Nantikan Hongmeng Os Dari Huawei


Hongmeng OS Bakal Menemui Pengguna Huawei

Pada 20 Mei yang lalu, Google mengumumkan perlaksanaan sekatan kepada Huawei daripada menggunakan sistem operasi Android pada telefon pintar akan datang. Pada masa sama, Google turut menghentikan sokongan dan kemaskini Android kepada Huawei. Selain daripada itu, Intel dan Qualcomm daripada Amerika Syarikat dilaporkan turut menyertai Google dalam sekatan tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada tindakan susulan daripada sekatan diperkuatkuasakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sekatan ini semestinya memberi kesan kepada pengguna pengguna Huawei termasuk pengguna Huawei di Malaysia
Smartphone Huawei sekarang seprti tidak ada apa apa fungsi lagi. Hanya Setaraf Nokia 3310 zaman tok kaduk

Huawei Bakal Melancarkan Sistem Operasi Mereka Sendiri, HongmengHuawei telah menjalankan kajian dan pembangunan ke atas sistem operasi sendiri yang dinamakan Hongmeng sejak tujuh tahun lalu. Kini, pembangunan sistem operasi tersebut telahpun berada pada fasa akhir dan bakal dilancarkan selewat-lewatnya tahun hadapan

Sementara itu, Google telah memberi kelonggaran kepada pengguna Huawei untuk mengemaskini perisian Android di dalam peranti mereka sehingga 19 Ogos 2019.
Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei berkata, sistem tersebut (Hongmeng) bakal mampu menjalankan aplikasi Android melalui kerjasamanya dengan Apptoide, alternatif bagi Google Play. Bahkan, ura-ura mengatakan sistem ini juga mempunyai kemampuan untuk menjalankan aplikasi iOS

Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, para pemerhati teknologi masih tidak dapat memastikan samada prestasi Hongmeng bakal lebih baik daripada Android kerana masih banyak maklumat tentangnya yang belum didedahkan kepada umum. Namun mereka percaya sistem baru ini bakal menjadi saingan yang hebat kepada Android

Punca Sekatan Amerika Syarikat Terhadap HuaweiHuawei merupakan pengeluar telefon pintar dan pada Julai 2018, mereka berjaya melepasi Apple sebagai jenama kedua terbesar dalam penjualan telefon pintar seluruh dunia

Huawei merupakan syarikat persendirian di mana pemiliknya, Ren Zhengfei merupakan bekas jurutera di bawah People’s Liberation Army dan bertugas sebagai juruteknologi pembangunan teknologi ketenteraan sekitar tahun 1970-an. Latar belakang ketenteraan beliau digunakan sebagai salah satu isu utama Donald Trump dalam menghalang urusniaga Huawei di Amerika Syarikat oleh kerana bimbang terhadap keselamatan data pengguna yang menggunakan produk Huawei.

Sehingga hari ini, Huawei telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk dan peranti yang mampu untuk membentuk sebuah infrastruktur rangkaian telekomunikasi secara sendirinya tanpa kebergantungan pada syarikat lain. Peranti dan perkakasan seperti telefon pintar, pensuisan, tapak pemancar, teras rangkaian telah lama mengambil tempat di beberapa rangkaian telekomunikasi seluruh dunia, termasuk Malaysia. Malahan, kebanyakkannya peranti-peranti tersebut sudah bersedia untuk dipertingkatkan untuk menawarkan perkhidmatan rangkaian Generasi Kelima (5G)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsikanaje.blogspot.com/2019/05/nantikan-hongmeng-os-dari-huawei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hongmeng Os Telah Didaftarkan Huawei

Hongmeng Os Telah Didaftarkan Huawei

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 353 hits
Nampaknya Huawei tidak menunggu lama untuk mereka mengeluarkan OS mereka sendiri apabila Google juga menarik diri daripada terlibat dengan sebarang kerjasama bersama Huawei Huawei kini telah mendaftarkan tanda dagang sistem operasi mereka t...
Huawei Bakal Lancar Hongmeng

Huawei Bakal Lancar Hongmeng

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 494 hits
HUAWEI Central portal khas bagi maklumat mengenai Huawei mengesahkan sistem operasi baharu bagi gergasi telekomunikasi itu Hongmeng bakal dilancarkan pada musim luruh ini iaitu sekitar September nanti
Huawei Hongmeng Os Sistem Operasi Gantikan Android Dan Windows

Huawei Hongmeng Os Sistem Operasi Gantikan Android Dan Windows

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 325 hits
Menerusi laporan terbaharu Huawei telah bersedia untuk menggantikan sistem operasi Android sedia ada dengan sistem operasi yang dibina oleh mereka sendiri dan dilaporkan telah mendaftarkan tanda dagang di China yang diberi nama Hongmeng OS ...
Hongmeng Sistem Operasi Milik Huawei Seriously

Hongmeng Sistem Operasi Milik Huawei Seriously

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 366 hits
CEO Huawei Richard Yu ada memberitahu bahawa syarikat terbabit ada membangunkan sistem operasi sendiri sebagai pelan sandaran sekiranya Amerika membuat apa apa keputusan yang akan menjatuhkannya beberapa bulan lepas Hari ini dunia digempark...
Sistem Os Huawei Hongmeng Dijangka Bepuluh Kali Lebih Pantas Dari Android

Sistem Os Huawei Hongmeng Dijangka Bepuluh Kali Lebih Pantas Dari Android

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 572 hits
Berdasarkan laporan Digital Phablet sistem operasi Huawei yang baru bakal mengatasi kelajuan Android sebanyak 60 kali ganda Sistem Operasi Huawei Yang Baru Dijangka Bepuluh Kali Lebih Pantas Dari Android Buat pengguna Huawei sabar dulu Jang...
Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Top Commentators Of December 2025 Tahniah Blogger Na

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu

Variation Top On Slot Gacor Hari Ini Agent

Masakan Kampung Pahang Warisan Sedap Yang Ramai Tak Kenal Wajar Dihidupkan Semula

Anniversary 01 Januari 2026

I Topup Kwsp Syarat Caruman Kaedah Mencarum


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Jumaat Pertama Langkah Baru

Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Backdrop Printing Apa Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah

Perancangan Strategik Nfdp Membentuk Hala Tuju Dan Visi Melalui Kerjasama Jurulatih Dan Kakitangan Teknikal