Nampaknya Imdb Lebih Kebal Berbanding Imuniti Ahli2 Parlimen



oleh Shahbudin Husin
Petang semalam bekas Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah diarahkan ke Bukit Aman untuk disiasat berhubung ucapan perbahasannya di Parlimen yang didakwa melanggar sumpah rahsia ketika menjadi anggota kabinet dahulu.
Selepas beliau, sudah tentu giliran Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal pula diambil keterangan atas kesalahan yang sama. Ketiga-tiga mereka akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA kerana mendedahkan perkara-perkara berkaitan 1MDB yang didakwa pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet.
Muhyiddin dan Shafie, sebelumnya turut dipecat daripada kabinet dan UMNO kerana lantang mengkritik dan mempertikaikan perjalanan serta hutang syarikat pelaburan kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib Razak itu.
Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang pula dipenjarakan dibawah Sosma selepas membuat laporan ke beberapa negara, juga mengenai 1MDB setelah laporan-laporan yang mereka buat di negara sendiri tidak menghasilkan apa-apa tindakan.
Sebelum itu, beberapa perkara turut berlaku seperti pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara, pertukaran dan kacau-ganggu terhadap pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta beberapa insiden lain yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Semuanya hanya kerana 1MDB dan mahu menyucikan syarikat pelaburan tersebut.
Dilihat daripada apa yang berlaku kepada tiga bekas menteri yang disiasat di bawah OSA, tidak dinafikan bahawa 1MDB akan terus merupakan sebuah “entiti yang hebat dan tidak boleh ditegur”.
Sesiapa saja yang menegur dan mengkritiknya, bersedialah menghadapi bahayanya, manakala yang sanggup mempertahan dan membelanya, melimpahlah pula ganjaran dan anugerah yang akan diterima.
1MDB bukan saja terlihat tidak lut daripada segala undang-undang yang ada, malah ia lebih kebal berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen ketika berucap di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, kita biasa mendengar apabila Ahli Parlimen menyentuh sesuatu yang sensitif ketika berucap di Parlimen, mereka selalunya akan dicabar supaya mengulanginya di luar Dewan Rakyat agar tindakan undang-undang dapat diambil.
Tetapi kali ini, tanpa sesiapa mencabar ketiga-tiga bekas menteri itu mengulanginya di luar Parlimen, sebaliknya hanya berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Speaker Dewan Rakyat dan kemudian disusuli dengan laporan polis oleh dua NGO pendedak, mereka terus disiasat dan diambil keterangan.
Ia secara langsung dan tidak langsung menunjukkan 1MDB lebih gagah dan perkasa berbanding imuniti Ahli-Ahli Parlimen.
Dalam hal ini, seorang peguam berpengalaman dan bekas menteri, Zaid Ibrahim menyatakan, menyentuh sesuatu perkara secara umum tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mendedahkan rahsia kerajaan atau melanggar sumpah kerahsiaan, kecuali mendedahkan butiran minit mesyuarat kabinet secara khusus.
Jika diteliti ucapan perbahasan Muhyiddin, Shafie mahupun Husni, di mana dalam ucapan mereka terdapat hal-hal berkaitan minit mesyuarat kabinet yang didedahkan?
Jika seseorang bekas menteri yang bercakap secara umum mahu ditafsirkan sebagai melanggar sumpah rahsia, di zaman Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri iaitu selepas pemilihan 1987 di mana ramai antaranya memilih untuk berbalah dan menyerangnya, termasuk menyentuh berkaitan berbagai syarikat kerajaan, mereka ketika itu tentunya lebih dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.
Namun, pernah kita mendengar sesuatu tindakan diambil oleh Tun Mahathir kepada bekas-bekas menteri yang menentangnya?
Di sebalik ramai yang telah dan sedang diambil tindakan kerana menyentuh perkara berkaitan 1MDB, Jho Low yang sekarang entah di dunia mana sedang berhiburnya, tetap merupakan orang yang paling bertuah sekali di era Najib ini.
Beliau pasti akan tersenyum dan ketawa menyaksikan satu demi satu insiden yang berlaku ini, meskipun segala-galanya berpunca daripada caturan yang dilakukannya.
KLIK BACA: Najib bawa anak kerana hormat budaya China, kata pembantu Rosmah
TERKINI: ‘Keluarga Jho Low cuba tangkis rampasan aset guna dana 1MDB’
TERKINI: Bicara kes berkaitan 1MDB di Singapura bermula
KLIK VIDEO: Dewan kecoh Guan Eng bidas ahli parlimen BN mata dah buta hati mati
KLIK BACA: MP pertikai kerajaan beli 10 kapal, tapi potong bajet perubatan
KLIK BACA: Niat Mahathir-Muhyiddin jatuhkan Najib haram – Mufti Kelantan
KLIK VIDEO: PENENTANG KERJA MULIA SPRM SEBENARNYA PENCACAI PENDUKUNG RASUAH– SHUKRI ABDULL
The post NAMPAKNYA IMDB LEBIH KEBAL BERBANDING IMUNITI AHLI2 PARLIMEN appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/170864/nampaknya-imdb-lebih-kebal-berbanding-imuniti-ahli2-parlimen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempa Bumi Kali Ini 3 Kali Lebih Kuat Berbanding 1999 Kata Erdogan

Gempa Bumi Kali Ini 3 Kali Lebih Kuat Berbanding 1999 Kata Erdogan

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 208 hits
GEMPA bumi kuat yang melanda selatan Turkiye minggu ini tiga kali lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara di barat laut negara itu pada 1999 kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Sabtu Gempa bumi di selatan Turkiye adalah tiga kali lebih...
Bersama Pas Lebih Banyak Konflik Berbanding Bersama Umno Bn

Bersama Pas Lebih Banyak Konflik Berbanding Bersama Umno Bn

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 189 hits
Bersama Pas lebih banyak konflik berbanding bersama Umno BNPosted By on February 13 2023Ungkapan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah bahawa akan berlaku konflik sekiranya Pakatan Harapan bekerjasama dengan Umno BN untuk menyertai Pil...
Melihat Lebih Dekat Potret Istana Siak Sri Indrapura Di Dalamnya Masih Lengkap

Melihat Lebih Dekat Potret Istana Siak Sri Indrapura Di Dalamnya Masih Lengkap

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 128 hits
Ada salah satu tempat bersejarah di tanah Siak Riau Di sana terletak Istana Siak Sri Indrapura dengan beragam perabotan hingga bangunan mewahnya yang hingga kini masih terjaga Penasaran dengan kondisi di dalamnya Intip potret selengkapnya b...
Rumah Bernilai Lebih Rm69 Juta Song Joongki Isteri Sudah Tinggal Bersama Di Seoul Kini

Rumah Bernilai Lebih Rm69 Juta Song Joongki Isteri Sudah Tinggal Bersama Di Seoul Kini

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 169 hits
Selepas berita perkahwinan Song Joong ki bersama Katy Louise Saunders keluar ada pelbagai laporan dan spekulasi lain yang dibuat oleh orang ramai kini ARTIKEL BERKAITAN Terbaru melaporkan bahawa Song Joong ki bersama isterinya Katy Louise S...
Chef Faez Impi Jadi Penyanyi Dan Mahu Lebih Dikenali Di Malaysia

Chef Faez Impi Jadi Penyanyi Dan Mahu Lebih Dikenali Di Malaysia

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 281 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah Mungkin ada antara pembaca yang pernah mendengar nama Chef Faez yang mana beliau pernah viral atau tular dengan Kunafanya yang sungguh menyelerakan...
Penelitian Suami Yang Numpang Hidup Pada Istri Lebih Rawan Selingkuh

Penelitian Suami Yang Numpang Hidup Pada Istri Lebih Rawan Selingkuh

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 110 hits
Hasil penelitian menunjukkan kalau para pria yang dihidupi oleh istrinya lebih mudah berselingkuh
Kaji Semula Pendidikan Islam Beri Lebih Kefahaman

Kaji Semula Pendidikan Islam Beri Lebih Kefahaman

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 140 hits
Kaji semula pendidikan Islam beri lebih kefahamanPosted By on January 31 2023Mata pelajaran Pendidikan Islam harus dikaji semula supaya ia dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada para pelajar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Kian Romantik Crash Course In Romance Pertama Kali Raih Rating Lebih 10

Kian Romantik Crash Course In Romance Pertama Kali Raih Rating Lebih 10

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 222 hits
Dengar cerita ramai yang sedang seronok menonton drama tvN iaitu Crash Course In Romance sekarang ini ARTIKEL BERKAITAN Menikmati respon baik dari penonton sejak dari awal tayangan drama berkenaan terbukti popular apabila episod terbarunya ...
Saya Lebih Selesa Dengan Pelakon Sebaya Saya Lee Jaewook

Saya Lebih Selesa Dengan Pelakon Sebaya Saya Lee Jaewook

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 195 hits
Selepas Alchemy of Souls pasti ramai yang menantikan drama lakonan Lee Jae wook yang seterusnya kan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Lee Jae wook telah terlibat dengan satu temu bual khas bersama media di mana pelakon itu menjawab beberapa s...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever