Nama Shuib Dia Yang Bagi Tidak Sangka Shuib Luah Perjalanan Bersama Jep Sebak
Pasti ramai yang mengenali dengan kumpulan Sepahtu, antara Shuib dan Jep yang mana sudah cukup terkenal dalam industri tanah air dengan lawak-lawak yang buat ramai tak kering gusi.
Namun, siapa sangka disebalik kejayaan dua pelawak ini sebenarnya ada kisah sedih yang dikongsi oleh Shuib menerusi laman Instagram miliknya yang menjadi tumpuan peminat mereka malah membuat ramai sebak membacanya.
Kenal hampir belasan tahun, dari kami hanya punya cita-cita untuk semua yang ada sekarang, cita-cita nak jadi artis tersohor kononnya.. Semuanya terjadi dalam sekelip mata.. semuanya dengan izin Allah.. Dari kenal masa Audition di Hotel Selesa Johor Bharu, nama Shuib dia yang bagi dan lekat sampai sekarang.. Dia kata nama tu sesuai untuk aku..
Lalu susah sama2, kerja tempat yang sama, pagi2 jaga conveyor beg seawal 5.30 pagi, tengok cabin crew tarik beg naik kapal.. putih mata sebab hanya mampu cakap “hi”..
Dalam pada itu, Shuib berkata bahawa semua tidak percaya dan tidak pernah percaya bahawa mereka berdua akan pergi ke Kuala Lumpur malah siapa sangka mereka kini sudah menetap di KL.
Masih pegang cita2 dan impian yang sama, panjat audition sana sini lebih dari lima!!! Semua tak percaya dan tak pernah percaya yang dua budak ni akan pergi KL dan menetap di KL… Rezeki tak salah alamat, dia sampai mesti sampai..
2009 naik KL dan semuanya bermula dan dipendekkan cerita sekarang dua2 dah kahwin, aku anak 3 dia dah kahwin dan ada anak jugak… Terlalu banyak perkara yang dikongsi bersama.. Dan yang paling MAHAL adalah persahabatan yang semakin matang dari banyak sudut!!!
Shuib juga bersyukur kerana dipertemukan dengan rakannya iaitu Jep, tambahnya dia jarang untuk menulis panjang-panjang namun baginya, ada ‘sesuatu’ menerusi foto yang dikongsi yang kini telah meraih hampir 30 ribu likes itu.
Terima kasih Allah pertemukan dengan insan hebat ini @jepsepahtu.. jarang nak menulis panjang2 sebenarnya, tapi gambar ini seakan ‘sesuatu’.. Sesuatu yang pastinya adalah hukum alam. Pasti dan pasti tapi tak tau siapa.. Tapi yang pasti dan pasti..
Siapa pun antara kita pergi dahulu, kenangan kita, susah senang, gelak tawa, bertekak bergaduh, jatuh bangun adalah kenangan terindah sepanjang perkenalan indah ini.
Komen netizen
Apa pon mereka sentuasa humble dan muhasabah diri.. Cume kekadang tu lawak ada sikit terkeluar dt landasan tapi mereka tetap mohon maaf di hujung rancangan.. Dorg ni sentiasa ingat asal usul tu sbb x nmpk riak dan takabur.. Alhamdulillah..
Dari Kumpulan Sepah De Hawau jadi Kumpulan Sepah lepas tu jadi Kumpulan Sepahtu, Aku memandang ajer dari jauh kejayaan demi kejayaan SEPAHTU. Tahniah
Org tu nak fefeling dgn @jepsepahtu ngkorang sibuk petik nama si mamat. Klu si @shuibsepahtu ni nak cerita psl SEPAH dia karang lah nt psl si mamat tu sekali .. Alaahh aiii bebaik aku rasa nk feeling sedih jgk, terbaca komen netizen ni trs mcm meluat pulak ! Xpaham sinopsis ringkas ekk diaorg ni !! Pergi sekolah balik laah woiii !! Hangen pulak aku
Jangan buat saya nangis bang ebb!!
sepahtu la team paling favo! And kalau ada pelawak yang buat lawak and campur kisah² sedih “sepahtu” mampu buat saya sedih and terasa
dua insan yang dah legend bagi saya.
salah sorang takada serious sepahtu hilang taringnya, serasi kamu berdua tuhan saja tahu bang ebb and bang jep, korang mmg awesome
saya doakan kamu berdua sihat selalu in sya Allah terus jadi manusia berguna, pengalaman lawak² kamu akan terus saya simpan and kenang sampai bila2
In sya Allah mungkin satu hari nanti mana tahu giliran saya pulak ke?
sebab kamu berdua la, cita cita saya jadi semakin kuat hari ke hari, keinginan bertambah, niat menghiburkan tu jujur and ikhlas
moga berjaya bang @shuibsepahtu and bang @jepsepahtu rindu nak tengok kamu berdua dpn mata lagi
moga berjumpa lagi idola ku
The post “Nama ‘Shuib’ Dia Yang Bagi..”- Tidak Sangka, Shuib Luah ‘Perjalanan’ Bersama Jep, Sebak appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2019/03/12/nama-shuib-dia-yang-bagi-tidak-sangka-shuib-luah-perjalanan-bersama-jep-sebak/