Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau Menu Ringkas Memikat Selera Dari Nak Resources




KUALA LUMPUR 8 APRIL – Mengorak langkah dalam bidang perniagaan berasaskan makanan bukan semudah disangka memandangkan persaingan dalam bidang ini juga bukan calang-calang sengitnya.

Ditambah pula pembabitan diri dalam bidang perniagaan tanpa ilmu dan selok-belok yang secukupnya, ia pasti menyukarkan lagi keadaan.

Begitupun, ia tidak mematahkan semangat rakan sepengajian Zainol Abidin Zakaria, 38, dan Haikal Zainal Abidin, 37, apabila memilih untuk berniaga Nasi Ayam Kicap walaupun dunia dilanda pandemik Covid-19.




Menurut Zainol, pembabitannya bersama Haikal dalam bidang perniagaan memberikan satu lagi perspektif baharu buat mereka berdua untuk terus memajukan diri selain menjadikan ia sebagai jaminan masa depan.






Justeru, menu ringkas pilihan ramai, Nasi Ayam Kicap Sambal Hijau menjadi taruhan mereka untuk disajikan kepada semua terutama di bulan Ramadan ini.

Tambah Zainol, Nasi Ayam Kicap dilahirkan daripada cetusan ideanya apabila melihat menu tersebut antara masakan rumah pilihan ramai dan mudah dimasak.

“Nasi Ayam Kicap yang kami hasilkan boleh dikatakan telah diberikan penambahbaikan dalam resipi seperti penggunaan rempah ratus.

“Selain itu kami turut menghasilkan masakan ini dengan bahan-bahan segar yang dibeli setiap hari terutamanya ayam.

“Jadi tiada apa yang lebih menggembirakan saya dan Haikal untuk memulakan perniagaan ini yang pastinya memberi cabaran baharu dan sedia bersaing dengan masakan-masakan tempatan yang lain,” katanya ketika ditemui di gerai jualannya yang terletak di Masok foodcourt, 49, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Membuat kajian corak dan pemilihan menu masakan orang ramai terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan, kedua-dua sahabat ini ingin popularkan masakan tersebut kembali.

Berbicara pula mengenai sambal hijau yang disajikan bersama makanan tersebut, Zainol menjelaskan ia merupakan ‘senjata’ utama dalam menu tersebut yang dihasilkan menggunakan resipi turun temurun.

Selain itu Nasi Ayam Kicap turut disajikan bersama nasi putih, telur mata dan juga timun sebagai ulam.

Dijual pada harga RM12 sepinggan, Nasi Ayam Kicap mula dijual pada pukul 6 petang hingga 12 tengah malam (hari selain Ramadan) dan 3 pagi pada (bulan Ramadan).





Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan sedia ada, kini mereka dalam perancangan menyenaraikan menu tersebut di dalam perkhidmatan penghantaran Grabfood dan foodpanda.

Untuk itu, sedikit masa lagi orang ramai boleh menikmati sajian ini dengan pesanan hanya dihujung jari.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nasi Ayam Kicap, orang ramai boleh ikuti mereka di media sosial Instagram @nak_nasiayamkicap.

 
Disediakan untuk NAK Resources

Sebarang urusan media berkenaan dengan Nasi Ayam Kicap boleh hubungi

Mariatul Qatiah Zakaria

012-6998306 atau [email protected]

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://comot-pink.blogspot.com/2022/04/nasi-ayam-kicap-nak-sambal-hijau-menu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Ayam Sempoi Di Ida Nasi Ayam Delight S Astaka Bandar Perda Perda Pulau Pinang

Nasi Ayam Sempoi Di Ida Nasi Ayam Delight S Astaka Bandar Perda Perda Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 382 hits
Nasi Ayam Ida Delight s Ida Nasi Ayam Delight s ni terletak di Astaka Bandar Perda Dalam astaka ni ada banyak sebenarnya gerai gerai makan Selain nasi ayam ada juga menu lain yang mereka ada Tapi kebanyakkan berasaskan ayam ler Makan yang b...
Ibu Kongsi Menu Tambat Selera Makan Anak Sesuai Untuk 1 Tahun Ke Atas

