Nana Belanja Makanan Itali Di London




Sekembali dari program Tube Sarong London 2025 di SINI, kami balik dulu untuk mengerjakan solat sebelum keluar semula untuk makan malam. Destinasi kali ini ialah Restauran Italian di Edgeware. 
Anak saya, Nana seorang yang sangat adventure bab makanan. Dari zaman student lagi, kalau dia bercuti bersama kawan kawan ke mana mana negara, memang dia akan spent duit untuk makanan yang sedap sedap. Dia belajar Medic di Alexandria University. 
Mendengar Nana bercerita berkenaan keenakan Ravioli yang dimakan di Rome menyebabkan saya teringin sekali nak mencuba. Tapi nak mencari restoran yang menyediakan makanan Itali halal agak susah. Memang kena lama juga mencarinya dan membaca review review. Restoran makanan Itali ni tidak murah, jadi kena baca review untuk memastikan kita mendapatkan makanan yang betul betul sedap. 


Sebaik duduk, kami dihidangkan dengan garlic bread yang Masya Allah sangat sedap. Terasa doh nya sangat sedap dan crunchy. Nana kata mesti pizza sini sedap setelah merasa doh roti yang diberikan. Lagi pula roti dan pizza dibakar menggunakan kayu api. Kata pekerja di situ, semua Chef mereka dari Itali.

Kami memesan Ravioli Con Ricotta dengan isinya spinach dan ricotta cheese dengan pink sauce bersama garlic dan mushroom.

Kami juga memesan Gnocchi Pomodoro (V) menggunakan homemade butter gnocchi dengan bolognese sauce. Tomato sauce dimasak dengan fresh basil dan mascarpone untuk bolognese sauce. Bolognese sauce nya seriously sedap. Tak sama dengan sauce yang saya biasa makan walaupun di restoran Itali di Malaysia.

Melihatkan gambar yang sangat menarik, Nana juga memesan Penne Al Pollo dengan ayam dan mushroom dalam cream sauce. Yang ni kira pasta biasa untuk restoran Itali tapi sangat sedap. Maksudnya ini menu biasa ada di mana mana restoran Itali. 

Akhir sekali kami order dessert yang memang terkenal di Itali iaitu Torta Tiramisu. Kalau dilihat pada description di dalam menu, ada ditulis lady finger dicelup dalam coffee yang dicampur minuman keras tapi mereka mengatakan Tiramisu di restoran mereka tidak menggunakan minuman keras, jadi boleh dimakan. 

Yang paling tak boleh dilupakan ialah dari pelbagai makanan sedap yang dihidangkan, bila ditanya Ammar yang mana dia suka, dia jawab air. Kata Ammar air lebih sedap dari air di rumah kita. 
Bila saya check label di botol, ooh patutlah sedap. Air mineral semulajadi dari Tuscany Itali. Saya biasa kalau bercuti di London memang akan beli air mineral Evian. Tapi bila dah dok di sini, tak larat lah nak minum Evian hari hari. 

Tak pernah lagi makan sepanjang di London ni, sampai kekenyangan sehingga nak berjalan pun rasa dah tak larat. Hahaha berbaloi baloi lah. Restoran seperti ini tidak boleh selalu makan, unless kita memang benar benar kaya. 
Tapi apa pun saya sangat bersyukur melihat rezeki yang Allah kurniakan pada Nana. Sebelum berkahwin lagi dia memiliki rumah dan kereta mewah sendiri. Dia dah menpunyai koleksi handbag berjenama. Dia bertungkus lumus menguruskan perpindahan ke UK dengan kos beratus ribu, bekerja di sini untuk menampung perbelanjaan keluarga. Masih lagi boleh membawa kami bercuti dan makan di tempat tempat mahal. 
Saya percaya, jika seseorang tidak berkira dengan keluarga, lagi lagi ibubapa sendiri, pasti pendapatannya barakah dan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Malahan sebelum ke sini pun, Nana telah membelanjakan berpuluh ribu untuk memasang sistem solar di rumah bagi mengatasi masalah bil elektrik yang terlalu tinggi di rumah kami. 
Di ketika usianya mencecah 35 tahun, dia telah boleh bawa kami naik flight business class, membayar percutian kami ke Morocco Spain dan Insya Allah tidak lama lagi membawa kami bercuti ke Turkiye.
Saya mendoakan semoga Allah sentiasa melimpahkan Nana dengan rezeki yang barakah, kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Juga semoga Ammar dan Aliya menjadikan anak yang bijak dan cerdik pandai. Aamiin.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/09/menikmati-makanan-itali-di-london.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan

Gsf Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 200 hits
GSF Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan Perjalanan seorang aktivis Itali dalam misi kemanusiaan bertukar menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya Tommaso Bortolazzi ketua kapal Maria Cristin dalam misi Global Sumud Flotilla m...
Kapal Bawa 100 Aktivis Termasuk Wartawan Antarabangsa Berlepas Ke Gaza Dari Itali

Kapal Bawa 100 Aktivis Termasuk Wartawan Antarabangsa Berlepas Ke Gaza Dari Itali

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 181 hits
SITI NUR ZAWANIMisi memecahkan kepungan haram Israel di Gaza diteruskan nbsp lagi dengan Kapal Conscience dari Porto Otranto Itali berlepas semalam Misi pelayaran dianjurkan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza ini memfo...
Puding Raja Makanan Negeri Pahang

Puding Raja Makanan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2084 hits
nbsp Puding raja ni sejenis makanan tradisional yang terkenal di negeri Pahang nbsp Selalunya kalau kedai kedai makan yang menjual menu ikan patin khasnya ikan patin Temerloh masak tempoyak kadang kadang ada di jual sekali puding raja Dan k...
117 Makanan Malaysia Diiktiraf Sebagai Warisan Kebangsaan Capati Apam Tuak Antara Tersenarai

117 Makanan Malaysia Diiktiraf Sebagai Warisan Kebangsaan Capati Apam Tuak Antara Tersenarai

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3747 hits
Berita gembira buat semua pencinta makanan Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek Warisan 2025 Kalau tahun lepas hanya 10 makanan saja diiktiraf ta...
Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 3276 hits
Dalam industri makanan dan minuman packaging bukan sekadar pembungkus tetapi alat pemasaran yang mampu mempengaruhi persepsi pelanggan Salah satu pilihan popular ialah paper bowl custom printing yang kini semakin digemari oleh restoran caf ...
Itali Hantar Kapal Tentera Iring Sumud Flotila

Itali Hantar Kapal Tentera Iring Sumud Flotila

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 473 hits
Itali Hantar Kapal Tentera Iring Sumud Flotila ROME Menteri Pertahanan Itali Guido Crosetto menghantar sebuah frigat tentera laut pada Rabu untuk membantu bantuan Global Sumud Flotilla menuju Gaza selepas penganjur berkata beberapa bot mere...
Tube Sarong London 2025

Tube Sarong London 2025

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 608 hits
Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menghadiri acara Tube Sarong London 2025 bersama sama warga Malaysia di United Kingdom pada 27 September 2025 di Battersea Power Station Perjumpaan warga Malaysia sempena sambutan Hari Kemerdekaan ba...
Bersarapan Dengan Rakan Sekerja Di London

Bersarapan Dengan Rakan Sekerja Di London

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 455 hits
Kebetulan rakan sekerja di Bank Negara Malaysia Datin Seri Rafidah Latif dan Haji Mohd Zaiman ada di London kerana melawat anak masing masing kami merancang untuk bertemu dan mengeteh di London Tempatnya adalah di London kerana lebih mudah ...
Stratford Di Hari Akhir Nelly Di London

Stratford Di Hari Akhir Nelly Di London

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1193 hits
Pagi pagi saya masak cekodok pisang dan makan mee goreng lebihan semalam sebagai breakfast rehat dan cuaca mendung sahaja sehari dua ini Mungkin kerana perubahan musim dari summer ke autumn Kemudian masak ayam masak kicap kerana saya tahu N...
Cyber Insurance Is It Worth The Investment For Small Businesses

Permata Tersembunyi Sarawak Rahsia Terbaik Bintulu Menanti

Beza Coklat Putih Coklat Hitam Dan Coklat Biasa Mana Satu Yang Paling Sedap

Rencana 5 Tahun Finansial Freedom Untuk Gen Z

Top 19 By May 26 Pokbet 68

Kesulitan Teknologi Kisah Telefon Rosak Semalam

Untuk Orang Luar Just Ingat Ya Uqasha Masih Isteri Saya Saya Wujud Lagi Ni Kamal Adli

Web Top 68 By Teresa 17 Dec 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The 5 Commandments Of And How Learn More

Selamat Hari Lelaki 19 November

Barang Wajib Ada Dalam Beg Aku

Simple Beef Lasagna Recipe Pinoy

Pengawasan Institusi Kerajaan

Kadang Kadang Pilihan Terbaik Adalah Menerima