Nampak Kemas Tapi Ini 10 Tabiat Kotor Dalam Bilik Tidur


Nampak Kemas, Tapi Ini 10 Tabiat Kotor Dalam Bilik Tidur
Bilik tidur yang kelihatan kemas belum tentu benar-benar bersih. Kadang-kadang kita rasa puas hati bila katil tersusun rapi, bantal beratur cantik, langsir tergantung sempurna dan lantai kelihatan berkilat.
Tapi hakikatnya di sebalik rupa yang teratur itu sebenarnya ada banyak tabiat kecil yang tanpa sedar menyumbang kepada pembentukan kotoran, bau tidak menyenangkan dan malah boleh menjadi tempat pembiakan bakteria.
Ramai di antara kita menganggap ia perkara biasa, tidak merbahaya dan langsung tidak mempengaruhi rutin harian.
Namun, tabiat ini jika dibiarkan berlarutan boleh mengganggu kualiti udara dalam bilik dan lebih membimbangkan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang.
Lebih mengejutkan, kita mungkin telah lakukan semuanya hampir setiap hari tanpa rasa bersalah.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 10 tabiat kotor yang ramai antara kita lakukan dalam bilik tidur walaupun bilik nampak tip top di mata kita.
1. Jarang menukar cadar dan sarung bantal Mungkin kerana kita tidak nampak kotoran itu dengan mata kasar, ramai antara kita hanya menukar cadar dan sarung bantal seminggu sekali atau lebih lama.
Padahal, setiap malam ketika kita tidur tubuh badan kita sebenarnya meninggalkan peluh, minyak semula jadi dan sel kulit mati pada permukaan cadar dan bantal.
Tidak cukup dengan itu, ada juga sisa solekan yang tidak dibersihkan dengan betul. Debu halus yang datang bersama udara pula mudah melekat tanpa disedari.
Jika tidak ditukar secara konsisten, semua ini akan menjadi makanan kepada hama habuk dan kuman yang boleh menyebabkan alahan, gatal-gatal kulit dan jerawat degil yang berulang.
Pakar kesihatan mencadangkan agar kita menukar sarung bantal dan cadar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Manakala mereka yang mempunyai kulit sensitif atau mudah berpeluh digalakkan menukarnya dua kali seminggu untuk hasil yang terbaik.
2. Makan dan minum di atas katil Menonton drama sambil makan snek di atas katil mungkin kelihatan seperti satu bentuk self-care tetapi hakikatnya ia membawa lebih banyak mudarat daripada manfaat.
Sisa makanan yang tidak kelihatan seperti serbuk roti, titisan minyak atau cebisan biskut mudah jatuh dan melekat pada cadar. Keadaan ini menjadikan tempat tidur lokasi yang ideal untuk serangga seperti lipas dan semut datang bersarang.
Lebih teruk lagi jika minuman tertumpah pada tilam dan tidak dibersihkan sepenuhnya, ia boleh meninggalkan kesan bau yang melekat dan menarik pertumbuhan kulat.
Untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan tidur, jadikan katil sebagai tempat tidur sahaja dan bukan tempat makan atau lepak sambil menjamu makanan.
3. Masuk bilik dengan kaki dan tangan yang kotor 
Selain itu juga, kita sering tergesa-gesa pulang ke rumah dan terus menuju ke bilik tidur tanpa mencuci tangan, tanpa mencuci kaki dan kadangkala masih lagi memakai pakaian dari luar.
Apa yang kita lupa ialah sepanjang hari kita telah menyentuh pelbagai permukaan awam, berjalan di tempat yang penuh debu dan mungkin juga menggunakan tandas awam yang tidak bersih.
Apabila kita bawa semua ini masuk ke bilik, kita bukan sahaja mencemarkan lantai bilik malah secara tidak langsung memindahkan bakteria dan kuman ke atas tilam, bantal dan permukaan lain.
Jadikan rutin untuk cuci tangan dan kaki terlebih dahulu atau lebih baik lagi mandi sebelum masuk ke bilik tidur supaya ruang ini kekal bersih dan selamat untuk berehat.
4. Menggunakan telefon bimbit di atas katil Telefon bimbit kini umpama sambungan kepada tangan kita. Tetapi tahukah anda bahawa skrin telefon mengandungi lebih banyak bakteria berbanding tempat duduk tandas awam?
Kita membawa telefon ke mana-mana. Ke meja makan, ke gym, ke dalam tandas dan kemudian tanpa ragu meletakkannya atas bantal, di sebelah pipi ketika berbaring atau terus atas tilam tempat kita tidur setiap malam.
Perbuatan ini menyebabkan bakteria dari telefon berpindah ke kulit wajah, sarung bantal dan permukaan katil. Se;ain itu ia juga  meningkatkan risiko jerawat dan iritasi kulit.
Ambil langkah berjaga-jaga dengan membersihkan skrin telefon setiap hari menggunakan kain antibakteria atau alkohol lap dan elakkan meletakkannya di atas bantal atau tilam secara terus.
5. Tidak membersihkan kipas siling dan sudut tersembunyi
Walaupun kita kerap menyapu lantai bilik, kita jarang memberi perhatian kepada kawasan seperti kipas siling, belakang almari atau bawah katil.
Hakikatnya, habuk yang terkumpul di tempat-tempat ini boleh menyebabkan pencemaran udara dalam bilik lebih-lebih lagi bila kipas siling berpusing dan habuknya berterbangan ke seluruh ruang tidur.
