Nama Kelahiran Dilarang Jpn




Nama Kelahiran Dilarang JPN ~ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan garis panduan yang menetapkan 16 senarai kumpulan nama disifatkan ‘nama pelik’ yang tidak boleh didaftar kerana tidak sesuai digunakan sama ada dari sebutan atau makna




Peraturan Pendaftaran Nama oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Nama pelikJ ~ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan garis panduan yang menetapkan 16 senarai kumpulan nama disifatkan ‘nama pelik’ yang tidak boleh didaftar kerana tidak sesuai digunakan sama ada dari sebutan atau makna
Tindakan ini dibuat bagi mengelak ‘nama pelik’ berulang sebagaimana yang berlaku pada masa lalu. Antara nama pelik yang masih digunakan oleh individu tertentu hingga hari ini ialah Pungut, Abd Patah, Mohd Hitler, Kopek, Punat, Bongek, Tumpang, Rentimun, Awan, Samudra dan banyak lagi yang masih ada dalam simpanan JPN

Ketua Pengarah JPN, Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad berkata, sembilan daripada jumlah berkenaan adalah tertakluk di bawah Garis Panduan Nama Yang Tidak Sesuai 1988, manakala bakinya termasuk dalam senarai nama ditegah atau dilarang mengikut buku panduan JPN yang diguna pakai di seluruh negara

Antara senarai nama ditegah atau dilarang adalah kumpulan nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan seperti Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Sri, Datuk Patinggi, Datuk Wira, Datuk Bentara Dalam atau Datuk Bentara Luar

Ini diikuti nama pangkat atau jawatan contohnya haji, imam, nabi, mufti, ketua menteri, gabenor, sarjan, laksamana, hakim atau permaisuri

“Nama gelaran keturunan seperti Tunku, Tengku, Raja, Syed dan Syarifah tidak boleh digunakan orang lain iaitu bukan daripada empat keturunan ini kecuali mereka yang lahir dalam keluarga berkenaan saja

“Nama profesional dan kepahlawanan sama ada doktor (Dr), jurutera (Ir), Mahaguru, Pendekar atau Satria; tidak kira setinggi mana pun kelayakan mereka tidak dibenarkan sama sekali selain nama yang berbunyi lucah dan buruk,” katanya
Larangan lain di bawah kategori nama tidak sesuai termasuklah nama binatang, serangga, tumbuh-tumbuhan, makanan, lucu, kejadian alam, alat perkakas, warna, nama daripada huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya, pakaian dan perkataan Arab, Cina dan India yang tidak elok maknanya

Kata Wan Ibrahim, JPN juga pernah menerima permohonan menamakan anak dengan nama dewa tetapi terpaksa ditolak kerana ia jelas tidak sesuai

“Mereka yang berkeras hendak menggunakan nama yang tersenarai dalam kumpulan tidak sesuai boleh membuat permohonan tetapi perlu memberi penjelasan munasabah dan kukuh kepada JPN. Bagaimana pun keputusan menerima atau menolak tertakluk kepada budi bicara pendaftar besar (ketua pengarah)

“Semua bangsa perlu berhati-hati ketika memilih nama anak kerana ada perkataan dalam bahasa kita sedap bunyinya tetapi mempunyai makna yang tidak elok dalam bahasa lain,” katanya

Antara perkataan Arab yang mempunyai maksud tidak elok termasuklah Narul yang bererti neraka, Zaniah (penzina wanita), Zani (penzina lelaki), Khinzir (*sensored*), Zakar dan Woti (persetubuhan)

Garis panduan itu turut dilengkapi nama yang tidak dibenarkan bagi masyarakat Cina dan India hasil kerjasama dan rujukan daripada Persatuan Mubaligh Buddha Malaysia, Persatuan Hindu Sangam dan Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaya

Contoh nama Cina yang tidak dibenarkan ialah Ah Chwar yang bermaksud ular dalam dialek Hokkien atau Ah Kwai (hantu) dalam dialek Kantonis. Manakala bagi nama India yang dilarang termasuklah Ammakannu, Andyapan dan Karupusamy yang semua membawa makna tidak elok
Justeru, Wan Ibrahim menasihatkan supaya ibu bapa membuat ‘sedikit kerja rumah’ menyemak makna nama yang hendak diberikan kepada anak supaya tidak timbul masalah aib atau perlu menukar nama apabila dewasa

NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANGNama gelaran yang dianugerahkan kerajaan
Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar

Nama pangkat atau jawatan
Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah

Gelaran keturunan
Syarifah, Syed, Tunku, Tengku, Raja
Nama-nama profesional
Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat
Nama-nama kepahlawanan
Mahaguru, Pahlawan, Pendikar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria
Nama lucah atau yang lucah bunyinya
N*n*k, B*nt*t, Bola Besar, Kot*, F*r*j, Shahwat, Zina, K*pek, Pun**k, Pun*t, Khalwat, Z*k*r, K*l*p, Coli, Liwat
Nama-nama buruk
Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting

NAMA YANG TIDAK SESUAI
Nama binatang atau serangga*sensored*, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular
Nama buah-buahan, sayur-sayuran, tumbuhan, makananCiku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun

Nama-nama lucuKecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot
Nama-nama kejadian alamGunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa
Nama-nama alat perkakasSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok
Nama-nama warnaHitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning
Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanyaD, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zero-zero Seven
Nama perhiasan atau pakaianCincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut
Perkataan Arab yang maknanya tidak elokNarul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (*sensored*), Zakar (kemaluan lelaki), F*r*j (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan)


Hak tukar nama anak
Datuk Tigabelas, Pungut, Buang, Tumpang, Bulat, Itam, Puteh, Khamis atau Jumaat adalah antara contoh ‘nama pelik’ yang tidak asing di kalangan masyarakat dahulu
Walaupun kedengaran agak lucu dan sedikit memalukan tetapi bagi masyarakat dahulu, ia perkara biasa

Jarang sekali orang dahulu teliti memilih nama anak, yang penting setiap anak perlu ada nama. Sebaik anak lahir, lazimnya apa yang terlintas dalam kepala itulah yang disebut kepada pendaftar kelahiran hingga timbulnya pelbagai ‘nama pelik’

Salah faham, sikap tidak acuh dan menyerahkan sepenuhnya ejaan nama anak kepada budi bicara pendaftar akibat buta huruf, adalah antara punca utama nama yang kadangkala boleh memalukan pemiliknya apabila meningkat dewasa
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad berkata, fenomena itu timbul daripada sistem pendaftaran secara lisan dan hanya berdasarkan kepada ‘apa yang disebut’ bapa kepada pendaftar

Malah ejaan nama juga kebanyakannya diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pendaftar ketika itu (lazimnya pendaftaran dibuat di balai polis berdekatan) kerana ramai ibu bapa ketika itu buta huruf

“Sebutan nama anak yang kurang jelas boleh menimbulkan salah faham pendaftar. Contohnya ada yang mahu memberikan nama anaknya ‘Ahmad’ tetapi ketika di hadapan pendaftar dia menyebut ‘Ahmad Kamal saja’ dan ini menyebabkan nama anaknya ditulis sebagai ‘Ahmad Kamal Saja’

“Sama juga halnya dengan nama Yaakob yang dieja sebagai Yaacob atau Mohamad ditulis Mohd. Jika mengikut ejaan rumi, Mohd berbunyi mo-hed; yang tidak ada makna langsung

“Ramai orang keliru mengenai nama Mohd. JPN kini menetapkan ejaan Mohd tidak boleh digunakan sebagai nama pemberian kepada anak. Ia hanya dibenarkan sekiranya mempunyai sejarah nama keluarga yang bermula dengan M-o-h-d contohnya Mohd Ridzuwan bin Mohd Ismail. Jika Mohd itu perkataan tunggal untuk nama anak, ia tidak dibenarkan sebaliknya perlu dieja sebagai Mohamad
“Bagaimanapun, masalah nama kini jarang berlaku kerana JPN sudah mengubah sistem pendaftaran daripada secara lisan kepada bertulis. Lagi pula, ibu bapa kini sudah sedar musibah ‘nama pelik’, malah kebanyakannya berpelajaran dan amat teliti ketika memilih nama anak,” katanya

Menurutnya, pemilihan nama yang baik kini lebih mudah dibuat kerana ada banyak sumber untuk dirujuk sama ada daripada penerbitan buku senarai nama berasaskan perkataan Arab mahupun kepada pegawai agama

Ibu bapa disaran memilih nama yang elok, mudah dipanggil, tidak terlalu panjang atau menyentuh sensitiviti dan hak sesetengah pihak

Contohnya gelaran keturunan seperti Raja, Tunku, Tengku, Syed dan Syarifah tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya dan ia hanya dibenarkan kepada mereka yang lahir dalam keturunan berkenaan sahaja

Had nama“JPN hanya membenarkan nama yang panjangnya sehingga 94 aksara sahaja. Ini termasuklah nama bapa, perkataan bin, binti, a/l, a/p atau anak, koma, sengkang atau sebarang tanda bacaan lain dan paling penting; pastikan ejaan nama anak ditulis dengan betul,” katanya

Ini kerana mengikut Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957, sijil kelahiran seseorang itu cuma boleh diubah jika berlaku kesilapan perkeranian, seperti ejaan nama salah dan kesalahan fakta seperti kekeliruan jantina. Contohnya, jantina bayi perempuan dicatat sebagai bayi lelaki

Pun begitu, undang-undang pendaftaran nama anak tidaklah bersifat kejam. Sebenarnya ramai tidak sedar mereka berhak dan dibenarkan mengubah atau menukar nama anak keseluruhannya dalam tempoh setahun selepas kelahiran
Pendaftaran nama anak perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari dan akan dikenakan denda RM5 bagi pendaftaran lewat iaitu antara 15 hingga 42 hari selepas kelahiran dan denda maksimum bagi pendaftaran pada hari ke 43 dan seterusnya

“Tempoh setahun ini dirasakan cukup lama untuk ibu bapa memikirkan nama yang sesuai bagi anak mereka. Ada juga kes di mana ketika pendaftaran, ibu bapa tidak dapat mencari nama yang bertuah mengikut feng shui seperti diamalkan masyarakat Cina, mereka boleh daftarkan nama sementara

“Harus diingat, pertukaran nama ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh setahun saja. Selepas setahun nama yang tercatat pada sijil kelahiran tidak boleh diubah sampai bila-bila kerana sudah dimasukkan ke dalam fail data kekal di JPN,” katanya
Namun bagi kes istimewa seperti bayi yang tidak mempunyai nama yang lazimnya berlaku ke atas anak tidak sah taraf, pertukaran nama boleh dilakukan pada bila-bila masa saja

Kata Wan Ibrahim, JPN turut menerima kes anak tidak sah taraf yang tidak diberikan nama ketika didaftarkan dan ruangan nama bayi pada sijil kelahiran ditulis ‘Tiada Nama’

“Saya menyeru mana-mana pihak yang menghadapi masalah begini, berhubunglah dengan pegawai di ibu pejabat JPN. Jangan tangguhkan pendaftaran anak atau menyerahkannya kepada orang tengah kerana ia boleh mendatangkan banyak masalah. JPN menyediakan pegawai dan bilik khas untuk golongan ini menyelesaikan masalah mereka

“Penukaran nama anak tanpa nama di bawah umur 21 tahun perlu dilakukan ibu, bapa atau penjaga dan permohonan ini boleh dilakukan individu berkenaan sendiri selepas melepasi 21 tahun,” katanya

Bagi mereka yang mempunyai nama tidak elok atau memalukan juga dibenarkan membuat pindaan atau pertukaran nama ketika memohon kad pengenalan kedua dengan syarat membawa surat sokongan seperti dari Jabatan Agama atau ahli bahasa dan perlu membuat akuan bersumpah di Pesuruhjaya Sumpah ketika permohonan

Paling popularPenukaran nama kerana bertukar agama contohnya daripada Islam kepada agama lain juga dibenarkan dengan syarat individu berkenaan membawa surat pengesahan daripada Jabatan Agama Islam atau mahkamah syariah

Peraturan sama digunakan dalam isu menggugur atau meletakkan bin pada kad pengenalan. Orang ramai boleh memilih untuk mengekalkan perkataan bin pada Mykad atau digugurkan terus daripada nama mereka. Bagaimanapun nama ini hanya ditukar pada kad pengenalan saja dan nama asal yang tercatat dalam sijil kelahiran tetap kekal

Wan Ibrahim mengingatkan bagi mereka yang menukar nama supaya berhati-hati dan mengambil kira semua aspek supaya pertukaran atau perubahan nama itu tidak akan mendatangkan masalah dalam urusan rasmi dan dokumentasi lain terutama apabila mem*sensored*tkan hak seperti harta, pembahagian tanah dan tuntutan insurans

