Senarai Calon Pru 15


FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON PRU 15
Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.Syarat Kelayakan Menjadi CalonPilihan Raya Dewan RakyatSeorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.Berumur tidak kurang daripada lapan belas  (18) tahun pada hari penamaan calon.Pilihan Raya Dewan Undangan NegeriSeorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) atau lapan belas (18)  tahun berdasarkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan/Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan negeri masing-masing pada hari penamaan calon.Hilang Kelayakan Menjadi CalonDidapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;Seseorang bankrap yang belum lepas;Seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”;Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana-mana negara asing.Deposit
Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti berikut:
Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:Tempat mengundi/mengira undi.Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.Pusat Penjumlahan Rasmi Undi. Senarai Parti Politik Berdaftar Setakat 25 Oktober 2022 Berikut adalah nama parti yang akan diwakili oleh calon PRU 15 tahun 2022 ini.
LAMBANGNAMA PARTIBARISAN NASIONAL OF MALAYSIA (BN)PARTI PESAKA BUMIPUTRA BERSATU SARAWAK (PBB)PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR)PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)PARTI RAKYAT MALAYSIA (PRM)PERTUBUHAN KINABALU PROGRESIF BERSATU (UNITED PROGRESSIVE KINABALU ORGANISATION) (UPKO)DEMOCRATIC ACTION PARTY, MALAYSIA (DAP)PARTI LIBERAL DEMOKRATIK (THE LIBERAL DEMOCRATIC PARTY) (LDP)PARTI BERSATU SASA MALAYSIA (MALAYSIA UNITED PEOPLE’S PARTY) (BERSAMA)PARTI MAJU SABAH (PMS) (SABAH PROGRESSIVE PARTY (SAPP)PARTI ASPIRASI RAKYAT SARAWAK (SARAWAK PEOPLE’S ASPIRATION SARAWAK) (ASPIRASI)KONGRES INDIAN MUSLIM MALAYSIA (KIMMA)PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA (MALAYSIAN PEOPLE`S MOVEMENT PARTY) (GERAKAN)BARISAN KEMAJUAN INDIA SE-MALAYSIA (ALL MALAYSIAN INDIAN PROGRESSIVE FRONT) (AMIPF)PARTI PUNJABI MALAYSIA (MALAYSIAN PUNJABI PARTY) (PPM)PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION) (UMNO)PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)PARTI RAKYAT BERSATU SARAWAK (SARAWAK UNITED PEOPLES’ PARTY) (SUPP)PARTI DEMOKRATIK PROGRESIF SARAWAK (SARAWAK PROGRESSIVE DEMOCRATIC PARTY) (PDP)THE MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)PARTI BERSATU RAKYAT SABAH (PBRS)BARISAN JAMAAH ISLAMIAH SE MALAYSIA (BERJASA)MALAYSIAN CHINESE ASSOCIATION (MCA)MALAYSIAN CEYLONESE CONGRESS (MCC)PARTI MAKKAL SAKTI MALAYSIA (MALAYSIA MAKKAL SAKTI PARTY) (M.M.S.P.)PARTI SOSIALIS MALAYSIA (BARU) (SOCIALIST PARTY OF MALAYSIA) (SPM) (PSM)PARTI RAKYAT SARAWAK (PRS)PARTI CINTA MALAYSIA (PCM)PARTI PERPADUAN RAKYAT SABAH (PPRS)PERTUBUHAN KEBANGSAAN SABAH BERSATU (UNITED SABAH NATIONAL ORGANISATION) (USNO)PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI (ANAK NEGERI)PEOPLE’S ALLIANCE FOR JUSTICE OF PEACE (PEACE PARTY –SARAWAK)PARTI TENAGA RAKYAT SARAWAK (TERAS)PARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS)PARTI SEJAHTERA ANGKATAN PERPADUAN SABAH (SAPU)PARTI SARAWAK BERSATU (PSB)PARTI ALTERNATIF RAKYAT (PEOPLE’S ALTERNATIVE PARTY) (PAP)PARTI CINTA SABAH (PCS)PARTI WARISAN SABAH (WARISAN)PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (BERSATU)PARTI SOLIDARITI TANAH AIRKU (STARSABAH)PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH (HARAPAN RAKYAT)PARTY BUMI KENYALANG (PBK)PARTI IKATAN BANGSA MALAYSIA (IKATAN)PARTI BERSAMA MALAYSIA (MALAYSIAN UNITED PARTY) PBM (MU)PERTUBUHAN PERPADUAN RAKYAT KEBANGSAAN SABAH (PERPADUAN)PENANG FRONT PARTY (PFP)PARTI DAMAI SABAH (SABAH PEACE PARTY) (SPP)PARTI BERSATU SABAH (SABAH UNITED PARTY) (PBS)PAKATAN HARAPAN (PH)GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS)PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA)PARTI SEDAR RAKYAT SARAWAK (SEDAR)PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PARTI GAGASAN)PERIKATAN NASIONAL (PN)PARTI KEMAJUAN MALAYSIA (MALAYSIAN ADVANCEMENT PARTY) (MAP)PARTI PEJUANG TANAHAIR (PEJUANG)PARTI PERIKATAN INDIA MUSLIM NASIONAL (IMAN)PARTI BANSA DAYAK SARAWAK (PBDS)PARTI BANGSA MALAYSIA (PBM)IKATAN DEMOKRATIK MALAYSIA (MALAYSIAN UNITED DEMOCRATIC ALLIANCE) (MUDA)PARTI GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)PARTI KESEJAHTERAAN DEMOKRATIK MASYARAKAT (KDM) Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