Jika anda kerap mengalami bersin, mata gatal atau hidung tersumbat di waktu pagi, itu mungkin petanda bilik anda berhabuk walaupun kelihatan bersih.
Ambil masa setiap minggu untuk mengelap kipas siling dan sudut tersembunyi. Ini kerana ruang kecil yang diabaikan boleh memberi kesan yang besar terhadap kesihatan harian anda.
6. Tidak mengganti atau mencuci bantal lama Bantal adalah tempat kepala kita berlabuh selama 6 hingga 8 jam setiap malam. Ia menyerap peluh, minyak muka, air liur bahkan sisa produk penjagaan kulit.
Namun begitu, ramai yang menggunakan bantal yang sama selama bertahun-tahun tanpa pernah membasuh atau menggantikannya.
Ini membuka peluang kepada hama debu untuk bersarang dan menyebabkan alahan, jerawat serta bau busuk yang tersembunyi.
Pakar mencadangkan agar bantal dicuci setiap 3 hingga 6 bulan bergantung pada jenis bahan. Jika bantal anda sudah kempis, berbau atau berubah warna mungkin sudah tiba masa untuk menggantikannya dengan yang baru.
7. Menyidai atau melonggok pakaian kotor dalam bilik Di samping itu juga, meletakkan baju kotor atas kerusi, menggantung tuala lembap di hujung almari atau melonggok stoking pakai dalam bakul terbuka adalah pemandangan biasa dalam bilik tidur.
Walaupun kelihatan remeh, semua ini sebenarnya menyumbang kepada kelembapan udara dalam bilik. Lama-kelamaan, ia boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan terutama jika tingkap jarang dibuka atau bilik tidak mempunyai pengudaraan yang baik.
Lebih buruk lagi, pakaian yang lembap atau berpeluh boleh menjadi tempat pertumbuhan bakteria dan kulat. Ia akan menjadikan udara dalam bilik ‘berat’ dan tidak segar.
Untuk mengelakkan perkara ini, sediakan bakul pakaian kotor bertutup dan asingkan pakaian lembap  serta elakkan menyidai tuala dalam bilik yang tertutup.
8. Tidak membersihkan tilam secara berkala Tilam adalah tempat kita menghabiskan satu pertiga dari hidup kita. Namun, ia juga antara item yang paling jarang dibersihkan. Peluh, minyak badan, habuk dan air liur terkumpul dalam lapisan tilam dari masa ke masa.
Sekiranya ia tidak dibersihkan, ia akan menjadi sarang kepada hama, bakteria serta kulat.
Walaupun membersihkan tilam mungkin kedengaran seperti kerja berat, anda boleh vakum tilam seminggu sekali menggunakan vacuum khas atau taburkan baking soda dan biarkan selama beberapa jam sebelum disedut keluar.
Tilam juga perlu dijemur di bawah cahaya matahari setiap beberapa bulan untuk membunuh bakteria dan menyegarkan kembali bahan dalamannya.
9. Memakai baju tidur yang sama selama beberapa hari
Pakaian tidur tidak kelihatan kotor kerana kita hanya memakainya untuk tidur. Tetapi ia tetap menyerap peluh, minyak badan dan habuk dari persekitaran bilik.
Apabila dipakai berulang kali, ia bukan sahaja memberi rasa tidak selesa malah boleh menyebabkan kegatalan kulit, jerawat di badan atau bau badan yang sukar hilang.
Amalkan menukar pakaian tidur setiap hari atau sekurang-kurangnya selang sehari. Terutamanya jika anda tidur dalam keadaan berpeluh atau mempunyai kulit sensitif. Ia langkah mudah yang memberi kesan besar kepada kualiti tidur dan kesihatan kulit.
10. Menyimpan barang lama dan hiasan berhabuk dalam bilik Antara lain, bilik yang dihias cantik dengan patung kecil, lilin wangi, buku dan bingkai gambar memang indah dipandang.
Namun, jika barang-barang ini tidak dijaga ia boleh menjadi tempat berkumpulnya debu yang menjejaskan kualiti udara dalam bilik.
Buku lama yang jarang dibuka, patung hiasan yang tidak dilap dan perabot yang tidak dialihkan bertahun-tahun boleh menjadi penyumbang utama kepada udara berhabuk dan bilik berbau hapak.
Ambil masa setiap bulan untuk membersih dan menyusun semula barang-barang dalam bilik. Pertimbangkan juga untuk menyimpan barang yang jarang digunakan di tempat lain agar bilik tidur kekal lapang, teratur dan mudah dibersihkan.
Kesimpulannya, kebanyakan daripada kita mungkin tidak sedar telah terbiasa dengan satu atau dua tabiat kotor dalam bilik tidur.
Apa yang penting ialah kesedaran untuk mula mengubah rutin harian demi memastikan ruang peribadi ini kekal bersih, sihat dan menyenangkan. Bilik tidur yang bebas daripada tabiat-tabiat kotor bukan sahaja memberi keselesaan fizikal malah mampu meningkatkan kualiti tidur.
Ini akan menjadikan kita lebih segar setiap kali bangun pagi dan memberi impak positif kepada mood serta produktiviti harian. Sedikit perubahan tetapi kesannya cukup besar untuk kesejahteraan diri.
BACA : ‘Brisk Walk’: Bila Teknik Betul, Badan Pun Cepat Susut
Sumber : alairhomes, ravishmag The post Nampak Kemas, Tapi Ini 10 Tabiat Kotor Dalam Bilik Tidur appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/06/nampak-kemas-tapi-ini-10-tabiat-kotor-dalam-bilik-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpan Banyak Barang Tapi Rumah Tetap Kemas Ini Caranya

Simpan Banyak Barang Tapi Rumah Tetap Kemas Ini Caranya

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 91 hits
Simpan Banyak Barang Tapi Rumah Tetap Kemas Ini Caranya Tidak kira sekecil mana pun ruang rumah anda cabaran untuk mengekalkan keadaan yang kemas dan teratur tetap satu hal yang realistik dan perlu dihadapi Lebih lebih lagi apabila barang b...
Anwar Ibrahim Boleh Bersemangat Tapi Ta

Anwar Ibrahim Boleh Bersemangat Tapi Ta

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 124 hits
SOALAN Bagaimana untuk mendidik rakyat agar berpolitik matang dan beradab agar tidak menjadi penyokong yang hentam kromo Ini satu cabaran kerana jika kita dasarnya agama atau Islam kita harus perkasa akhlak Pertama kita boleh bersetuju atau...
Tajuk Turun 300 Ribu Tapi Di Mana Suara 34 7 Juta Lagi

Tajuk Turun 300 Ribu Tapi Di Mana Suara 34 7 Juta Lagi

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 139 hits
Kay HashimPada tanggal 26 Julai nanti sekumpulan besar rakyat Malaysia dianggarkan mencecah 300 000 orang cadang berkumpul di tengah kota bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri dan hala tuju negara Mereka tentunya memb...
Selamat Berguling Insya Llah Baik Baik Tapi Ingat Apa Pesan Tok Guru Ya

Selamat Berguling Insya Llah Baik Baik Tapi Ingat Apa Pesan Tok Guru Ya

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 119 hits
Lan bin Jonet Selamat berguling guling di dataran semoga seronok dan bahagia hendaknya wahai walanat PN LEBAI MERENG
Kami Redha Tapi Tidak Akan Diam Ibu Bapa Zara Tuntut Keadilan Buat Anak Syurga

Kami Redha Tapi Tidak Akan Diam Ibu Bapa Zara Tuntut Keadilan Buat Anak Syurga

papar berkaitan - pada 25/7/2025 - jumlah : 150 hits
Dalam hidup ini tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu dan ayah daripada menerima jasad anak yang pulang bukan dalam pelukan kasih tetapi dalam kesunyian penuh misteri dan persoalan yang tidak terjawab Itulah detik kelam yang terpa...
13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

13 Bekas Kekasih Tapi Baru Kali Ini Qistina Raisah Sebak Pertama Kali Terima Kejutan Bunga

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 137 hits
Pelakon remaja Qistina Raisah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi detik menyentuh hati menerima jambangan bunga mawar merah daripada teman lelakinya Afiq Rosli Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok Qistina atau nama penuhnya...
Hiburan Syirik Main Bomoh Tapi Aliff Syukri Akui Ada Pendinding Bagi Lariskan Bisnes

Hiburan Syirik Main Bomoh Tapi Aliff Syukri Akui Ada Pendinding Bagi Lariskan Bisnes

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 162 hits
Dalam satu temubual bersama media Datuk Aliff Syukri mendedahkan bahawa masih ada segelintir usahawan zaman kini yang bergantung kepada khidmat bomoh untuk melariskan jualan mereka Katanya ramai bertanya bomoh mana yang digunakannya kerana ...
Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Proton E Mas 5 Diperkenalkan Ev Kompak Jenama Malaysia

Solidariti Aman Keningau Bersama Zara

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak

Bihun Goreng Kampung

Perlawanan Sumbangsih Saya Tak Rasa Kami Perlu Fikir Mengenai Rekod Mereka Kapten Selangor

Empat Pemimpin Utama Dunia Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak Asean Pm Anwar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Enam Pelajar Sekolah Menengah Agama Direman Babit Kes Buli

Sultan Ibrahim Harap Lawatan Ke Kazan Perkukuh Hubungan Dengan Tatarstan

Upiak Isil Sado Maha Chord

Budget 2026 To Be Tabled In Parliament On Oct 10 Mof

Public Healthcare Under Pressure Budget 2026 Must Boost Workforce Upgrade Facilities

Fisheries Dept Urges Halt On Shellfish Harvest In Pd Following Elevated Biotoxin Levels