Naratif Baru Amalan Pendidikan Bahagian 2
Naratif Baru Amalan Pendidikan.
Bahagian 2
Ujar KPPM Dr Amin Senin ketika membingkiskan Naratif Baru Amalan Pendidikan adalah melihat stail baru pendidikan kita yang tidak lagi terpuruk dalam genggaman pembelajaran berpusatkan guru. Sekian lama guru menjadi tokoh yang dipandang dan didatangi murid dalam bilik darjah. Di ruang sempit bilik darjah guru adalah mereka yang sangat berkuasa membingkai pembelajaran murid.
Naratif ini menjadi semakin tidak diperlukan dalam kita mendepani abad ke-21. Sebahagian dari keperluan Revolusi Industri 4.0 adalah keakraban manusia dengan amalan komunikasi, kolaboratif pemikiran kreatif dan pemikiran kritis. Keperluan ini bagaimana terpenuhkan dibenak murid jika guru menjadi raja di tengah-tengah bilik darjah. Dan keperluan Pembelajaran Abad Ke 21 selain 4K disusuli dengan 1N yakni Nilai. Inilah kelengkapan dan keperluan untuk membentuk minda dan fikir insan mendepani abad ke 21 dan keperluan Revolusi Industri 4.0
Murid menjadi gerak tumpu dalam melunaskan PAK21 di bilik darjah. Biarlah mereka belajar dengan cara mereka dan keperluan mereka. Berilah akses yang secukupnya untuk murid belajar. Sediakan ekuiti yang sebaiknya agar mereka tidak rasa ditindas dan terbiar. Jangan jadikan perberzaan dalam kalangan mereka suatu yang menghukum. mencengkam dan menafikan hak mereka belajar. Biarlah berbeza tetapi diraikan bersama dikongsi dengan kepintaran bersama.
Jangan pisahkan mereka dengan pengasingan yang tidak bermakna. Jangan ada aliran yang memecah-mecahkan antara yang dianggap pandai dan kurang upaya. Jangan tertanda segala yang memungkinkan mereka memahami bahawa ada yang tetinnggi dan ada yang terendah. Bina jiwa dan emosi mereka sebaik-baiknya. Itulah yang menjadi nadi Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1 - Tiada aliran pengasingan murid. Biar mereka bersama dan bersaing bersama. Yang lemah diberi peluang dan mereka belajar berkongsi dan mengeri
Inilah naratif baru bilik darjah. Murid boleh melakukan apa saja untuk belajar.. Guru penuh kreatif menyediakan segala kemudahan pembelajaran bagi muridnya. Pentaksirannya melalui bercerita, kuiz, projek mudah, main peranan dan permainan. Tiada lagi ujian yang boleh memberi makna gred dan ukuran kepada murid. Mereka belajar dalam perihal baru yang menyediakan keseronokan, kasih sayang dan cinta. Guru menjadi lebih kreatif murid yang semakin aktif bermain dan berlari, menulis dan membaca dalam persekitaran yang seronok dan senyum.
Mereka datang ke sekolah untuk belajar. Ibubapa bertungkus lumus mencari rezeki untuk anak-anak belajar. Di sekolah guru menyediakan sebaiknya pentas anak mengenal diri sebagai insan.
Alangjkah indahnya matahari ketika bersinar terang
awan pun berarak lembut memeriahkan langit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mimbarkata.blogspot.com/2019/02/naratif-baru-amalan-pendidikan-bahagian.html