Nasa Larang Warga China Sertai Program Angkasa


NASA Larang Warga China Sertai Program Angkasa
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dilapor telah menyekat warganegara China yang memiliki visa sah daripada menyertai program agensinya.
Menurut BBC News, langkah itu diambil sebagai satu langkah yang efektif menghalang mereka daripada bekerja di salah satu pusat penyelidikan angkasa yang paling berprestij.
Sebelum ini, warga China hanya dibenarkan menyertai penyelidikan sebagai kontraktor atau pelajar, namun tidak sebagai kakitangan tetap.
Bagaimanapun, beberapa individu mendakwa mereka tidak lagi boleh mengakses sistem IT dan fasiliti di agensi itu pada 5 September lalu.
Jurucakap NASA, Bethany Stevens, berkata tindakan dalaman itu termasuk mengehadkan akses fizikal dan keselamatan siber ke fasiliti, bahan serta rangkaian agensi berkenaan.
“NASA telah mengambil tindakan dalaman melibatkan warga China, termasuk mengehadkan akses fizikal dan keselamatan siber ke fasiliti, bahan serta rangkaian kami bagi memastikan keselamatan kerja,” katanya.
Persaingan antara dua ekonomi terbesar dunia Difahamkan, program angkasa lepas China yang semakin pesat telah menimbulkan kebimbangan kepada Amerika Syarikat dan meningkatkan persaingan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.
BBC News melaporkan angkasawan warga China telah dikecualikan daripada Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berikutan larangan Washington terhadap NASA daripada berkongsi data dengan negara itu.
Namun begitu, sekatan terbaharu daripada NASA hanya menambah kepada kemerosotan kerjasama saintifik antara kedua-dua pihak atas faktor kebimbangan keselamatan negara.
Ketika kedua-dua agensi tersebut bersaing untuk mendapatkan kelebihan teknologi, Beijing dan Washington juga semakin berhati-hati antara satu sama lain.
Kebimbangan itu menyukarkan sebilangan pelajar dari China, khususnya dalam bidang sains dan teknologi untuk mendapatkan atau menggunakan visa bagi memasuki Amerika Syarikat meskipun ada yang sudah memilikinya.
Terdapat juga beberapa kes baru-baru ini di Amerika Syarikat yang melibatkan dakwaan pengintipan oleh warganegara China, terutamanya para saintis yang kini berada di bawah pemantauan.
Menurut BBC News, persaingan antara China dan Amerika Syarikat bukan sekadar tentang siapa yang tiba dahulu ke Bulan, tetapi juga mengenai siapa yang mampu menguasai sumber di sana.
Bulan mengandungi pelbagai mineral, termasuk unsur nadir bumi dan logam seperti besi serta titanium, selain helium yang digunakan dalam bidang seperti superkonduktor dan peralatan perubatan.
BACA: Macam Irama Kompang, Gelagat ‘Pak Long’ Jual Pisang Goreng Buat Ramai Ketawa Sumber: BBC News
The post NASA Larang Warga China Sertai Program Angkasa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/11/nasa-larang-warga-china-sertai-program-angkasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seusai Sambutan Merdeka Pmx Ke China

Seusai Sambutan Merdeka Pmx Ke China

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 1866 hits
HarapandailyAugust 31 2025Sejurus selesai menyertai sambutan Hari Kemerdekaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke China hari ini bagi menghadiri beberapa acara rasmi atas jemputan Preside...
Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi

Hari Kedua Pm Anwar Di China Fokus Perkukuh Hubungan Diplomatik Ekonomi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2445 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Syarahan Umum Membina Masa Depan Bersama Di Asia di Universiti Tianjin China pada 1 September 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIANJIN 1 Sep Lawatan kerja hari kedua Perdana Menteri Datuk...
Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

Merdeka 68 Presiden China Ucap Tahniah Kepada Pm Anwar Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2978 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTIAN...
Anwar Arrives In Tianjin For Sco Summit Strengthening Ties With China

Anwar Arrives In Tianjin For Sco Summit Strengthening Ties With China

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4071 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim arrived in Tianjin China after attending the National Day 2025 celebration at Dataran Putrajaya earlier on Sunday to kick start a four day working visit to China
Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China

Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1414 hits
Pakar Robotik Malaysia Kini Terajui Inovasi Marin Di China BEIJING China kini berada di barisan hadapan dalam pembangunan kapasiti turbin angin pelabuhan kontena tersibuk dan penyelidikan laut dalam lapor South China Morning Post Ini kerana...
Anwar In China For Sco Summit During 4 Day Visit

Anwar In China For Sco Summit During 4 Day Visit

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3939 hits
As Asean chair he will deliver remarks on Malaysia and Asean as a trade and investment hub as well as deliver a public lecture on building a shared future in Asia Prime Minister Anwar Ibrahim arriving in Tianjin China to begin a four day vi...
Tan Thinaah Tewas Tipis Kepada Beregu Nombor Satu Dunia Dari China Dengan Keputusan 14 21 22 20 17 21

Tan Thinaah Tewas Tipis Kepada Beregu Nombor Satu Dunia Dari China Dengan Keputusan 14 21 22 20 17 21

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2376 hits
KUALA LUMPUR Beregu wanita negara Pearly Tan dan M Thinaah terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang pingat perak Kejohanan Dunia di Paris Perancis Tan Thinaah gagal menambah kemenangan susulan kejayaan beregu campuran semalam apabila tew...
Meter Kereta Guna Skrin Petak Adalah Meter Pondan

Building Digital Walls To Defend Sovereignty

Motherboard Baru Maxsun B580 Bkb Terminator Yang Pelik Dan Unik

Semakan Mysara 2026 Cara Semak Kelayakan

Sebanyak 24 592 Usahawan Dan Koperasi Di Pahang Menerima Pembiayaan Berbentuk Pinjaman Serta Geran Bernilai Rm425 Juta

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups

Keluarga Fatin Syazwani Dibebaskan Netizen Sebak Lihat Ibu Bapa Bermalam Di Lokap

Drama Saat Aku Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


1 Slot Pgslot Top 34 By Dominick Secufamilyhouse Org 29 Nov 26

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Memorial Abadi Mengingati Lima Anak Dr T J

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Kanak Kanak Maut Tercekik Bebola Boba Bapa Salahkan Kedai

Glimmer Of Hope From Fifa President At 47th Asean Summit Faded As Fifa Upholds Fam S Suspension Fines