Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya


 


Saya ingin berkongsi kesedihan saya dengan follower semua dan semoga anda semua dapat mendoakan agar Allah memberikan keringanan pada apa yang ditanggung oleh kami sekeluarga. Malam tadi, waktu terjaga dari tidur, saya baca mesej dari Wahidah, isteri anak saudara yang membuatkan saya terus berdoa, Ya Allah ringankan lah kesakitan anak buah saya. Dari malam tadi sehingga sekarang saya tidak dapat menahan sebak dan kesedihan. 
Awal Ogos baru baru ini, saya mendapat panggilan telefon (video call) dari anak saudara kesayangan saya, Ruzman Ismail bersama kakak saya memberitahu yang  dia dah 2 bulan tidak sihat dan akan membuat pemeriksaan dan scanning di HUSM Kubang Kerian. Dia adalah anak kedua dari 5 beradik yang semuanya lelaki. Anak saudara saya yang kedua. Seperti biasa lah, untuk dapat appoinment di hospital mengambil masa yang lama. 
Sejak itu, saya sentiasa bertanyakan perkembangan dan kemudian dimaklumkan pertengahan September, beliau telah ditahan di ward dan kemudian perut telah ditebuk untuk mengeluarkan air di dalam perut. 
Sejak itu, pemeriksaan lanjut dibuat yang mengesahkan beliau mengidap kanser di tahap yang advanced. Pastinya berita itu membuatkan saya sangat sedih. Setiap selepas solat, saya berdoa agar beliau diberikan kesembuhan. 
Saya menjadi sangat insaf kerana betapa kehidupan kita sangat singkat, jadi kita kena sentiasa berbuat kebaikan. Ini yang dikatakan sihat sebelum sakit. Bayangkan ketika bertemu di majlis perkahwinan Juita pada 18-19 April yang lalu, dia masih sihat. Walaupun isterinya tidak dapat hadir, beliau hadir membawa kakak saya ke majlis pernikahan dan persandingan Juita sesuatu yang saya sangat terharu dan hargai. 



Anak saudara saya ini seorang yang banyak membantu saya dari dia masih muda lagi. Saat saya membina kehidupan, biasalah bila kita mengalami kesulitan wang untuk pelbagai urusan. Dia lah yang menjadi “banker” saya. Bila mahu membeli apa apa dari Kelantan, dialah yang akan saya call. Dia akan beli dan pos pada saya. Bila balik Kelantan dan saya teringin nak makan apa apa, dia lah yang akan belikan untuk saya supaya bila sampai jer di sana, saya boleh terus makan. 
Bukan sahaja dengan saya, dia juga sangat pemurah dengan sesiapa sahaja. Dia berniaga ayam segar di pasar Jelawat. Bila ada orang membeli ayam untuk kenduri dan sebagai nya, pasti dia akan menyelit seekor dua ayam untuk sedekah dari dia. Bila dengar masjid perlukan bantuan, dia dengan laju akan memberikan sedekah. 
Bila emaknya yang juga kakak saya kesedihan kerana kehilangan barang kemas, dia tiba tiba jer menghadiahkan barang kemas berharga RM10 ribu sebagai ganti demi melihat emaknya kembali gembira. 
Masya Allah terlalu banyak kebaikan dia. Tahun lepas, beliau telah mengerjakan umrah dan kemudian pergi pula mengerjakan Haji dalam tahun yang sama. Pastinya Allah sangat merahmati beliau. Sesunguhnya saya bersaksi, dia seorang anak buah yang terlalu baik dan suka membantu. Ampunilah dia Ya Allah, berikan lah keringanan dan permudahkan urusan dia Ya Allah. 
Saya menjadi sangat sedih kerana dia telah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tolonglah sama sama doakan agar dipermudahkan segala urusan anak buah saya, diberikan keringanan dari kesakitan yang dialami. Aamiin. 



