Nasi Goreng Cendawan Pedas Yang Sedap




Saya tahu masing masing punya pendapat dan pendirian berbeza dalam satu satu perkara. Setiap orang patut menghormati perbezaan pandangan orang lain. Apa yang saya perhatikan, bila tak setuju netizen secara berjemaah mengecam orang yang tidak sependapat dengan mereka. 
Jangan begitu. Jangan guna media social untuk mendapat dosa. Hidup ini terlalu singkat untuk disia siakan. Simpan sahaja jika rasa kita tidak setuju. Itu lebih baik.  
Sekarang ini, waktu lock down ramai orang susah kerana tidak dapat keluar bekerja untuk mencari nafkah seperti biasa. Tempat mereka bekerja yang jika tidak dalam kategori "essential" ditutup, menjadikan mereka kehilangan pekerjaan. 
Kesusahan sehingga ramai yang menpunyai masalah kewangan untuk membeli barang barang keperluan asas. Ramai orang perseorangan dan NGO yang mengumpul dana dan membeli serta mengagihkan pek makanan keperluan asas di kawasan masing masing.
Tidak kurang ramai orang yang menggunakan media sosial untuk menghantar mesej memohon bantuan susu bayi dan lampin pakai buang. Susu mungkin boleh difahami kerana susu adalah keperluan bagi bayi tetapi lampin pakai buang adalah barangan yang boleh dielakkan bila kita berada dalam kesusahan. 
Lebih lebih lagi bila ibu ibu berada di rumah masa lock down, jadi ada masa untuk menggunakan lampin kain yang boleh dibasuh selepas digunakan dan juga melatih anak anak untuk ke tandas. 
Saya melihat dalam IG, ada ibu yang menpunyai seorang atau dua anak berumur agak agak dalam 3-4 tahun pun minta bantuan membeli lampin pakai buang. Usia seperti ini, kita telah boleh melatih anak anak ke tandas. 
Tapi biasalah ada yang mengecam dan membahaskan bila perkara ini disuarakan dengan alasan masa dulu tak sama dengan masa sekarang. Memang lah masa dulu tak sama dengan masa sekarang. Seperti juga masa senang tak sama dengan masa susah. Tapi nilai dan sikap berjimat cermat adalah nilai yang sentiasa relevan dalam hidup seorang manusia. 
Kita kena membuat perubahan pada gaya hidup. Contoh saya sendiri, waktu saya bekerja dan bergaji tidak sama dengan sekarang selepas bersara tanpa mendapat pencen bulanan. Mahu tidak mahu, saya terpaksa membuat perubahan pada diri sendiri. 
Dari lima orang anak saya, anak yang keempat dan kelima sahaja yang lebih banyak menggunakan lampin pakai buang. Itu pun masih digilirkan dengan lampin kain. Kenapa saya buat perubahan kerana saya lebih mampu ketika itu berbanding dengan sepuluh tahun sebelumnya. Di awal perkahwinan dan mula membina kehidupan, saya memang terpaksa berjimat cermat. Makan pun 2 kali sahaja sehari. Pagi dan malam. 
Saya menulis ini adalah untuk situasi jika kita susah, jika kita mampu tak ada masalah nak pakaikan lampin pakai buang 24 jam pun. Tak jadi masalah. Jadi kalau ada yang tidak bersetuju dengan saya, terpulang lah. 
Kalau rasa mahu membantu mereka yang meminta bantuan lampin pakai buang, boleh sahaja. Tak jadi masalah juga pada saya. Saya ada cara sendiri untuk sedekah dan infaq saya. Saya memilih saluran yang lebih telus supaya sampai kepada lebih ramai orang yang benar benar memerlukan. Itu cara saya. OK sekarang saya tinggalkan bab ini dan saya mohon maaf andai pendirian saya tidak sama dengan pendirian anda.  


Siapa macam saya suka masakan berasaskan cendawan. Masa kecil kecil dulu, biasa mengutip cendawan liar di hutan. Goreng cendawan dengan telur dadar. Atau dimasak lemak cendawan. Sekarang ini, kalau di kampung pun, tak perlu lagi nak cari sendiri. Boleh jer beli di pasaraya. 
Kebetulan pula, saya memang penggemar nasi goreng.  Jadi saya gandingkan nasi goreng dengan cendawan. Tu diaaa, sedap sangat sangat. Nasi tu ada bau bau dan aroma cendawan. 
Jom layan resipi dan cara penyediaanya di bawah ini. Selamat mencuba....  


