Nak Tahu Cara Nak Berniaga Di Ebay Secara Dropship Hanya Dari Aliexpress


Cara Nak Berniaga di Ebay Secara Dropship hanya dari Aliexpress
Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda cara mudah berniaga di ebay secara dropship dengan menggunakan aliexpress sebagai sumber supplier
walaupun ianya dikata mudah, tapi masih ramai lagi tak nampak peluang ini, so saya terpanggil untuk kongsikan teknik ini untuk membantu usahawan-usahawan kecil SME memulakan perniagaan dengan kos yang minima secara online tanpa menyimpan stok
Bagaimana caranya?

Langkah 1 : Perlu daftar akaun secara percuma di website Aliexpress
Daftar di www.aliexpress.com dan click join free



Setelah anda mempunyai akaun aliexpress, secara automatik anda boleh membeli barang di aliexpress untuk kegunaan sendiri ataupun untuk anda jual di website ebay dengan kaedah dropship.

Untuk pengetahuan anda, Aliexpress adalah website third party, bermaksud, di aliexpress terdapat ramai seller-seller yang berdaftar terutamanya seller dari negara china yang mempromosikan barang-barang mereka di aliexpress.

Website aliexpress bukanlah dimiliki oleh seorang supplier, tetapi ianya adalah 1 platform untuk memasarkan segala macam produk oleh beribu supplier, kaedah bayaran adalah menggunakan kad kredit ataupun kad debit.

Jangan risau aliexpress seller adalah trusted seller, diorang ni semua profesional dan jika barang anda beli tak sampai, mintak je refund semula or open case di aliexpress. Pihak aliexpress akan hold duit seller di aliexpress sehingga anda terima barang yang anda beli.

Setakat ni saya beli untuk kegunaan sendiri dan jual di ebay guna website aliexpress, tak pernah lagi kes seller tak post barang. Kalau waktu christmas barang sampai lambat dan kadang-kadang tak sampai tu pernah la. kalau bulan biasa setakat ni saya tak pernah lagi hadapi masalah seller di aliexpress menipu.

Bagaimana nak daftar sebagai dropshipper di aliexpress?

Penjual di aliexpress telah sedia maklum, jika anda nak menjadi dropshipper untuk jual di ebay, caranya mudah sahaja. di ruangan check out setiap barangan yang anda beli, hanya perlu letakkan alamat customer yang anda berjaya jual barang di aliexpress.

Tak perlu untuk anda contact seller dan maklumkan kat diorang ni anda nak jadi dropshipper. jalan jer terus, nanti dah beli letak je alamat customer.

Untuk beli kegunaan diri sendiri pula, anda letak alamat diri anda sendiri di aliexpress. semudah ABC. itu sahaja.

Ok, sekarang ni persoalan seterusnya macam mana nak start jual kat ebay?

Langkah 2 : Cari produk yang berpotensi di ali express untuk anda iklankan di ebay
ok merujuk post saya sebelum ini, jika anda sudah ada akaun ebay dan paypal yang sudah verified, akan muncul di minda anda apa nak jual dekat akaun ebay anda.
betul tak?

Kalau anda tak tahu nak jual apa di ebay, pilih sahaja barang-barang yang terdapat di aliexpress yang terlintas di fikiran anda dan dapatkan supplier di aliexpress untuk anda iklankan di ebay

Ok, sebagai contoh saya bagi casestudy barang ini,
Flippin pancake atau bahasa mudahnya alat nak buat lempeng la
so cari barang ini di aliexpress, dah hasil dari carian terdapat sebanyak 297 iklan yang menjual barang ini. Anda hanya perlu pilih mana-mana iklan barang ini yang terdapat di aliexpress untuk dapatkan gambar yang sesuai
tak perlu untuk anda beli dahulu.dapatkan gambar je dulu



contohnya saya memilih supplier ini



harga datang adalah sebanyak USD3.57 dan kos shipping yang dikenakan adalah free shipping. Saya memilih supplier ini sebabnya seller ni ada history banyak order yang telah dibuat oleh buyer yang sebelum ini.

Biasanya ramai orang order dengan seller ni, dia ada history feedback yang banyak, so dari situ kita dapat baca macam mana kualiti barang dia dari feedback buyer yang lepas.

So, lepas dah dapat barang apa yang nak jual maklumat yang perlu anda dapatkan adalah berapa harga dia jual, berapa kos shipping, berapa lama tempoh sampai ke USA, dan gambar-gambar yang menarik untuk anda copy dan upload di akaun ebay anda
so anda perlu kira berapa harga nak jual dengan melihat pesaing-pesaing anda di ebay untuk dapatkan berapa harga yang boleh di jual.

Anda perlu kira berapa fees yang akan ditanggung oleh anda setelah barang yang anda iklankan ini terjual di ebay. jangan sampai rugi la. nanti kang tak dapat untung.hehe
ok, paham tak setakat ni?

