Nasi Beriani Gam Ori Sekali Lagi
Kepala dah ting tong guna otak terlebih quota. Konon nak rehat kejap tapi tertidur. Lepas tu rasa macam tak larat je nak bangun. Bangun solat asar sambung rehat bertenangkan si otak.
Betullah orang kata kerja guna otak ni lagi penat berbanding guna fizikal. Siapa kata tu tak tahu lah. Guna fizikal penat penat pun sihat juga bergerak sana sini.
Dah tak larat, order je lah nasi beriani gam ori sekali lagi. Itu je yang ada dalam kepala ni. Malas nak fikir pun ye jugak.
Ada cerita disebalik nak siapkan cantik cantik food plating nasi beriani ni, dah letak elok nasi membulat tengah-tengah tu. Baru letak acar timun nanas, nasinya dah roboh sikit tepi. Letak papadom, roboh lagi. Letak ayam, ranap terus. Jadilah sebegitu rupa tak semenggah. Ambil je lah gambarnya. Malas nak buat semula.
Harini nasi beriani gam ori agak kurang sikit rasa dia. Bulan puasa biasalah tu kalau terlebih terkurang rasa. Ke sebab tak selera penat sangat tak tahu lah. Bila penat ni tengok makanan sedap pun jadi tak selera kadang.
Dalam kurang selera habis licin jugak pinggan. Jenuh nak habiskan nasi sebab banyak. Lepas tu duduk bersila mengaji mengah. Belum lagi terawih. Adeh!Tadi, tengah elok makan berdentum anak jiran jiran main mercun. Ehhh budak ni belum habis berbuka dah main mercun. Sejak hari pertama puasa sampailah harini, hari hari main mercun. Siap je berbuka dah berbunyi kat luar.
Ada satu haritu, hujung minggu sebelum pukul 7 pagi dah berbunyi main mercun. Biar betul celik mata je dah main mercun budak ni. Mana mak ayah dorang ni tak marah lansung ke? Hari hari beli mercun ke camne? Main mercun hari hari tanpa gagal.
Kat car porch kami ada beberapa cebisan mercun, tak kan dia baling dalam rumah kot. Ada sekali suami perati kat tingkap, tengok budak perempuan tu baling mercun dekat pagar rumah jiran sebelah.
Patutlah ada cebisan mercun sebab dorang dok balik kat rumah jiran. Bukan perempuan kot dah besar macam dah 12 tahun macam tu. Tak kan mak ayah tak reti pantau dan marah kot. Peliklah.
Jiran jiran mungkin tak berani nak tegur. Risau bermasam muka berangkali. Kami sabar je lah. Jangan dah jadi sesuatu baru nak tengok anak anak.
Main mercun time nak sambut raya tu okay lagilah. Ini hari hari tau! Kalau rumah orang tu ada budak kecik, kesian lah. Adeh, terbebel tanpa sengaja. Itulah jangan mula membebel, nanti tak tahu bila nak stop. hehehe...tak pasal kena baca bebelan saya. Ampunn...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2022/04/nasi-beriani-gam-ori-sekali-lagi.html