Resipi Gulai Ayam Special Ala Nasi Berlauk Bungkus Kelantan
Buat penggemar Nasi Berlauk Kelantan pasti pernah merasai keenakan Gulai Ayam Special yang banyak dijual di gerai, restoran dan kedai makan di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuahnya yang pekat dan berperisa, ditambah dengan gabungan bahan-bahan lain menjadikan sajian ini begitu enak sekali. Makan pula bersama nasi yan dibungkus bersama daun pisang. Memang nikmat tak terkata. Saudari Afy Al Habibi ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
CARA MASAK GULAI AYAM SPECIAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
6-7 ketul ayam
Rempah 4 sekawan
1/2 sudu besar cili kisar – beli online disini
2 sudu besar rempah kari – beli online disini
1/2 sudu besar rempah kerutuk – beli online disini
1/3 sudu kecil kecil serbuk cili – beli online disini
2 cawan air
1/2 relung kecil nisan Kelantan @ gula melaka – beli online disini
1/2 sudu besar garam
Sedikit perasa
2 senduk santan – beli online disini
Sedikit kerisik – beli online disini
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
2 biji bawang merah saiz bola pingpong
1 ulas bawang putih saiz kecil
3 hiris nipis serai
1/2 hiris nipis lengkuas
1/2 hiris nipis halia
1/2 sudu besar ketumbar+jintan manis
Dapatkan HOMMY 3 TIER ADJUSTABLE TROLLEY dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan sedikit minyak. Masukkan 4 sekawan. Kemudian tuang bahan kisar tadi.
2. Selepas tumisan bawang naik bau, masukkan 1/2 sudu besar cili kisar. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan rempah kari, rempah kerutuk dan serbuk cili.
4. Kacau bahan rempah tadi menggunakan api kecil. Kacau sehingga terbit sedikit minyak.
5. Masukkan 1 cawan air.
6. Perasakan kuah untuk peringkat pertama. Masukkan nise Kelantan, garam dan sedikit perasa.
7. Tutup periuk seketika menggunakan penutupnya. Biarkan pes pecah minyak begini kira-kira 3-5 minit menggunakan api perlahan.
8. Masukkan kepingan ayam yang telah dikelar dan balik-balikkan bersama pes tadi. Tutup periuk dan biarkan ia mereneh dalam api perlahan. Air akan keluar dari proses kecutan ayam.
9. Jika menggunakan kaki ayam, maka proses mereneh jadi lama. Air akan mengering sebelum kaki ayam empuk. Maka tambahan secawan air ditambah untuk memastikan kaki ayam empuk dengan baik.
10. Masak hingga isi kaki ayam sedikit lekang sebegini.
11. Seterusnya tambahkan santan.
12. Masukkan juga sedikit air untuk menghasilkan kepekatan kuah yang cantik.
13. Jangan lupa masukkan sedikit kerisik untuk menambahkan lagi kesedapan gulai.
14. Perasakan buat kali kedua dengan garam, gula yang disesuaikan kuantiti mengikut citarasa sendiri.
15. Biar kuah masak sehingga mendidih beberapa kali dalam api perlahan sebelum ditutup apinya.
16. Hidangkan gulai bersama sambal jantan @ sambal belacan untuk rasa yang enak.
17. Gabungan yang menarik. Kuah ayam gulai pekat, tauge goreng cara Kelantan juga, daging goreng kunyit dan sambal jantan.
18. Bungkus begini menggunakan alas daun pisang untuk aroma nasi bungkus yang terbaik.
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resepi Asam Pedas Ikan Cencaru Paling Mudah Masak
Resipi Sotong Goreng Pedas & Rahsia Supaya Lembut, Tak Berbau
Rangup & Tak Lembik. Resipi Popia Sambal Sedap Macam Pasar Malam
Cara Langkah Demi Langkah Masak Kuih Pulut Sekaya @ Tok Aji Serban
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
The post Resipi Gulai Ayam Special Ala Nasi Berlauk Bungkus Kelantan appeared first on RASA.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/07/resipi-gulai-ayam-special-ala-nasi.html