SIMBOL-PARTI-YANG-BERDAFTAR-DENGAN-SPR-SEHINGGA-25-OKTOBER-2022Download Tarikh Penamaan Calon Hari penamaan calon PRU-15 ditetapkan pada 5 November 2022.
Apa Yang Berlaku Pada Hari Penamaan Calon? Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiganya sekali.
Selain dari penyerahan borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses penamaan calon.
Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa bertanding.
Pusat Penamaan Calon PRU 15 Berikut merupakan lokasi pusat penamaan calon dan waktu penamaan calon yang menjadi kebiasaan dilakukan.
Pejabat-pejabat DaerahMajlis PerbandaranMajlis DaerahDewan Orang RamaiBangunan-bangunan sekolah
atau tempat-tempat tertentu yang difikirkan sesuai oleh SPR. Penyerahan Kertas Penamaan Calon dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Senarai Calon Yang Bertanding Dalam PRU 15 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan 7 calon baharu daripada pelbagai bidang disiplin dan pengalaman untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara calon tersebut ialah :
Ilmuwan agama, Nik Omar Nik Abdul Aziz; Bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha; dan Bekas Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Zainal Azman Abu Seman. Selain itu katanya, turut dicalonkan :
Bekas Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan; Pensyarah Kanan di Jabatan Parasitologi di Universiti Malaya (UM), Dr Nur Aisyah Abdul Aziz; Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Saipolyazan Yusop dan Siswazah dari UM, Fathin Amelina Fazlie Untuk rekod, Zainal Azman dan Nik Omar akan bertanding di Perak, Hassan Basri Awang (Pahang), Saipolyazan (Selangor) Jufitri (Negeri Sembilan) dan Fathin Amelina (Perlis).
“PKR dan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan beberapa tokoh istimewa yang mempunyai kemahiran dan keterampilan tertentu untuk kita persembahkan kepada rakyat dan menunjukkan seriusnya kita untuk menampilkan tokoh-tokoh yang berwibawa.”
Senarai penuh yang mewakili PKR akan diumumkan Jumaat ini, 28 Oktober 2022.
Sumber: Sinar Harian
DAP (Democratic Action Party Malaysia) Penyandang kerusi Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berpindah kawasan dengan diletakkan bertanding di kawasan Damansara menggantikan Tony Pua pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Tony yang juga Ahli Jawatankuasa Disiplin DAP tidak bertanding dalam pilihan raya umum itu pada 19 November ini.
Penyandang kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin bertanding di Puchong manakala DAP menampilkan calon Melayu iaitu Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusatnya (CEC), Syahredzan Johan di Parlimen Bangi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau pula dipertaruh parti tersebut di kerusi Parlimen Klang.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Sumber: Utusan
BN (Barisan Nasional) Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan turut menjalani saringan status mereka dengan pejabat agama.
Semakan dengan pejabat agama adalah sebagai tambahan kepada saringan yang ditetapkan sebelum ini dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi Malaysia.
Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu kali pertama diperkenalkan dalam PRU kali ini kerana parti tidak mahu sebarang isu berbangkit membabitkan calon berkaitan dengan pejabat agama.
“Kalau dulu kita tidak ‘check’ perkara ini, …kali ini kita akan periksa. Ini kita akan periksa status jika ada yang berkahwin di Siam atau ada kes tuntutan nafkah yang sudah ada keputusan di Mahkamah Syariah,” katanya dalam sidang media selepas Taklimat Khas PRU15 dan Monsun Timur Laut di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman, hari ini.
Sementara itu, MIC sudah memuktamadkan calon yang bertanding mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Tan Sri S A Vickneswaran.
Menurut Presiden MIC itu, calon-calon yang dikemukakan ini adalah individu yang telah bekerja dan menyelaras kawasan berkenaan.
Malah katanya, kesemua calon melalui tapisan ketat bagi memastikan hanya mereka yang mampu menang diketengahkan bagi mewakili parti.
“Senarai nama calon akan diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Calon-calon yang kita kemukakan ini adalah individu yang telah bekerja dan menyelaras kawasan berkenaan.
Sumber: Utusan
PAS (Parti Islam Se-Malaysia) PAS telah memuktamadkan senarai calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Kesemua telah lengkap dan akan diumumkan tidak lama lagi, demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.
“PAS sudah bermesyuarat dan memuktamadkan senarai calon. Semua sudah lengkap. Tunggu hari kejadian,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai tersebut.
Media sebelum ini melaporkan Pas mengumumkan akan bertanding lebih 60 kerusi Parlimen menggunakan lambang parti itu untuk tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU-15.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, jumlah kerusi yang ditandingi PAS itu diputuskan jawatankuasa perundingan kerusi Perikatan Nasional (PN) dan pembahagian kerusi belum dimuktamadkan kerana masih dalam proses rundingan.
Sementara itu, Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) masih lagi berteka-teki sama ada akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang di Perak, dan nama beliau disebut-disebut akan bertanding kerusi itu pada PRU-15.
Sumber: IsmaWeb
PN (Perikatan Nasional) Sebelum ini tular, poster yang menunjukkan lapan individu yang akan dicalon di peringkat Parlimen bagi Perikatan Nasional (PN) di Terengganu yang terdiri enam pemimpin utama PAS termasuk Ahmad Samsuri.
Manakala lima lagi adalah Khalil Abdul Hadi (Marang), Datuk Fariz Mustafa Ali (Dungun), Hanafiah Mat (Kemaman), Datuk Ahmad Amzad Hashim (Kuala Terengganu) dan Zabidi Yusof di Besut.
Selain itu, dua lagi calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Rosol Wahid di Hulu Terengganu dan Datuk Razali Idris di Setiu.
Ahmad Samsuri dalam pada itu menjelaskan agihan kerusi dalam PN akan dimuktamadkan hari ini.
“Kita menyelesaikan masalah kerusi dahulu. Sebagaimana saya sebut, ada beberapa kerusi yang belum diselesaikan dan Insya-Allah, petang ini akan ada perundingan terakhir berkenaan dengan kerusi.
“Saya rasa hanya tinggal kurang daripada lima kerusi yang perlu dirundingkan membabitkan kerusi di Pantai Barat termasuk Perak.
“Selepas itu, Majlis Tertinggi Presiden akan berbincang pada petang ini untuk meluluskan apa yang dipersetujui ketiga-tiga parti,” katanya.
Katanya, semua senarai calon yang akan bertanding mewakili PN akan diumumkan Ahad ini.
Malah setiap negeri diminta untuk mengadakan pengumuman pada 30 Oktober ini tetapi di Terengganu, ia akan diumumkan pada 3 November depan.
Calon GRS Senarai akhir calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hampir siap dan akan diumumkan sebelum Hari Penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, calon-calon GRS sudah disenarai pendek dan hampir sampai ke peringkat akhir saringan.
“Kita sudah seakan-akan sampai ke senarai akhir kita untuk mengetengahkan calon-calon yang boleh menang dan diterima rakyat.
“Kita sudah buat persefahaman bahawa kita tidak akan bertanding antara satu sama lain. Persefahaman kita iaitu calon GRS bertanding, Barisan Nasional kena sokong dan dimana calon Barisan Nasional bertanding, GRS akan sokong, itu prinsip kerjasama.
“Jadi kita mesti ada satu jajaran atau konsep politik kerana di Sabah ini sudah lama bergaduh-gaduh maka, saya harap tidak perlu lagi berlawan-lawan. GRS dan Barisan Nasional berada dalam satu blok kerajaan.
“Janganlah pasang calon macam-macam kerana dalam pilihan raya ini musuh utama kita ialah pembangkang iaitu Parti Warisan (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Dalam pada itu, Hajiji berkata, kerjasama antara GRS dan Barisan Nasional yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu terus dihormati.
Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan agihan kerusi antara Barisan Nasional dan GRS adalah 50-50 dan pengumuman calon itu akan dibuat serentak. –UTUSAN
*Artikel akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehingga senarai calon diumumkan secara rasmi pada Hari Penamaan Calon, iaitu pada 5 November 2022


