Naratif Dibawa Anwar Didakwa Gagal Tarik Sokongan Melayu


bharian.com.my
Oleh Zanariah Abd Mutalib
[email protected]
 - Jun 21, 2023 KUALA LUMPUR: Naratif tata kelola, masa depan ekonomi dan watan, yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini didakwa masih gagal untuk menarik sokongan orang Melayu kepada beliau serta kerajaan pimpinannya

Penganalisis politik berpendapat, apa yang dijanjikan Anwar sebelum beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, termasuk agenda pembaharuan dalam institusi masih longgar, manakala masa depan ekonomi tidak jelas.

Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Asri Mohd Ali, berkata Anwar sering menyebut untuk mewujudkan tata kelola yang baik dan membuat pembaharuan, namun ia masih belum meyakinkan.

"Sebagai contoh, reformasi institusi Peguam Negara dan pendanaan politik yang masih belum dilaksanakan dan setakat ini menjadi sesuatu yang populis saja.

"Ini antara perkara yang perlu dilaksanakan, selari dengan hasrat reformasi yang dijanjikan," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sebelum ini bahawa kesukaran Anwar untuk meraih sokongan Melayu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang lebih didorong rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbirannya yang dilihat kurang berkesan dari segi hala tuju ekonomi, berbanding faktor 'Gelombang Hijau' dibawa Perikatan Nasional (PN).

Khairy berpandangan, sejak tujuh bulan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, jelas terdapat kekurangan pada hala tuju ekonomi, dengan ringgit terus melemah dan krisis kos sara hidup terus menghakis kuasa beli rakyat.

Dari segi ekonomi, Muhammad Asri berpandangan, masalah struktur tidak dijadikan agenda besar dan banyak ukuran terhadap ekonomi negara menunjukkan kemerosotan.

"Kita juga makin merosot dari segi produktiviti, berbanding negara jiran, indeks persaingan dan mata wang, belum lagi menyebut mengenai kedudukan mata wang.

"Selain itu, masalah struktur kita adalah gaji, namun tiada apa-apa yang dilakukan mengenainya dan tiada apa-apa yang kukuh dalam usaha mengatasi masalah kos sara hidup setakat ini," katanya.

Pada masa sama katanya, Anwar juga dilihat sebagai pemimpin yang lebih memperjuangkan kepelbagaian kaum, berbanding Melayu.

"Orang Melayu mahu Islam dan budaya, bahasa dan ketinggian ekonomi Melayu sentiasa didaulatkan. Disebabkan itu, PAS mendapat sokongan kerana memainkan sentimen Melayu, yang bermakna untuk orang Islam.

"Apabila disebut Madani yang dibawakan kerajaan ketika ini, ia lebih kepada nilai sejagat, bukan nilai watan dan orang Melayu masih kabur di mana kedudukan Melayu serta Islam dalam kerangka Madani ini," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Abdul Aziz Azizam, turut berpandangan kemerosotan sokongan orang Melayu kepada Perdana Menteri lebih kepada pentadbiran kerajaan, bukan tertumpu kepada 'Gelombang Hijau'.

"Terdapat beberapa faktor pemberat utama yang memberi kesan itu, antaranya bebanan ekonomi yang ditanggung rakyat. Ini juga tidak setara dengan cadangan dan dasar yang sebelum ini digambarkan, berkaitan formula pemulihan ekonomi rakyat.

"Selain itu, pengendalian pentadbiran kerajaan hari ini berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam, seperti isu kalimah Allah," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/naratif-dibawa-anwar-didakwa-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Hala Tuju Ekonomi Punca Melayu Tak Puas Hati Terhadap Anwar Kata Kj

Tiada Hala Tuju Ekonomi Punca Melayu Tak Puas Hati Terhadap Anwar Kata Kj

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 210 hits
Khairy Jamaluddin berkata negara mengalami masalah kekurangan hala tuju ekonomi jelas sejak tujuh bulan lalu Kesukaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat sokongan orang Melayu lebih kepada rasa tidak puas hati terhadap pentadbirannya ya...
Muda Gagal Tarik Pengundi Sukar Beri Peluang Sekali Lagi Dalam Prn

Muda Gagal Tarik Pengundi Sukar Beri Peluang Sekali Lagi Dalam Prn

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 236 hits
Kenyataan Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman bahawa parti itu akan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Negeri Ogos ini merupakan sikap yang tidak wajar ditunjukkan sebagai sekutu Pakatan Harapan sejak 2022 lalu Menurut Naib Ketua ...
Saya Bukan Islamist Seperti Didakwa Anwar

Saya Bukan Islamist Seperti Didakwa Anwar

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 167 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang melabel beliau sebagai Islamist atau berlebih lebihan dalam menerapkan konsep Islam dalam kerajaan pimpinannya Beliau turut menepis dakwaan yang mengatakan pe...
Cerita Hidup Melayu Tapi Ramai Tidak Duduki Spm Anwar Bidas Bekas Menteri

Cerita Hidup Melayu Tapi Ramai Tidak Duduki Spm Anwar Bidas Bekas Menteri

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 256 hits
Seramai 14 858 calon SPM dilaporkan tidak menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu BANGI Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas seorang bekas menteri pendidikan yang didakwanya gagal sehingga menyebabkan ramai calon tidak hadir menduduki S...
Pas Gagal Batal Saman Mujahid Berhubung Dakwaan Sokongan Terhadap Lgbt

Pas Gagal Batal Saman Mujahid Berhubung Dakwaan Sokongan Terhadap Lgbt

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 275 hits
BERNAMAKuala Lumpur Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Pas untuk membatalkan saman fitnah oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof terhadap parti itu berhubung dakwaan Naib Presiden Amanah berkenaan menyokong budaya songsang lesbian gay bis...
Orang Melayu Perlu Tolak Konsep Malaysian Malaysia Dibawa Dap Hadi

Orang Melayu Perlu Tolak Konsep Malaysian Malaysia Dibawa Dap Hadi

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 302 hits
agendaily com19 06 2023Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Konsep Malaysian Malaysia dan sekularisme yang diperjuangkan DAP perlu ditolak orang Melayu dan Islam gesa Tan Sri Abdul Hadi Awang Presiden PAS itu berkata implikasi buruk akan d...
Usaha Redah Banjir Utk Jumpa Ibu Gagal Lelaki M4ut Dibawa Arus Deras

Usaha Redah Banjir Utk Jumpa Ibu Gagal Lelaki M4ut Dibawa Arus Deras

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 141 hits
TINDAKAN seorang pemandu pacuan empat roda yang dengan beraninya meredah laluan banjir membawa padah selepas kenderaan tersebut dihanyutkan arus deras ke dalam sungai
Segulai Sejalai A Slogan For Unity Anwar

Segulai Sejalai A Slogan For Unity Anwar

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 296 hits
An Iban phrase from Sarawak Segulai Sejalai which means together with each other will be used as a unity slogan nationwide said Prime Minister Anwar Ibrahim He said he was drawn to the phrase which was used as the motto of the national leve...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula