Rakyat Malaysia Tinggal Lagi Nak Akui Atau Tidak

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 402 hits
Tentunya bukan nyonya ni seorang sahaja yg mempunyai penghargaan setinggi ini kepada DS Najib di atas jasa sumbangan budi yg diberikan selama beliau memimpin negara sebagai Perdana Menteri yang mana hanya Allah sahaja yg mengetahui sudah pa...
Ibu Bapa Bercerai Lalu Dibesarkan Datuk Nenek Gadis Kecil Berdikari Menjual Ayam Goreng Demi Meringankan Beban Keluarga

Ibu Bapa Bercerai Lalu Dibesarkan Datuk Nenek Gadis Kecil Berdikari Menjual Ayam Goreng Demi Meringankan Beban Keluarga

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 326 hits
Kehidupan normal zaman kanak kanak seharusnya penuh riang bahagia dan gembira tetapi bagi anak anak dari keluarga miskin mereka perlu mula berjuang seawal usia muda Seorang kanak kanak perempuan berusia 9 tahun bernama Bier di Thailand menj...
Al Fatihah Ibu Mertua Nora Kembali Ke Rahmatullah

Al Fatihah Ibu Mertua Nora Kembali Ke Rahmatullah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 268 hits
Penyanyi Nora Ariffin yang baru sahaja berkongsi kegembiraan bergelar nenek itu menerima berita duka apabila ibu mertuanya iaitu Nora Abdullah meninggal dunia pagi Rabu source
Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Masak Nasi Goreng Sosej Mentega Kesederhanaannya Dipuji Rakyat

Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Masak Nasi Goreng Sosej Mentega Kesederhanaannya Dipuji Rakyat

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 443 hits
Baru baru ini video KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memasak nasi goreng mendapat perhatian dan pujian rakyat Baginda berkongsi resepi 2 jenis nasi goreng iaitu nasi gor...
Ikan Goreng Di Nasi Bungkus Penuh Belatung Baru Sadar Setelah Habis Setengahnya

Ikan Goreng Di Nasi Bungkus Penuh Belatung Baru Sadar Setelah Habis Setengahnya

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 408 hits
Rasa lahap seketika hilang kala Yani Maria melihat isi ikan yang sudah ia santap sampai setengah Ia tak menyangka ternyata di dalam ikan yang menjadi lauknya tersebut terdapat banyak sekali belatung hidup Kemalangan Yani tersebut diunggahny...
Resepi Permaisuri Agong Nasi Goreng Butter Masak Guna Kuali Legend Tunkuazizah Video

Resepi Permaisuri Agong Nasi Goreng Butter Masak Guna Kuali Legend Tunkuazizah Video

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 874 hits
Resepi Permaisuri Agong masak Nasi Goreng Butter guna KUALI LEGEND Cara TunkuAzizahresepi permaisuri agong nasi goreng butter kuali legendResepi Permaisuri Agong masak Nasi Goreng Butter guna KUALI LEGEND TunkuAzizah FULL VIDEO
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan