Nami Heavenlee 2 Tahun Pengalaman Cerai Susu Badan


hi there, perkongsian Nami berjaya cerai susu badan (wean off) dengan mudah selepas berusia tepat 2 tahun. Ini perjalanan suka-duka dalam motherhood aku. Bukan mudah untuk buat keputusan sebegini, tetapi harus dilakukan kerana dua tahun adalah tempoh yang aku rasa cukup untuk Nami menyusu dengan aku selama ini. 
Terdahulu, dengan Amin pun sama, cukup dua tahun kita cut off BF, ganti dengan susu formula pula. Cumanya aku tidak berkongsi pengalaman pisah susu waktu Amin dulu, tetapi memandangkan ada yang bertanya cara aku wean off, jadi semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang dalam proses cerai susu juga.
Suka aku beritahu kepada ibu sekalian bahawa jangan pernah rasa bersalah untuk melakukan wean off apabila anak genap berusia dua tahun. Pisah susu bukanlah satu kesalahan besar untuk mana-mana ibu pun, jadi sila jangan rasa tertekan. Kalau ada orang lain yang sibuk menasihati kamu atau mengecam kamu kerana hal ini, abaikan saja. Mereka tidak berada di posisi kamu mengetahui apa yang terbaik untuk kamu dan anak.
Tak boleh nak brain langsung mereka yang suka mengecam atau mengutuk ibu-ibu yang ingin pisah susu. Bukan semua ibu mampu untuk berikan penyusuan sehingga melebihi tempoh 2 tahun, malah ada yang terpaksa wean off lebih awal atas sebab-sebab tertentu seperti tidak cukup susu, ibu bekerja, sakit dan sebagainya.
Jom baca tips berguna cerai susu yang ibu-ibu perlu ketahui, semoga proses wean off nanti akan lebih mudah dan boleh diterima oleh si kecil anda tanpa rasa stress yang berpanjangan.



5 tips cerai susu badan yang ibu-ibu perlu ketahui dan boleh cuba
1. Kenalkan anak dengan botol susu dan susu formulaRasanya, anak-anak yang direct BF memang tak begitu sukakan susu botol. Dan ada antara mereka yang akan reject susu formula, malah seperti kes Amin dulu, setiap kali diberi susu botol pada awalnya, dia akan lemparkan botol berkenaan! Fuh, mencabar sangat waktu tu.
Kerana pengalaman dari kes Amin, jadi aku kenalkan botol susu lebih awal dekat Nami. Aku akan isikan susu formula dan letak botol susu berkenaan dekat dengan kawasan Nami bermain, dan yang penting dia senang untuk nampak dan capai botol berkenaan.
Ini adalah proses awal yang aku buat dua bulan sebelum Nami berusia genap dua tahun. Yes, nak cerai susu, kenalah rancang lebih awal. 
Setiap kali aku letak botol susu tu, Nami tidak berminat untuk bereksperimentasi. Dia ignore-kan sahaja tau. Hiks, hampir semua susu kena buang kerana tidak diminum. Tapi aku tidak putus asa. Setiap hari aku buat benda yang sama. Proses berulang day by day.
Selang dua minggu, Nami ada sedikit progres. Dia start pegang botol susu, dan main rasa-rasa. Dia hisap botol susu tu sekali dua, selebihnya dia main basahkan lantai. Tapi tak apa, at least ada progres di situ.
Selepas hampir sebulan buat perkara yang sama, akhirnya Nami slowly minum susu formula. Tak habis sebotol, dia minum half sahaja, kadang-kadang suku sahaja, tapi it is ok bagi aku, semakin ada kemajuan.
Day by day, sehingga Nami boleh terima susu formula sepenuhnya. Tapi dia masih bergantung dengan direct BF pada waktu malam untuk tidur. Waktu ni Nami dah masuk 23 bulan. Sebulan sahaja lagi sebelum pisah susu sepenuhnya.

2. Cakap dekat anak "Nanti baby masuk 2 tahun, kita pisah susu ok"Ya, setiap hari aku cakap dekat Nami benda yang sama untuk pisah susu
"Nanti Nami 2 tahun , Nami big boy sudah. No more bon-bon (BF) ok. Nami minum su-su-su (susu botol) saja tau".
Dia faham atau tidak, it is ok, hari-hari cakap dan hari-hari tunjuk susu botol dekat Nami. Ini cara aku. Mulanya memang Nami reject susu botol, dia buat-buat tidak peduli, tapi aku tetap tidak putus asa untuk bagitau Nami yang dia kena minum susu formula tidak lama lagi.
Jangan paksa anak minum susu botol, nanti dia TRAUMA. Cakap saja lemah lembut dekat anak yang kita akan berpisah susu. Jangan letih nak bagitau anak. Lama-lama dia akan faham.

3. Offer susu botol dahulu setiap kali anak nak susu badanYes, masuk umur Nami 23 bulan, setiap kali dia mahu susu, aku bancuh susu botol. Kemudian aku pass bagi Nami. Tapi as usual dia tak begitu berminat. Cuma ada masanya dia akan minum sikit, lepas tu dia cari juga yang susu original ni. 
Jangan fikir betapa membazirnya susu formula tu kena buang pasal anak tak minum. Tak. Sila jangan fikir macam tu. Ini proses 'perpisahan'. Bukan senang anak nak terima. Selama ini dia attach dekat kita, so bila nak berpisah ni, naluri anak akan rasa unhappy, risau, takut dan sebagainya.
Jangan mudah sangat mahu tawarkan susu badan. Kena jual mahal dengan anak waktu ini. Ini proses pembelajaran buat si anak untuk menerima susu botol / susu formula.

4. Kenalkan anak dengan makanan yang enak dan berkhasiat seperti buah-buahan Anak anda, jadi anda yang lebih kenal mereka. Dalam kes aku, Nami memang suka makan buah-buahan seperti tembikai, pisang, betik, durian, dan epal. Kalau sayur pula, Nami suka makan timun dan tomato.
Jadi, aku akan bagi Nami makan extra buah-buahan / sayur kesukaan dia. Setiap kali dia mahu susu badan, aku akan distract Nami dengan bawa dia makan makanan kesukaan dia. Lepas tu aku offer dia minum susu botol. Haha. 
Waktu ni Nami dah 23 bulan ++. Happy sangat Nami setiap kali dapat makan buah / sayur kesukaan dia. Dan boleh cakap setiap hari aku mesti restock timun atau betik. Dah jadi macam kudap-kudap untuk dia pula. Dan ada masanya taktik aku bagi susu botol tu menjadi selepas dia makan makanan kesukaan dia.

5. Suami main peranan bantu untuk cepat ceraikan susu badanNak anak bercerai susu dengan lebih cepat? Mintalah pertolongan daripada pasangan anda. Setiap kali masuk tidur anak mau susu badan, suruh saja suami yang susu botolkan anak. Manakala si ibu kena berada jauh tidak kelihatan oleh si anak. Dan kentalkan hati setiap kali anak meraung mahukan si ibu semata-mata mencari nen-nen (susu original).
Proses ini akan ambil masa seminggu dua. Ada ibu yang tidak sanggup mendengar tangisan si anak, jadi mungkin sahaja boleh selang selikan malam ni susu badan, malam esok bagi susu botol pula. 
Walaubagaimanapun, tidak semua ibu yang mempunyai pasangan pada ketika proses cerai susu ini dijalankan. Mungkin sahaja pasangan sibuk bekerja shift, bekerja jarak jauh, dan sebagainya. Jadi mintalah bantuan dari ahli keluarga yang lain, jika ada.
Selain itu, aku juga ada baca petua tradisional cerai susu badan. Pelbagai cara yang dikongsikan oleh para ibu , tapi aku memang tak sanggup untuk menggunakan kaedah tradisional sedemikian.
Namun, para ibu yang ingin mencuba petua ini, silakan sahaja. No harm juga mencuba petua tradisi ini kerana ramai yang berjaya dan ada yang pisah susu sangat cepat mengambil masa tiga empat hari sahaja.

Ibu jangan stress , anak jangan sedihBagi aku, proses cerai susu ni adalah sebahagian suka duka perjalanan motherhood / parenting kita. Apapun, ibu-ibu jangan sedih nak pisahkan anak dengan susu badan. 
Manakala anak-anak pun, janganlah bagi mereka sedih. Kalau anak nak juga susu badan, bertolak ansur dan bertoleransi. Kena pujuk elok-elok jiwa anak. Jangan buatkan dorang rasa kita ni dah tak sayang kat dorang pula.


Petua tradisional cerai susu - lulurkan / sapu bahan-bahan di sekitar kawasan penyusuan.

Ada yang memilih menggunakan petua tradisional untuk cerai susu badan. Dan ada yang memang berjaya guna petua tersebut. Dan petua ini mengambil masa lebih cepat untuk proses pisah susu berbanding cara yang aku guna untuk Nami.
Apapun pilihan anda, matlamat kita semua sama. Haha. Semoga ibu-ibu lain pun berjaya juga untuk melakukan proses cerai susu kelak ok.
1. Asam jawa
2. Bawang putih / bawang merah
3. Limau kasturi
4. Peria
5. Ubat gigi bayi
6. Kopi pahit
7. Akar patawali yang serius pahit 
8. Sirap pekat
9. Daun sirih


Doa cerai susu badan, dan boleh digunakan untuk tabiat buruk anak seperti suka hisap kaki / obses dengan bantal buruk dia. Doa ni kita dapat ramai yang share , hasil perkongsian daripada Ustaz Haron Din.
Doa cerai susu badan

Cara untuk doa cerai susu badan ni senang sahaja nak buat:-
1. Baca Al-Fatihah
2. Baca dia di atas
3. Hembus pada tempat berkenaan (mulut/bantal/jari) >>> sila lihat doa di atas.



Cara berkesan cerai susu badan untuk Nami Heavenlee genap pada usia 2 tahunIni cara aku cerai susu badan dengan Nami. Seperti yang aku share di atas 5 tips berguna cara cerai susu yang ibu-ibu perlu ketahui, bantuan daripada mr.Husband yang mempercepatkan proses berpisah susu dan kuranglah aksi berdrama si Nami.
Setiap malam, apabila masuk tidur, aku akan siapkan botol susu untuk Nami, dan setiap malam jugalah mr.Husband yang akan tidurkan Nami dan pujuk dia untuk minum susu. Yes memang Nami akan menangis, tapi mr.Husband awal-awal sudah bagitau aku untuk kuatkan mental terima keadaan yang kemungkinan besar Nami akan meragam cari aku untuk susu badan.
Ada masa Nami memang reject habis-habisan untuk minum susu botol. Dia nak juga mengempeng dengan mommy. Tapi lepas bon-bon seminit dua, dia pun tidur tida sedarkan diri. Bukan dia nak pun menyusu untuk kenyangkan perut dia, tapi BF ni dah jadi macam candu pula untuk dia. 
Haha, tangisan manja Nami tu memang kena abaikan saja oleh mommy pada waktu cerai susu badan. Lagi-lagi bila mr.Husband yang ambil alih tidurkan Nami, memang strict sangat. Nami nangis macam mana pun, mr.Husband akan pujuk sebaiknya untuk Nami terima sahaja susu botol tu, ekeke.
Dan sewaktu proses pisah susu ni, waktu siang memang main tarik tali dengan Nami nak bagi tak nak bagi susu badan. Susu botol sentiasa standby dekat tepi.
Sekarang Nami dah berusia 25 bulan (2 tahun 1 bulan) pada saat artikel ini ditulis, dan Nami sudahpun berpisah susu badan sepenuhnya, dan sekarang ni setiap kali Nami mahu minum susu, dia akan bagitau "mommy, su-su-su". 
Ini hanyalah sebahagian daripada perjalanan motherhood aku. Dan semoga Nami membesar dengan sihat. 


Happy Birthday Nami Heavenlee 2 TahunDan sewaktu Nami tepat berusia 2 tahun tempoh hari, sempatlah kami celebrate kecil-kecilan. Hanya kami-kami saja, tiada sebarang jemputan. Hanya makan-makan dengan anak-anak dan belikan kek untuk Nami.
Kek pun pilih yang simple sahaja. Dan kek ni Nami tak makan pun pada waktu harijadi dia. No mood. Tapi esoknya, dia melantak kek ni dengan jayanya. Haha.
Semoga perkongsian aku tentang cara cerai susu tu bermanfaat untuk semua. Cara kita mungkin berbeza, tapi matlamat kita sama. 
Gunalah mana-mana cara yang sesuai bagi korang. Dan yang penting ibu-ibu jangan stress, dan anak-anak jangan sedih. 
Happy Parenting.
cheers.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mrspip.com/2020/09/tips-pengalaman-cerai-susu-badan-wean-off.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usianya Masih 19 Tahun Janda Muda Ini Pilih Gugat Cerai Karena Gak Kuat Dengan Kelakuan Suaminya

Usianya Masih 19 Tahun Janda Muda Ini Pilih Gugat Cerai Karena Gak Kuat Dengan Kelakuan Suaminya

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 1267 hits
Ketika anak perempuan berusia 19 tahun lainnya baru menikmati momen kelulusan atau menempuh pendidikan di bangku kuliah serta bekerja maka berbeda halnya dengan Nurhalimah Di usia yang masih sangat muda yakni 19 tahun kehidupannya justru te...
Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Ibu Boleh Cuba

Cara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Ibu Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 521 hits
hai assalammualaikumCara Tingkatkan Pengeluaran Susu Badan Yang Para Ibu Boleh Cuba Teringat nad masa lahirkan anak pertama pengalaman pertama menjadi ibu gembira bila anak depan mata Masa mengandung memang niat nak susukan anak sampai 2 ta...
Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

Wilayah Persekutuan Akan Tubuh Badan Urus Air Sendiri Kata Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 660 hits
Annuar Musa berkata dengan adanya badan pengurusan air sendiri Wilayah Persekutuan boleh menguruskan konsesi air sendiri dan membeli air mentah atau memproses air PUTRAJAYA Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan bagi me...
Anak Genap 2 Tahun Haziq Kongsi Pengalaman Tujuh Lapisan Perut Kena Potong

Anak Genap 2 Tahun Haziq Kongsi Pengalaman Tujuh Lapisan Perut Kena Potong

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 282 hits
Penyampai radio Hot FM iaitu Haziq Hussni menerusi laman Instagram telah berkongsi pengalaman menemani isterinya Ayunda Putri ketika melalui proses bersalin secara pembedahan sempena anak keduanya Chyra Aulia genap usia dua tahun source
Budak 5 Tahun Jatuh Parit Ditemui Lemas

Budak 5 Tahun Jatuh Parit Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 489 hits
Mangsa dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit di Kampung Padang Temusu Sungai Petani semalam
Lima Tahun Tunggu Berharap Anak Ditemui Sekalipun J4sadnya Tak Dapat Dibawa Pvlang

Lima Tahun Tunggu Berharap Anak Ditemui Sekalipun J4sadnya Tak Dapat Dibawa Pvlang

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 420 hits
LIMA tahun mak cik menunggu kepulangan Nik Hafizi yang bekerja di Australia demi mencari rezeki Sepatutnya dia pulang ke tanah air September ini Namun kami sekeluarga dikejutkan dengan kejadian Nik Hafizi terjatuh dan dibawa arus kata Rosid...
Wan Maimunah Cari Peragut Yang Meragut Rantai Emasnya 20 Tahun Lalu

Wan Maimunah Cari Peragut Yang Meragut Rantai Emasnya 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 425 hits
Ohmedia yakin korang mesti ingat dengan iklan peragut yang meragut pelakon Wan Maimunah kan Mana tidaknya sampai sekarang gambar peragut tu masih dikongsikan dan ada juga yang masih menuntut agar peragut itu ditangkap pihak polis Haha Tapi ...
Merdeka Tahun Ini Bawa Seribu Satu Makna Amirudin Shari

Merdeka Tahun Ini Bawa Seribu Satu Makna Amirudin Shari

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 360 hits
Sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos tahun ini sangat berbeza dengan sambutan tahun tahun sebelum namun ia menjadi satu sambutan yang cukup bermakna Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyedari bahawa pelbagai dugaan dan cabaran ...
Siswa Smp Tewas Dibunuh Saat Ulang Tahun Jasad Dibuang Ke Sungai Kini Nasib Pelaku

Siswa Smp Tewas Dibunuh Saat Ulang Tahun Jasad Dibuang Ke Sungai Kini Nasib Pelaku

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 674 hits
Kasus pembunuhan bocah bernama Nick Wilson alias Dimas menemui titik terang Pelaku pembunuhan yang bernama Masri akhirnya ditangkap polisi Diketahui korban yang merupakan siswa SMP Negeri 2 Galang ditemukan tewas di aliran sungai di Desa Se...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi