Gsf Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan


GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan 
Perjalanan seorang aktivis Itali dalam misi kemanusiaan bertukar menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.
Tommaso Bortolazzi, ketua kapal Maria Cristin dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF), mendedahkan beliau telah memeluk Islam ketika berada dalam tahanan Israel.
Kisah itu dikongsikan dalam sesi temu bual eksklusif bersama Agensi Anadolu selepas beliau selamat tiba di Istanbul, Turki.
Menurut Bortolazzi, penyertaannya dalam flotila adalah atas dasar rasa tanggungjawab moral untuk membantu rakyat Palestin.
“Saya sertai flotila kerana saya rasa itulah yang terbaik untuk rakyat Palestin, dan juga untuk negara saya,” katanya.
Ujian dalam tahanan Bortolazzi menceritakan bahawa suasana ketika ditahan oleh Israel sangat mencabar.
Lebih menyayat hati, beliau menyaksikan bagaimana rakan-rakan sepasukannya dari Turki yang beragama Islam dihalang daripada menunaikan solat.
“Ketika mereka sedang solat, tentera Israel masuk dan menghalang mereka untuk solat.
“Saya rasa perlu untuk menentang tindakan itu. Selepas itu, bersama seorang rakan, saya mengucap dua kalimah syahadah,” dedahnya.
Beliau menyifatkan keputusan itu sebagai sesuatu yang sangat peribadi dan bermakna. Katanya, saat itu seolah-olah dirinya ‘dilahirkan semula’ dan rasa gembira yang sukar digambarkan.
Bortolazzi juga tidak menafikan pengalaman getir ketika berada dalam sel penjara Israel. Beliau menggambarkan detik-detik penuh ketakutan kerana menyedari nyawa mereka berada dalam ancaman.
“Kami menghadapi saat yang benar-benar dahsyat, banyak ketakutan, kerana kami mempertaruhkan nyawa bersama. Kami tetap bersatu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar masyarakat antarabangsa memberi perhatian dan sokongan kepada usaha membantu rakyat Palestin.
BACA: Selamat Tiba Di Turki, Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel
Sumber: anadoluagency/TikTok
The post GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Semasa Dalam Tahanan  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/05/gsf-aktivis-itali-peluk-islam-semasa-dalam-tahanan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

Gsf Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 221 hits
GSF Kerajaan Pastikan Keluarga Aktivis Dimaklumkan Perkembangan Semasa Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan memastikan setiap ahli keluarga aktivis dan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi kemanu...
Tuduhan Biadab Pm Anwar Pertahan Aktivis Kemanusiaan Gsf Mereka Bawa Makanan Ubat

Tuduhan Biadab Pm Anwar Pertahan Aktivis Kemanusiaan Gsf Mereka Bawa Makanan Ubat

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 233 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan Israel melabelkan aktivis misi Global Sumud Flotilla sebagai pengganas adalah kenyataan biadab Tegas beliau pelayaran GSF ke Gaza merupakan misi kemanusiaan untuk membantu pendudu...
Kapal Bawa 100 Aktivis Termasuk Wartawan Antarabangsa Berlepas Ke Gaza Dari Itali

Kapal Bawa 100 Aktivis Termasuk Wartawan Antarabangsa Berlepas Ke Gaza Dari Itali

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 201 hits
SITI NUR ZAWANIMisi memecahkan kepungan haram Israel di Gaza diteruskan nbsp lagi dengan Kapal Conscience dari Porto Otranto Itali berlepas semalam Misi pelayaran dianjurkan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza ini memfo...
Hiburan Semua Aktivis Gsf Dipaksa Melutut Tangan Diikat Dengan Zip Selama Lima Jam Rejim Isra L Beri Layanan Zalim

Hiburan Semua Aktivis Gsf Dipaksa Melutut Tangan Diikat Dengan Zip Selama Lima Jam Rejim Isra L Beri Layanan Zalim

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 267 hits
Peguam dari The Legal Centre for Arab Minority Rights in Israel dilaporkan telah bertemu dengan 331 sukarelawan dan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang telah ditahan oleh rejim Israel di Pelabuhan Ashdod Menerusi kenyataan G...
Warga Turkiye Penuhi Lapangan Terbang Sambut Ketibaan Aktivis Gsf

Warga Turkiye Penuhi Lapangan Terbang Sambut Ketibaan Aktivis Gsf

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 212 hits
Warga Turkiye Penuhi Lapangan Terbang Sambut Ketibaan Aktivis GSF Ketika ini tumpuan dunia terarah kepada ketibaan 137 daripada 462 aktivis Global Sumud Flotilla di Istanbul Turkiye selepas ditahan Israel Pesawat khas yang membawa kesemua a...
Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

Diplomasi Madani Berhasil Kejayaan Bawa Pulang 23 Aktivis Gsf Malaysia Bukti Keberanian Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 205 hits
Kejayaan membawa pulang 23 rakyat Malaysia yang terbabit dalam misi Global Sumud Flotilla membuktikan kekuatan diplomasi MADANI yang berpaksikan prinsip kemanusiaan keadilan dan maruah rakyat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasuti...
Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia

Gsf Peguam Adalah Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 291 hits
GSF Peguam ADALAH Mulakan Konsultasi Untuk Wakili Aktivis Malaysia SEPANG 3 Okt Peguam daripada Pusat Undang Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel telah memulakan sesi konsultasi bagi mewakili aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia y...
Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 328 hits
Isteri salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Dr Taufiq Mohd Razif iaitu Dr Nabilah Mohd Rubani akui risau keadaan suaminya yang kini dibawah tahanan pihak berkuasa Israel Ya Allah aku serahkan suamiku kepada Mu Dia pe...
Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

Malaysia Mohon Bantuan Turki Bawa 23 Aktivis Gsf Keluar Dari Israel

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 239 hits
Faiz ZainudinPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata proses membawa pulang dijangka ambil masa dua atau tiga hari jika semua rundingan berjalan lancar Seramai 23 aktivis Global Sumud Flotilla dari Malaysia ditahan tentera Israel KUALA LUMPUR ...
Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia