Naratif Asalkan Melayu Mencuri Pun Tidak Apa Bahaya
Naratif asalkan Melayu, mencuri pun tidak apa bahayaPosted By: Pentadbiron: March 12, 2019 Print EmailDi mata PAS dan Umno, DAP akan terus dianggap sebagai parti anti-Melayu. Parti itu sudah biasa dengan serangan sebegitu dan sentiasa menangkisnya.Namun serangan dari gabungan PAS yang bergabung dengan Umno selepas PRU14 nampaknya menyebabkan orang Melayu semakin tidak percaya pada DAP.Seorang Adun DAP Young Syefura Othman berkata pengundi Melayu di kawasannya semakin serba salah dengan Pakatan Harapan sejak Umno dan PAS mula bekerjasama.“Sebelum pilihan raya umum, saya tidak mengesan apa-apa sikap serba-salah tetapi selepas itu ada sedikit kesangsian dari pengundi Melayu saya.“Mereka masih berunding dengan kami apabila ada isu melibatkan kampung tetapi lebih suka bertemu di luar pusat khidmat saya di Bentong.“Ada di antaranya yang kata mereka tidak mahu dilihat pergi ke pejabat DAP,” kata Adun Ketari itu yang juga bekas ahli Majlis Perbandaran Klang.Syefura, 30, berkata, perubahan sikap tersebut semakin jelas sejak PAS dan Umno mengikat kerjasama.Syefura merupakan salah seorang daripada 10 wakil rakyat Melayu DAP yang bertanding dan menang dalam PRU14.Lulusan kejururawatan itu dilahirkan di Perak namun bertanding di Ketari, salah satu kerusi Dun dalam kawasan Bentong di Pahang.Beliau menggantikan Lee Chin Chen dan berjaya meraih majorit lebih besar dari 2,140 kepada 3,710 undi di kerusi dengan 48% pengundi Melayu, 45% Cina dan 5% India itu.Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin Melayu DAP, Jamaliah Jamaluddin berkata sentimen anti-DAP itu berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain.“Di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, pengundi muda Melayu yang datang ke program kami lebih prihatin pada isu sara hidup,” kata Adun Bandar Utama itu.Katanya kebimbangan pengundi di kawasannya adalah berhubung peluang kerja, pentadbiran dan ketelusan kerajaan, dan tidak banyak mengenai keistimewaan kaum.“Mereka mahu tahu bagaimana kerajaan baharu dapat menjadi lebih baik di masa hadapan. Ini tidak bermakna pengundi Melayu tidak prihatin dengan isu kaum dan agama.“Cuma ia bukan kebimbangan paling utama kerana mereka boleh faham retorik yang dimainkan Umno dan PAS,” kata Jamaliah kepada The Malaysian Insight.Kerusi Jamaliah di Bandar Utama mempunyai 16% pengundi Melayu, 74% Cina dan 9% India. Dalam PRU14, beliau meraih 34,769 undi berbanding pendahulunya Yeo Bee Yin sebanyak 30,689.Sikap pengundi tersebut dipersetujui Syefura yang berkata, pengundi di kawasan luar bandar tidak mendapat maklumat yang lebih luas seperti di kawasan bandar.“Ramai yang masih bergantung kepada media tradisi dan jika anda tinggal di kampung, maklumat itu datang dari warung, surau dan masjid.“Itu menyebabkan keadaan lebih sukar, lebih-lebih lagi apabila PAS dan Umno menyerang dengan isu kaum dan agama.“Jika anda di kawasan luar bandar, isu kaum dan agama boleh mendahukui isu rasuah, ketelusan dan pentadbiran,” katanya.Susulan kekalahan Pakatan Harapan di dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands dan Semenyih, beberapa pemimpin parti itu menggesa agar isu Melayu diutamakan untuk meraih semula sokongan dari kumpulan masyarakat itu.Antaranya, pemimpin Bersatu Rais Yatim yang menggesa agar DAP melunakkan imej parti itu supaya lebih diterima oleh orang Melayu.Timbalan presiden PKR Azmin Ali pula menyarankan agar kerajaan tidak apologetik dalam menunaikan janji melaksana agenda pembangunan bumiputera.Namun setiausaha DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata parti itu sepatutnya tidak bersikap lebih Melayu dari Umno dan PAS untuk meraih sokongan masyarakat itu.Beliau berpendapat, parti itu masih gagal meraih pengaruh dari kalangan kaum majoriti berkenaan disebabkan naratif yang ditanam pemimpin PAS dan Umno selama ini.Menurut pemimpin DAP ini, naratif berkenaan menyimpang dari ajaran Islam sebenar seperti membenarkan perbuatan mencuri dan menipu demi Islam.“Orang Melayu itu seharusnya jujur. Naratif Melayu Umno ialah, asalkan Melayu, mencuri pun tidak apa.“Begitu juga PAS. Biarpun banyak skandal, menipu pun tidak apa asalkan bawa jenama Islam, kena sokong,” kata exco kerajaan Johor itu lagi.Syefura pula menegaskan DAP tidak akan berganjak dari pendirian dalam isu perkauman dan polisi berasaskan kaum.Namun pada masa sama, beliau berpendapat imej parti itu akan lebih baik jika pemimpin parti itu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan.“DAP bukan parti rasis, jika tidak saya tidak akan berada di kedudukan ini.“Tetapi sesetengah kenyataan wakil rakyat DAP, yang hanya pandangan peribadi mereka, dilihat sangat kasar atau provokatif,” katanya.Terbaru, kenyataan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan kerjasama PAS dan Umno sebagai “perang” ke atas orang bukan Islam. Kenyataan itu kemudiannya ditarik balik oleh menteri kewangan itu.Begitu juga dengan kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang memberitahu media bahasa Cina bahawa negara akan ditadbir seperti Taliban jika PAS dan Umno mengambil alih.Sementara itu, Syahredzan Johan, setiausaha politik kepada penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata parti itu perlu menunjukkan dasar dan hala tuju kerajaan tidak “anti kepada sesiapa, terutama orang Melayu”“Kita mesti menarik lebih ramai ahli Melayu untuk menjadi parti yang lebih berbilang kaum,” katanya lagi.Jamaliah pula menyarankan, pihak yang menganggap DAP anti-Melayu patut menyertai parti itu untuk melihat keadaan sebenar.“Jika tidak suka, anda tetap boleh keluar,” katanya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2019/03/naratif-asalkan-melayu-mencuri-pun.html