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/calon-pru-15/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=calon-pru-15

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon Pru 15 Untuk Di Pertimbangkan

Pas Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon Pru 15 Untuk Di Pertimbangkan

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 171 hits
KUANTAN PAS Pahang sudah menyerah senarai nama calon yang bakal berentap pada Pilihan Raya Umum ke 15 untuk dipertimbangkan PAS di peringkat pusat pada Selasa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Andansura Rabu berkata senarai calon yang dikemuk...
Pru 15 Pas Pahang Letak Calon Pilihan Kawasan Saja Ikut Kriteria Di Kehendaki

Pru 15 Pas Pahang Letak Calon Pilihan Kawasan Saja Ikut Kriteria Di Kehendaki

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 190 hits
KUANTAN PAS akan meletakkan calon pilihan kawasannya saja di Pahang kata Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar Alhamdulillah kita di Pahang telah selesai meletakkan calon calon di semua DUN PAS bertanding Calon calon yang kita pilih pert...
Senarai Calon Pru15 Amanah Perak

Senarai Calon Pru15 Amanah Perak

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 137 hits
Mujahid kekal pertahan kerusi Ketua WARDA antara muka baharu dipertandingkan di Parlimen ParitSITI NUR ZAWANI MISCONParti Amanah Negara Perak selesai mengumumkan muka baharu dan senarai calon di semua 20 kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewa...
Pru 15 Barisan Nasional Pahang Pilih Calon Rekod Bersih Bebas Rasuah

Pru 15 Barisan Nasional Pahang Pilih Calon Rekod Bersih Bebas Rasuah

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 130 hits
KUANTAN Barisan Nasional Pahang akan memastikan calonnya yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 15 mempunyai rekod yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tapisan calon aka...
Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

Pru 15 Di Gugurkan Sebagai Calon Bn Ismail Muttalib Di Risik Oleh Parti Lain

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 202 hits
MARAN Selepas dikatakan tidak dicalonkan oleh Barisan Nasional di Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang dilihat sebagai calon boleh menang kini dirisik oleh parti pembangkang Difahamkan sebuah parti Melayu telah menawarkan Isma...
Anak Najib Antara 42 Orang Calon Dun Barisan Nasional Pahang Pru 15

Anak Najib Antara 42 Orang Calon Dun Barisan Nasional Pahang Pru 15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 198 hits
KUANTAN Anak sulung bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara 42 calon BN Pahang yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Dat...
Pru 15 Zahid Beri Bayangan Pemimpin Tak Sehaluan Bakal Tak Jadi Calon

Pru 15 Zahid Beri Bayangan Pemimpin Tak Sehaluan Bakal Tak Jadi Calon

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 151 hits
agendaily com28 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bayangan sudah diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkemungkinan beberapa nama besar pemimpin yang tidak sehaluan dengan pendirian bakal tidak tercalon pa...
Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

Gta Senarai Hamid Bador Calon Di Parlimen Rembau

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 176 hits
Bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dicalonkan mewakili GTA menerusi Pejuang bagi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Gerakan Tanah Air Negeri Sembilan mengesahkan bekas ketua polis negara Abdul Hamid Bador dis...
Pru 15 Amanah Akan Letak Calon Di 16 Kerusi Dun Empat Parlimen Di Pahang

Pru 15 Amanah Akan Letak Calon Di 16 Kerusi Dun Empat Parlimen Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 142 hits
KUANTAN Parti Amanah Negara Pahang mengesahkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke 15 Selain mempertahankan Parlimen Temerloh yang disandang bekas Setiausaha A...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Wan Ji Najib Dapat Layanan Sangat Istimewa Di Penjara

Asan Lembu The Movie

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Doa Doa Dalam Bulan Ramadan Yang Boleh Kita Amalkan

Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air