Naluri Hati Ibu Jadi Kenyataan Bumbung Rumah Diterbangkan Ribut


IPOH, 26 April — Naluri hati seorang ibu tunggal yang berasakan seolah-olah perkara buruk akan berlaku benar-benar menjadi kenyataan dan bagaikan mimpi buruk apabila sebahagian bumbung rumahnya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chepor Dalam di sini diterbangkan angin dalam kejadian ribut petir petang semalam.
Nor Hasneza Mohd Razali, 39, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.00 petang itu, beliau sempat melaungkan azan kerana ketakutan, namun tidak dapat menyelamatkan barangan rumah.
“Saya tak sempat menyelamatkan perabot serta barangan elektrik yang kebanyakannya sekarang sudah rosak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Nor Hasneza yang tidak bekerja dan mempunyai empat anak berusia 11 hingga 19 tahun merupakan antara dua keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Surau Al Hidayah RPT Chepor sebelum dipindahkan ke sebuah inap desa petang ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mohd Afifi Zulkefli, 35, hanya sempat menyelamatkan bapa mentua yang merupakan orang kurang upaya (OKU) serta empat anak keluar dari rumah apabila melihat kesemua bumbung rumah diterbangkan angin dalam kejadian ribut itu yang berlaku terlalu pantas.
Mohd Afifi berkata semasa kejadian dia bersama anak-anaknya dan bapa mentuanya, Mohamad Nawawi Abidin, 64, berehat di ruang tamu manakala isterinya Norashimah Mohamad Nawawi, 32, sedang menyiapkan juadah berbuka puasa di dapur.
“Tidak sempat selamatkan perabot dan barangan elektrik kerana pada masa itu saya hanya fikirkan keselamatan keluarga saya sahaja. Kejadian berlaku sangat pantas, kira-kira 10 minit. Saya perlu melakukan pendawaian elektrik baharu,” katanya yang bekerja sebagai kontraktor pembersihan.
Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kinta Halizah Sipun berkata sebanyak 362 rumah di Mukim Ulu Kinta terjejas akibat ribut petir semalam melibatkan Taman Klebang Jaya (120); Kampung Sri Klebang (91 rumah); RPT Chepor Dalam (86) dan Taman Bertuah (65).
“Daripada jumlah itu hanya ada dua rumah melibatkan dua keluarga berpindah dan mereka ditempatkan sementara di inap desa,” katanya ketika dihubungi.
Halizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berkata Pejabat Daerah dan Tanah Kinta akan menguruskan bantuan Wang Ihsan Bencana kepada penduduk terlibat setelah memperoleh semua dokumen yang diperlukan.
Sementara itu, semakan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak petang ini.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam serta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
— BERNAMA
The post Naluri Hati Ibu Jadi Kenyataan, Bumbung Rumah Diterbangkan Ribut appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/04/26/naluri-hati-ibu-jadi-kenyataan-bumbung-rumah-diterbangkan-ribut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Menyentuh Hati Kanak Kanak Lambai Ibu Lelaki Tua Jinjing Nasi Naik Ambulans

Covid19 Menyentuh Hati Kanak Kanak Lambai Ibu Lelaki Tua Jinjing Nasi Naik Ambulans

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 290 hits
Pendemik Cov1d 19 yang melanda dunia sememangnya sangat menakutkan kerana sudahpun membunuh ribuan nyawa Manakala mereka yang disahkan positif turut sudah melepasi angka satu juta Semua yang disahkan pos1tif Cov1d 19 baik di bandar mahupun ...
Kekal Produktif Waktu Wfh Ini 19 Tips Lengkap Kerja Dari Rumah Ada Panduan Untuk Ibu Juga

Kekal Produktif Waktu Wfh Ini 19 Tips Lengkap Kerja Dari Rumah Ada Panduan Untuk Ibu Juga

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 370 hits
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia sila dapatkannya di sini Pada saat wabak COVID 19 sedang mengganas di seluruh dunia ramai daripada kita yang
Rendang Cita Rasa Masakan Ibu Di Rumah

Rendang Cita Rasa Masakan Ibu Di Rumah

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 444 hits
1 Syawal bakal tiba dan rendang sudah pasti akan menjadi antara juadah utama di hari raya nanti Dimakan bersama nasi ketupat lemang atau roti rendang
Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

Ibu Bapa Buat 5 Perkara Ini Gerenti Boleh Bantu Anak Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 640 hits
Sepanjang tempoh PKP ini pasti ada ibu bapa yang menjadi cikgu dirumah sendiri Manakan tidak jika anak anak asyik bermain dan langsung tidak mengulangkaji pelajaran anak anak boleh ketinggalan dalam pelajaran Walaupun anda tidak mengajar se...
Resepi Set Ayam Goreng Ala Ala Kfc Hanya Buat Di Rumah Dah Puas Hati

Resepi Set Ayam Goreng Ala Ala Kfc Hanya Buat Di Rumah Dah Puas Hati

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 444 hits
Pelbagai resepi telah dikongsi oleh semua rakyat Malaysia Lambakan resepi yang dikongsi memudahkan semua orang untuk memikirkan masakan apa yang hendak dimasak pada hari ini Lebih lebih lagi bila tiba Ramadhan Pastinya menu untuk berbuka pu...
Ibu Pening Kepala Nak Melayan 12 Kluster Di Rumah Dedah Perangai Bertuah Anak

Ibu Pening Kepala Nak Melayan 12 Kluster Di Rumah Dedah Perangai Bertuah Anak

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 444 hits
Sepanjang tempoh PKP ini kita didedahkan dengan pelbagai jenis kluster yang merujuk kepada golongan yang mendapat jangkitan virus COVID 19 Hari ini jumlah pesakit yang telah sembuh semakin meningkat dan menunjukkan tanda tanda positif kejay...
Runner Sanggup Hantar Makanan Hari2 Risau Ibu Frontliner Di Rumah Tak Berbuka

Runner Sanggup Hantar Makanan Hari2 Risau Ibu Frontliner Di Rumah Tak Berbuka

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 379 hits
Seorang penghantar makanan berkongsi pengalaman yang dilalui olehnya ketika menghantar makanan berbuka puasa ke sebuah rumah flat dua hari lalu Menurut Norehan Rahmat terdapat caj penghantaran ditetapkan sekiranya ingin pesanan dihantar sam...
Tempatan Lebih 40 Rumah Rosak Dibadai Ribut

Tempatan Lebih 40 Rumah Rosak Dibadai Ribut

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 282 hits
Jumaat 10 April 2020ALOR SETAR Lebih 42 rumah rosak apabila sebahagian bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Lunas dekat Kulim pada 6 petang semalam Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Leftenan Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata ...
Anda Ibu Bapa Berkerjaya Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Anak Di Rumah

Anda Ibu Bapa Berkerjaya Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 480 hits
Anda Ibu Bapa Berkerjaya Ini Cara Mudah Untuk Mengajar Anak Di Rumah Memainkan peranan sebagai ibu bapa memerlukan pengorbanan yang cukup besar dari segi masa dan tenaga Tambah lagi bagi ibu bapa yang berkerja di mana mereka perlu mengimban...
A Message To People In Africa South America And Asia Do Not Get Fooled By Woke

Kemas Rumpun Tebu

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Dune A Suzuki Dr350 Scrambler Destined For The Desert

Legoland Malaysia Is Now Autism Friendly What This Means For Your Family

Bet Smarter The Safety Benefits Of Using King Auto For Online Gambling

Kurma Kukus Bersantan Yang Sangat Sedap

Man Who Slapped Non Muslim Gets Dnaa Case Referred To Agc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Manusia Mungkin Masih Ada Harapan

Best Customer Service On The Official Olympus Slot Gambling Site

Lendir Selepas Haid

Surah Al Qadr

Raya Tido Berlonggok Vs Tido Hotel

Stay Sahur Iftar Ramadan Retreat At Geo Resort Hotel