Nampak Gayanya Zahid Terperangkap Dengan Hujah Pendakwaraya


 
Zahid buat kesalahan sebagai ‘penjawat awam’ terima wang UKSB, kata pendakwa


V Anbalagan -September 6, 2022Tuduhan-tuduhan utama terhadap Ahmad Zahid Hamidi dirangka bawah Akta SPRM, manakala tuduhan alternatif bawah Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)SHAH ALAM: Pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid Hamidi atas kesalahan memperoleh “barang berharga” tanpa pertimbangan dalam kapasitinya sebagai penjawat awam, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata, Zahid yang ketika itu seorang menteri, memperoleh wang tunai daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), kontraktor yang dilantik kementeriannya.
Beliau berkata, saksi pendakwaan Sheeba Kunmiho memberi keterangan bahawa Zahid dilantik sebagai menteri dalam negeri pada Mei 2013 dan pelantikan itu kemudiannya diwartakan.
“Ini bermakna dia seorang penjawat awam seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 21(i) Kanun Keseksaan.
“Dia diamanahkan untuk menjalankan tugas awam dan dibayar untuk itu,” katanya dalam hujahan.
Raja Rozela, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata Zahid juga tahu bahawa UKSB sudah mempunyai urusan perniagaan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum pelantikannya.
“Kami telah menunjukkan perkara ini melalui keterangan dokumentar dan keterangan lisan oleh saksi,” katanya.
Beliau berkata, pengarah UKSB ketika itu, Harry Lee dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani berjumpa dengan Zahid antara 2013 dan 2018.
“Ini membentuk hubungan perniagaan kerana mereka bertemu Zahid di kediaman rasminya untuk melanjutkan kontrak (UKSB) dengan kementerian,” katanya sambil menambah, Zahid juga memberikan layanan keutamaan yang tidak berasas kepada syarikat itu.
Raja Rozela berkata, sebagai pertukaran, Zahid memperoleh sesuatu yang berharga dalam bentuk wang tunai, fakta yang tidak dipertikaikannya.
Beliau berkata, walaupun Zahid tidak meminta bayaran dalam jumlah tertentu, Lee dan Wan Quoris memutuskan untuk membayarnya SGD200,000, SGD300,000 dan SGD520,0000 setiap bulan.
Menjawab pertikaian bahawa kes pendakwaan gagal kerana bayaran tunai tidak datang daripada UKSB tetapi daripada sumber lain, beliau berkata: “Sumber wang bukan pertimbangan material kerana ia bukan elemen yang perlu dibuktikan bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.”
Raja Rozela membuat kesimpulan bahawa pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai bagi setiap unsur penting kesalahan itu, dan Zahid sepatutnya dipanggil membela diri.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada UKSB sebagai menteri dalam negeri ketika itu bagi tujuan menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali pusat sehenti di China dan sistem visa asing (VLN). serta mengekalkan kontrak pembekalan sistem bersepadu VLN.
Tuduhan-tuduhan utama dirangka bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala tuduhan alternatif bawah Kanun Keseksaan.
Zahid juga berdepan tujuh lagi tuduhan bawah Kanun Keseksaan, iaitu memperoleh SGD1.15 juta, RM3 juta, 15,000 franc Swiss dan USD15,000 daripada syarikat yang sama berhubung tugas rasminya.
Kesemua kesalahan itu dikatakan dilakukan di Seri Satria di Presint 16, Putrajaya, dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan hakim Yazid Mustafa diteruskan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/nampak-gayanya-zahid-terperangkap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Orang Islam Pasti Akan Tolak Jika Wang Sumber Haram Ahmad Zahid

Saya Orang Islam Pasti Akan Tolak Jika Wang Sumber Haram Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 184 hits
bharian com myOleh Ogos 29 2022 5 34pmPresiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir untuk perbicaraan kes pecah amanah rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Foto NSTP...
Ph Carried Out Selective Prosecution Through Ex Ag Thomas Says Zahid

Ph Carried Out Selective Prosecution Through Ex Ag Thomas Says Zahid

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 238 hits
Ahmad Zahid Hamidi says trumped up charges against him and other Umno leaders were proof of selective prosecution KUALA LUMPUR Ahmad Zahid Hamidi has insisted that Pakatan Harapan which swept to power after the 2018 general election carried...
Ph Made Selective Prosecution Against Me More Than 20 Other Bn Leaders Zahid

Ph Made Selective Prosecution Against Me More Than 20 Other Bn Leaders Zahid

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 192 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi told the High Court here again today that the selective prosecution by the Pakatan Harapan government against him and more than 20 Barisan Nasional leaders after the 14th General Election was politically mot...
Zahid Says Was Entitled As Dpm To Bring Wife Officers Along On Official Overseas Trips

Zahid Says Was Entitled As Dpm To Bring Wife Officers Along On Official Overseas Trips

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 164 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi arrives at the Kuala Lumpur High court August 29 2022 Picture by Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR Aug 29 Umno president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today told the High Court that he could bring along his wife for ...
Zahid Sending Clear Message To Pm About Who Runs Umno

Zahid Sending Clear Message To Pm About Who Runs Umno

papar berkaitan - pada 30/8/2022 - jumlah : 181 hits
Political observers said it was evident that Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi was trying to tell Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob that even though he may be prime minister the majority of Umno members are backing Zahid especially his demand to c...
Dr Mahathir Threatened Me To Dissolve Umno Or Risk Consequences Zahid

Dr Mahathir Threatened Me To Dissolve Umno Or Risk Consequences Zahid

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 206 hits
Party president repeats claim that charges against him based on blackmail by former Pakatan PM Repeating his claim that the criminal charges against him are a form of political persecution Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi today alleged that he...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi

Roti Jala Klasik Cicah Kari Tulang