Nasi Goreng Pedas Cendawan Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:4 cawan nasi putih - 500 gram2 biji telur2 + 2 sudu besar minyak masak1 cawan karot 100 gram - potong dadu (atau guna karot frozen)1-2 cawan cendawan - potong dadu1 sudu besar Knorr Pasti Sedap - 10 gram100 gram isi ayam2 sudu besar sos ikan½ cawan daun bawang - hiris
Bahan Tumbuk kasar:3 biji bawang merah4 ulas bawang putih2 tangkai cili api - ikut pedas disukai
Cara cara:Panaskan 2 sudu besar minyak dan masukkan telur. Biarkan separuh mengeras, baru dikacau rata dan angkat. Ketepikan.
Menggunakan kuali sama, masukkan baki minyak. Tumis bahan tumbuk sehingga cili masak dan naik bau.
Masukkan isi ayam dan kacau rata sehingga masak.
Masukkan karot dan kacau sehingga lembut (jika guna karot segar), baru dimasukkan cendawan.
Masukkan sos ikan, perasa Knorr Pasti Sedap dan nasi. Masukkan telur yang telah digoreng tadi. Besarkan api dan kacau sehingga nasi berasap dan beraroma.
Tutup api. Masukkan daun bawang dan kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

Nota:Jika suka sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng.
Boleh ganti 1 sudu besar minyak dengan 1 sudu besar mentega.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/07/nasi-goreng-cendawan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Petai Yang Simple

Nasi Goreng Petai Yang Simple

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 467 hits
Nasi Goreng Petai Yang Simple Assalamualaikum Hai selamat pagi awal update blog hari hihihi hari ini Cik Ash nak kongsi sarapan pagi dengan nasi goreng petai siapa dekat sini penggemar nasi goreng kita geng ya Apa apa jenis nasi goreng bole...
Daging Goreng Kunyit Kelantan Yang Sangat Sedap

Daging Goreng Kunyit Kelantan Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 391 hits
Setiap kali hari raya Korban lauk inilah yang paling saya rindu Semasa lembu sedang dilapah dagingnya kami mengambil sedikit bahagian daging ditimbang dan masak daging goreng kunyit Sebaik sahaja daging selesai dibahagikan semua dijemput un...
Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 393 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Malam ni KK makan nasi lapar juga perut ni dari pagi sampai ke malam ini baru nak jamah nasi KK beli kat kedai depan ni sebelum tutupSekarang kan tutup awal jadi kena beli awal kalau tak naya tak makan ...
Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 297 hits
buntu nak sediakan hidangan untuk keluarga jom buat nasi goreng sedap nih semua sekali taruh dalam tu tak perlu nak risau kan lauk dan sayur mayur all in one gitu kekdahnya Bahan bahan4 6 mangkuk nasi putih1 senduk kecil minyak 10 biji bawa...
Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau

Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau

papar berkaitan - pada 12/7/2021 - jumlah : 523 hits
Resepi Nasi Ayam Lebanon Sedap Memukau Selalu dah makan nasi mandy apa kata kita cuba masak lain sikit dari nasi mandy Hari ini kita cuba masak nasi ayam Lebanon pulak Makanan Lebanon ni memang sedap dan tak susah pun nak masak dia Apa lagi...
Nasi Dagang Paling Sedap Kat Kuala Lumpur

Nasi Dagang Paling Sedap Kat Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 478 hits
AssalamualaikumWalaupun FD tinggal kat Terengganu hampir 10 tahun jarang sangat makan nasi tradisional Terengganu nasi dagang Pernah makan sekali terus suka But not too fanatic lah gitu Tapi sekarang dah dekat setahun duduk Kuala Lumpur gar...
Resepi Sayur Cendawan Goreng

Resepi Sayur Cendawan Goreng

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 545 hits
SAYUR CENDAWAN GORENGBAHAN cendawandaun sup serta daun bawang5 6 ekor udang sedang1 labu bawang besar3 ulas bawang putihsebiji cili merahgaram secukup rasasedikit airCARANYA cendawan dicarikkan jika besar saiznyatumiskan bawang putih serta ...
Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan Sedap Dan Mudah

Resepi Sayur Kangkung Goreng Belacan Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 522 hits
Resepi Sayur kangkung Goreng Belacan Sedap dan MudahBahan bahanSayur kangkung seikat 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 6 biji cili padi Beberapa ekor ikan bilis Sedikit belacan Garam dan minyak masakCara Masak Sayur kangkung Goreng Be...
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple Dan Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 359 hits
Resepi Asam Pedas Ikan Kerisi Simple dan SedapBahan bahan4 ekor ikan kerisi5 biji sayur bendiSebijik tomato Asam keping Daun kesum 10 tangkai cili kering 2 batang serai 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Sedikit belacan GaramGulaSerbuk...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation