Nasharudin Serah Bukti Penyata Kewangan Akaun Kepada Sprm



(Berita Harian) – Bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa hari ini menyerahkan dokumen termasuk penyata kewangan dan akaun bank kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Nasharudin berkata, penyata kewangan dan akaun milik peribadinya serta Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (YGMM) yang diterajuinya sebelum ini adalah antara bukti bagi menyokong keterangannya kepada SPRM berhubung kes itu.
“Saya berpuas hati dengan SPRM dan pertemuan tadi. Saya amat berterima kasih kerana diberi peluang oleh SPRM untuk membuat penjelasan dengan bukti.
“Apabila SPRM diberi ruang untuk membuat siasatan, saya harap semua pihak contohnya mereka yang mengatakan ada bukti untuk tampil ke depan dan bawa bukti berkenaan,” katanya.
Nasharudin berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas memberi keterangan lebih tiga jam di ibu pejabat SPRM di sini, pagi tadi berhubung siasatan dakwaan beberapa pemimpin PAS menerima wang RM90 juta disyaki daripada 1MDB.
Beliau ialah antara pemimpin politik yang dipanggil oleh SPRM berhubung siasatan kes berkenaan. Seorang lagi pemimpin yang turut memberi keterangan pagi tadi ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz di SPRM Kelantan.
Seorang lagi yang dikatakan akan memberi keterangan di ibu pejabat SPRM ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Husam Musa, namun beliau tidak kelihatan hadir pada hari ini.
Nasharudin berkata, antara soalan yang dikemukakan SPRM kepada beliau adalah daripada mana sumber kewangan berkenaan diperoleh dan bagaimana wang itu keluar.
“Saya jawab (soalan). Semuanya termaktub dalam penyata kewangan,” katanya.
Nasharudin berkata, beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan itu.
“Saya yakin profesionalisme yang ada pada SPRM. Hasil siasatan terserah kepada SPRM.
“Biar SPRM siasat dan buat kenyataan sama ada ada atau pun tidak (dakwaan) untuk merungkai kebenaran,” katanya.
Pada 2017, Rafizi Ramli yang ketika itu Ahli Parlimen Pandan membuat akuan bersumpah mendakwa Nasharudin pernah menerima dana berkait 1MDB.
Nasharudin bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia sebagai tidak berasas, selain mendakwa ia satu fitnah terhadap beliau dan PAS.
Selain itu, Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan sebelum ini turut mendakwa beliau mempunyai butiran berkaitan dana RM90 juta yang didakwa ada kaitan dengan PAS.
BH hari ini melaporkan empat individu yang dianggap saksi penting dalam siasatan kes berkenaan dijangka memberi keterangan kepada SPRM hari ini.
Difahamkan, SPRM ketika ini dalam proses mendapatkan dokumen penting termasuk daripada bank yang mempunyai kaitan dengan akaun yang didakwa digunakan bagi menerima dana itu.
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya yang diterbitkan portal berkenaan, sebelum ini mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Isu terbabit timbul semula apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1 Februari lalu membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel mengandungi tuduhan terbabit.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/08/nasharudin-serah-bukti-penyata-kewangan-akaun-kepada-sprm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyata Kewangan Pahang Dipinda Hutang Tidak Setinggi Rm3 17 Bilion Adnan

Penyata Kewangan Pahang Dipinda Hutang Tidak Setinggi Rm3 17 Bilion Adnan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 354 hits
Astro Awani ADNAN Mengenai hutang Pahang seperti yang dijawab oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itulah keadaan sebenarnya Foto Astro AWANI TANAH RATA Bekas menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyat...
Mana Bapak Fitnah Tu Sumber Sprm Tiada Kemasukan Rm90j Dari 1mdb Ke Akaun Rasmi Pas

Mana Bapak Fitnah Tu Sumber Sprm Tiada Kemasukan Rm90j Dari 1mdb Ke Akaun Rasmi Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 396 hits
Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke ...
Skandal Rm90 Juta Azmin Percaya Sprm Akan Dapat Bukti Kukuh

Skandal Rm90 Juta Azmin Percaya Sprm Akan Dapat Bukti Kukuh

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 386 hits
TIMBALAN Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan dapat menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci berhubung skandal RM90 juta yang dikaitkan dengan parti PAS Beliau juga percaya badan itu mampu...
Malam Ini Ulang Tahun Kahwin Najib Rosmah Sprm Datang Serah Waran

Malam Ini Ulang Tahun Kahwin Najib Rosmah Sprm Datang Serah Waran

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 467 hits
Diterbitkan 7 Feb 2019 11 59 malamBesok bekas perdana menteri Najib Razak bakal dikenakan tiga pertuduhan berkaitan yang digugurkan hari ini Sumber yang dekat dengan Najib mendedahkan pegawai SPRM telah datang ke rumah bekas presiden Umno i...
Isu Dana Rm90 Juta Nik Abduh Husam Nasharudin Dipanggil Beri Keterangan Pada Sprm

Isu Dana Rm90 Juta Nik Abduh Husam Nasharudin Dipanggil Beri Keterangan Pada Sprm

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 335 hits
SHAH ALAM Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz antara yang dipanggil bagi memberi keterangan mengenai dana RM90 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini Turut dipanggil Pengerusi PH Kelantan Datuk ...
Rm90j Nasharudin Mat Isa Ke Sprm

Rm90j Nasharudin Mat Isa Ke Sprm

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 387 hits
PARA wartawan yang menunggu kehadiran dua bekas pemimpin Pas bagi memberi keterangan berhubung dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas UTUSAN ONLINE JUANI MUNIR ABU BAKARPUTRAJAYA 8 Feb Bekas Timbalan Presiden Pas Datuk Dr ...
Sumber Sprm Tiada Dana Dari 1mdb Disalurkan Ke Akuan Pas Viralhancing

Sumber Sprm Tiada Dana Dari 1mdb Disalurkan Ke Akuan Pas Viralhancing

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 370 hits
Sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa pihak berkuasa mendapati tiada dana dari 1MDB disalurkan ke akaun bank PAS Penemuan itu dibuat selepas penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti akaun bank PAS dalam siasatan ke ...
Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Telaga Semulajadi Antara Terdalam Dia Dunia

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Uk Real Estate Prices What S The Outlook For 2025

Parliamentary Services Council To Include 2 Opposition Reps

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Lawn Bowler Nor Farah Now World No 1

Malu Apa Bossku 2 0 Parti Yang Malukan Bangsa Melayu Malukan Orang Islam