Ibu Kongsi Menu Tambat Selera Makan Anak Sesuai Untuk 1 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 186 hits
Ada pelbagai jenis menu yang sesuai untuk anak anak berusia 1 tahun ke atas Mama perlu lebih kreatif untuk tarik minat anak terhadap makanan Kalau mama buntu nak sediakan menu berkhasiat untuk anak boleh ikuti resepi yang dikongsi ini Selam...
Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

Nak Berat Anak Naik Cantik Ini Senarai Menu Boleh Mama Cuba Sihat Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 195 hits
Kebanyakan anak bila dah mula dapat kaki berat badannya makin menyusut Rata rata ibu susah hati Kadang dah buat macam macam menu pun anak makan sedikit sahaja Apa kata kali ini cuba resepi yang dikongsikan oleh Puan Norina Amylia Resepi ini...
Kasihan Kylie Jenner Jadian Tak Boleh Makan Ayam Goreng Seringgit S4kit Rasa Macam Nak Cabvt Bibir Letak Tepi

Kasihan Kylie Jenner Jadian Tak Boleh Makan Ayam Goreng Seringgit S4kit Rasa Macam Nak Cabvt Bibir Letak Tepi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 374 hits
INDIVIDU yang mempunyai alahan terhadap sesuatu keadaan makanan ataupun ub4t ub4tan sering ditemui dalam kalangan kita Namun kesan terhadap alahan bergantung kepada setiap individu kerana ada juga yang terpaksa dimasukkan ke hospital beriku...
Nak Rasa Something Different Cepat Try Menu Oishii Japan Marrybrown

Nak Rasa Something Different Cepat Try Menu Oishii Japan Marrybrown

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 398 hits
Sempena meneruskan kempen Around the World kali ini Marrybrown menyajikan Something Different Oishii Japan Wow makanan Jepun Sebelum menu ini berakhir pada 7 Ogos nanti sis sempatlah singgah di Marrybrown Icity Central Teringin sangat nak r...
Sambal Udang Telur Kicap

Sambal Udang Telur Kicap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum wbtSEMALAM seharian berehat di rumah selepas kepenatan berkunjung ke rabu kelmarin Walaupun penat Sk merajinkan diri menggunting cili kering untuk buat stok pes cili dan bawang kisar Tanpa bertanya pendapat sesiapa Sk buat k...
Resipi Gulai Ayam Special Ala Nasi Berlauk Bungkus Kelantan

Resipi Gulai Ayam Special Ala Nasi Berlauk Bungkus Kelantan

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 314 hits
Buat penggemar Nasi Berlauk Kelantan pasti pernah merasai keenakan Gulai Ayam Special yang banyak dijual di gerai restoran dan kedai makan di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang Kuahnya yang pekat dan berperisa ditambah dengan gabungan baha...
Nak Meriahkan Susu Badan Masa Pantang 2 Menu Simple Ni Sedapnya Lain Macam

Nak Meriahkan Susu Badan Masa Pantang 2 Menu Simple Ni Sedapnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 299 hits
Menu pantang memang paling sedap Mana taknya bukan sahaja bahannya dari bahan segar bahkan paling mudah dan ringkas Rasa pun memang hebat Menu ketika pantang pastinya lebih memfokuskan kepada nak banyakkan susu dan juga makanan segar untuk ...
Sarapan Nasi Lemak Ayam Mamak

Sarapan Nasi Lemak Ayam Mamak

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 479 hits
Sarapan Nasi Lemak Ayam Mamak Anda pernah makan nasi lemak di kedai mamak Bagaimana rasanya Okay ke Citarasa orang berbeza beza kan Tentulah ada pendapat masing masing Betul tak Apa yang pasti rupa nasi lemak agak sama cuma rasa yang berbez...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English