Saya menyediakan nasi goreng Cina ini pun dalam saat saya kesedihan. Saya merasakan betapa kerdilnya diri ini dan kita tidak pasti aturan hidup kita melainkan sentiasa bersedia sementara masih diberikan peluang dan kesempatan. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…

Nasi Goreng Cina Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:Nasi putih sejuk3 biji telur - pukul seketika4-5 ulas bawang putihDaun bawang
Bahan perasa:GaramSerbuk pati ayamSerbuk lada putihMinyak bijan - opsyenal
Bahan lain:Isi ayamUdang - jika sukaKacang panjangKarot
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng isi ayam, udang, karot dan kacang panjang selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 
Panaskan minyak masak dan sedikir minyak bijan dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan telur dan kacau rata. 
Masukkan nasi dan kacau rata. Masukkan semua bahan perasa. 

Akhir sekali masukkan daun bawnag dan bahan yang telah digoreng. 



Sebelum tutup api, masukkan sedikit lagi minyak bijan. 

Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng premium Azie Kitchen. 


Selamat mencuba…



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/nasi-goreng-cina-dan-doa-buat-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

Kelantan Ambil Nyawa Sendiri Lepas Pukul Anak Saudara Dengan Tukul

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1096 hits
ROHANA MOHD NAWILokasi kejadian seorang lelaki memukul anak saudaranya di sebuah rumah kedai di Jelawat Bachok hari ini FOTO MEDIA SOSIALBACHOK Seorang penganggur dipercayai menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hing...
Kes Lelaki Pukul Anak Saudara Dengan Tukul Menagih Pil Kuda Dia Dah 2 Minggu Tak Tidur Sebelum Kejadian

Kes Lelaki Pukul Anak Saudara Dengan Tukul Menagih Pil Kuda Dia Dah 2 Minggu Tak Tidur Sebelum Kejadian

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 676 hits
Seorang lelaki yang menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya dengan tukul di Jelawat Bachok kelmarin dipercayai tidak tidur selama dua minggu sebelum insiden tragis itu berlaku Bapa mangsa Muhammad Badrul Remli 31 yang ...
Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

Sarapan Nasi Goreng Pagi Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1743 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Sarapan nasi goreng pagi ini Seperti biasa nasi goreng letak ikan bilis dan juga sayur sawi Guna bahan yang ada di rumah sahaja Nasi goreng cepat di masak enak dimakan Sawi ambil dalam pasu Kecil sahaja sawi...
Nasi Goreng Je Pagi Ni

Nasi Goreng Je Pagi Ni

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3703 hits
Assalamualaikum SA cuma sempat masak nasi goreng je kami bertiga ni x sihat jangkit berjangkit sudahnya gagahkan jugak la diri masak sarapan SA kuat sikit la sebab SA makan ubat ikut time PZ ni aje tapi betul la orang lelaki kalau sakit sem...
30 Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak Perempuan Penuh Doa

30 Ucapan Ulang Tahun Untuk Anak Perempuan Penuh Doa

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 3479 hits
Singkat tapi memiliki doa terdalam dari orang tua inilah 30 ucapan ulang tahun untuk anak perempuan paling menyentuh hati
Nasi Goreng Daging Salai

Nasi Goreng Daging Salai

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3042 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat semua Alhamdulillah pagi ni nampak cuaca cerah secerah hatiku Walau sedikit demam pagi ni gigih juga bangun hantar hero tu training bola dan terus masak nasi goreng daging salai Entah kenapa tekak teringin nak m...
Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1 Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng Juga

Cara Buat Sambal Belacan 2 Dalam 1 Boleh Jadi Perencah Nasi Goreng Juga

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1329 hits
Sambal belacan wajib ada stok di dapur kalau suka makan pedas Alang alang buat sebalang terus macam ini Tak perlu susah susah buat banyak kali Bestnya sambal belacan yang sama ini juga boleh dibuat rencah untuk nasi goreng Kegunaannya 2 dal...
Wanita Nekad Tumbuk Muka Buaya Untuk Selamatkan Anak Anjing

Wanita Nekad Tumbuk Muka Buaya Untuk Selamatkan Anak Anjing

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1433 hits
AgensiWRIGHT bersama anak anjing berusia empat bulan bernama Dax yang nyaris dibaham buaya FOTO Agensi Florida Seorang wanita di Florida Amerika Syarikat nekad menumbuk muka seekor buaya bagi menyelamatkan anjing peliharaannya Memetik UPI p...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup

Gambar Aku 6 Tahun Tadika