Katanya, sukar untuk memberikan nama paling popular di kalangan masyarakat Melayu kerana ia berubah mengikut musim seperti awalan nama Nurul dan Iman yang diklasifikasi sebagai nama moden

Beliau menambah, tidak salah jika ada pihak yang mahu mengekalkan nama klasik Melayu atau nama keluarga yang unik kerana ia bukan saja boleh membentuk salasilah menarik bahkan mampu mendidik ahli keluarga berkenaan supaya sentiasa menjaga nama baik seluruh keturunan mereka



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sembangpacak.blogspot.com/2018/10/nama-kelahiran-dilarang-jpn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

Ketahui Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 694 hits
Ketahui Personaliti Anda Mengikut Bulan Kelahiran Walaupun kita dah tahu perangai sikap sifat dan ragam kita sendiri macam mana tapi kadang kadang tu nak tahu juga kajian orang lain mengenai personaliti mengikut bulan kelahiran kita kan Bet...
Buat Sticker Nama Untuk Anak Anak

Buat Sticker Nama Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 752 hits
hi there hari tu la lil Iman n lil Amin gaduh gaduh rebut pensil masing masing claim kononnya pensil tu hak milik dorang aiyo pensil pun mau gaduh bila hilangkan pensil tau takut ndak mau ngaku pensil hilang lepas tu rebut pensil yang soran...
Inikah Nama Xiaomi Black Shark Generasi Kedua

Inikah Nama Xiaomi Black Shark Generasi Kedua

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 306 hits
Dari rumor yang beredar sebelumnya smartphone tersebut akan diberi nama Black Shark 2 Namun informasi terbaru menyebut bahwa Xiaomi tidak akan menggunakan nama itu untuk smartphone anyar ini
Tip Mudah Sediakan Anak Terima Kelahiran Adik

Tip Mudah Sediakan Anak Terima Kelahiran Adik

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 408 hits
Menyampaikan berita tentang kelahiran ahli keluarga baru kepada anak sulung yang masih kecil mungkin bukan perkara yang mudah Ini kerana ada di antara mereka yang takut dengan kehadiran adik baru ini akan membuatkan kasih sayang dan perhati...
Warga Boyolali Dulu Sering Mengaku Dari Solo Kini Bangga Dengan Tanah Kelahiran

Warga Boyolali Dulu Sering Mengaku Dari Solo Kini Bangga Dengan Tanah Kelahiran

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 246 hits
Warga Boyolali dulu sering mengaku dari Solo kini bangga dengan tanah kelahiran Pada era awal reformasi 1998 hingga 2000 kata Seno Kusumoharjo warga Boyolali yang ada di Jakarta masih malu malu menyebut berasal dari daerah ini Mereka jika d...
Cara Mempercepatkan Kelahiran Tanpa Perlu Induce

Cara Mempercepatkan Kelahiran Tanpa Perlu Induce

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 586 hits
Ramai geng geng kak yone yang tengah menanti hari nak bersalin Termasuklah kak yone Kak yone ingatkan kali ni baby akan keluar awal Rupa rupanya nak hujung hujung juga Disebabkan kak yone tak bersalin lagi maka kak yone tak tahu la kali ni ...
Black Hanifah Sambut Kelahiran Anak Kedua Dayyan Excited Jadi Abang

Black Hanifah Sambut Kelahiran Anak Kedua Dayyan Excited Jadi Abang

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 487 hits
Penyanyi Black Hanifah menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira selamat bersalin semalam Cira telah selamat melahirkan anak kedua mereka pada Khamis 25 10 2018 1 56 pagi Khabar gembira itu dikongsika...
Mak Punya Susu Bapak Yang Dapat Nama

Mak Punya Susu Bapak Yang Dapat Nama

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 500 hits
Lima tahun bergelar ibu tunggal bagaimanapun pelakon Rita Rudaini akui geram dengan sikap segelintir netizen yang masih tidak boleh menerima kenyataan apabila The post appeared first on
Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Mahkamah Benarkan Anak Luar Nikah Boleh Bin Nama Bapa Ini Penjelasan Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 617 hits
Kuala Lumpur Amalan menasabkan anak zina atau Anak Tak Sah Taraf kepada penzina adalah amalan masyarakat jahiliyah yang telah lama dibatalkan Islam Perkara tersebut ditegaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Sohibuh Samahah Datuk Dr Zulkifli...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It