Nasi Baryani Kari Kambing Wak Gondan
Assalamualaikum WBT
SEMASA memandu menghampiri Yong Peng balik dari utara semalam, Pak Inche tanya, "Agak-agak kedai Nasi Beriani Wak Gondan tu buka lagi tak?" Sk jeling jam di dashboard menunjukkan hampir pukul 4. Kalau Kari Kambing 40 Hari, pukul 3.30 dah tutup, tapi kalau masih ada nasinya boleh beli lagi. Sk suruh Pak Inche cari page NBWG di facebook tak jumpa pulak untuk tengok waktu perniagaan. Sk minta pulak Pak Inche buka di aplikasi waze untuk melihat jarak perjalanan. Tak sampai 5 minit pun rupanya, jomlah kita cuba nasib, ajak Sk
Selama ni ingatkan kedainya jauh ke dalam rupanya memang dekat sangat, seminit aje dari Plaza Tol Yong Peng tu. Teruja laki bini tengok kedai masih buka lagi. Masih ada pelanggan sedang makan tapi yang berbaris tak sampai 10 orang. Berbeza barisan untuk tapau dan makan ya. Kalau anda datang untuk dine in, boleh beratur di lorong makan. Tak boleh bayangkan video yang viral di TT, beratur sampai sepanjang jalan, sikit lagi agaknya boleh beratur dari Plaza Tol 🤣. Di sini, ejaan berianinya ialah BARYANI
Kesian tengok adik ni keletihan melayan kerenah dan menjawab soalan pelanggan. Ada yang nak begitu, ada yang nak begini. Nampak macam semuanya baru pertama kali jugak sampai macam kami. Walaupun begitu, adik ni tetap juga tersenyum dan meminta maaf kerana lambat
Tu diaaa.. alang-alang dah sampai kita beli lebih. Hantar rumah Angah dan hantar ke UTM. Kemudian minta Cik Ani ambil di rumah sebab macam dah tak larat nak memandu ke Nusa Sentral. Tu yang terlanjur ambil nasi, Cik Ani tolong belikan roti untuk buat McMing Prosperity
Harga satu set NB Kari Kambing RM15. Kena tambah RM1 jika dibungkus. Selain tu ada Lamb Shank (RM44) dan lauk ayam, Sk tak pasti berapa RM. Mula nak ambil Lamb Shank tapi fikir-fikir sekadar berlagak untuk content, tak payahlah, rugi.. tulangnya aje yang besar 🤣🤣🤣
Hantar dua kotak Nasi Baryani Kari Kambing kat Iman, suruh dia makan dengan kawan-kawan. Sekotak tu banyak betul, boleh makan dua orang. Tiga orang pun boleh tapi kalau dasar kuat makan macam Sk ni tak kenyanglah kot makan tiga orang 🤭
Tu dia dinner budak dok asrama. Ada kawan dia bagi lauk ketam dan asam pedas, tapau dari restoran sebab makan tak habis. Kami pulak terus simpan dalam peti sejuk sebab nak buat makan tengahari hari ni. Malam tadi kan buat Mc Ming Prosperity Daging Kambing 🐐
Gedebak-gedebuk pukul 3 baru keluarkan nasi untuk dipanaskan. Seperiuk oi..
Kalau ada yang berhajat nak buat kenduri dengan hidangan dari air tangan Wak Gondan, bolehlah hubungi nombor telefon yang tertera
Sk tambah Ayam Masak Merah. Matching pulak dengan NBWG 🤭
Sedap Kari Kambing Wak Gondan ni, macam Kambing Beriani
Pak Inche minta Ayam Goreng. Tu la yang terjadinya Ayam Masak Merah tu terlanjur dah merendam ayam sebekas
Semalam acar jelatah habis. Masa nak cari bawang holland semalam, Pak Inche beli terus nenas dan timun nak buat acar jelatah atau kami panggil pencuk
Memang betul-betul sedap la NBWG ni, patutlah orang beratur panjang. Tambah lagi, WG tak lokek berniaga, khabarnya yang mana ambil set dulang memang muailah dia ceduk. Tapi.. jangan pulak la korang makan tak habis ya, sayang nasi dibuang-buang 😌
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2024/01/nasi-baryani-kari-kambing-wak-gondan.html