Langkah 3 : Listing di Akaun ebay secara format Buy it now or Auction
ni saya tunjuk antara seller yang berjaya jual barang ni secara buy it now



Harga datang baru USD3.57 jer




macam mana nak kira untung bersih anda dapat?
boleh gunakan website ni Ebay Profit Calculator



so seller ni punya sale adalah 9.95 x 39 unit = USD388.05 = RM1666++
Profit bersih seller ni dapat ialah 4.8 x 39 unit = USD187.2 =RM804++

Margin profit dia 48% untung atas angin macam tu jer.
takde simpan barang, orang tak tahu pun dia buat bisnes di ebay, dan yang paling best boleh buat benda ni secara part time jer.

Langkah 4 : Place order barang yang terjual di aliexpress

Setelah barang yang anda iklankan di ebay terjual, terus cepat-cepat buka website aliexpress dan cari semula supplier yang telah anda ambil gambar dari dia untuk place order.

Proses order biasanya mengambil masa 1-3 hari, selepas siap order, dapatkan tracking number jika ada dan upload di akaun ebay anda.

Itulah yang kebanyakkan seller malaysia buat untuk menjual di ebay
bisnes secara dropship, dengan kos yang paling minima, dan takde mengeluarkan sebarang kos marketing seperti fb ads, instagram ads, penat melayan karenah whatsapp dengan pelanggan, pm pm pm facebook last last krik..krik..krik
kat ebay, customer bayar je terus dan jarang dia tanya bila nak pos barang dan sebagainya.
semuanya ebay dah tolong uruskan.

Tugas anda cuma proses order secepat mungkin di aliexpress bila barang terjual kat aliexpress.

Mudah kan?

So, saya harap perkongsian yang simple ini membuka minda dan mata anda untuk berikan peluang pada diri anda sendiri untuk mencuba sesuatu yang baru
tak salah pun untuk mencuba. kalau bisnes jenis ini sesuai dengan jiwa anda, cubalah praktiskan apa yang sy dah kongsikan ni, saya tak mintak apaa-apa royalti pun, anda buat anda dapatlah income tambahan,
kalau tak jadi, atleast anda dapat ilmu ni secara percuma dan tahu macam mana orang malaysia yang buat dropship kat ebay ni beroleh keuntungan.

Kalau dah baca artikel ni jangan lah semua sibuk listing barang ni kat ebay ye. nanti kang masing-masing sibuk buang harga sampai takleh nak jual barang ni..last-last saya jugak yang dipersalahkan sebab pesaing di ebay ni semakin bertambah. 

Terutamanya "otai-otai ebay" lah yang marah. ape nak takut, setiap manusia ni kan Allah memang dah janji dijamin rezekinya, jangan takut pesaing, ebay tu luas pasarannya, ;)
ada beratus ribu produk di aliexpress. pilih je mana barang nak jual, kalau tak pandai pilih buatlah research sikit study barang-barang yang telah terjual oleh seller-seller ebay 
kalau tak tau nak buat research, gali lagi ilmu, belajar belajar dan terus belajar. mana ada benda mudah nak dapat kan.
mesti kena usaha. anda belajar sampai degree, master dan PhD pun bila dah dapat sijil bukan terus bulan-bulan dapat gaji kan,
kena kerja tiap-tiap bulan baru dapat gaji, waktu mula kerja tu pun kena belajar lagi, sebab waktu belajar nak dapatkan sijil tu kebanyakkannya takde praktiskan pun waktu dah bekerja
normal beb. tu lumrah alam. lumrah kehidupan sekarang,

Ok lah, setakat tu je perkongsian saya kali ni, kalau anda nak belajar lebih lanjut macam mana nak buat research kat ebay ni, nak listing kat ebay cara betul, saya ada sediakan panduan yang 99% lengkap untuk anda laburkan
boleh dapatkan di sini.

>>Panduan Ebay Intelligence<<<
Zul Ariffin Maarof
Ebay Intelligence Academy

Level 3, 33B Jalan Universiti 4

Taman Universiti Parit Raja

86400 Batu Pahat

Johor

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://tikarbiru.blogspot.com/2017/06/nak-tahu-cara-nak-berniaga-di-ebay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mata Bayi Asyik Meliar Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja

Mata Bayi Asyik Meliar Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 346 hits
Dalam tahun pertama kehidupan penglihatan bayi berkembang dengan cepat Namun perkembangan bayi ini berbeza daripada apa yang dilihat oleh ibu bapa Baca Perkembangan penglihatan bayi Semasa dilahirkan bayi tidak dapat melihat seperti kanak k...
Cara Mudah Nak Masak Nasi Goreng Planta Yang Enak

Cara Mudah Nak Masak Nasi Goreng Planta Yang Enak

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 383 hits
Nak masak nasi goreng tidaklah susah pun mudah sahaja Tetapi jika kena dengan cara masakannya ia pasti akan membuat anda makan bertambah tambah Kalau dah buntu nak fikir menu apa yang nak dimasak boleh masak nasi goreng ini Anak anak pasti ...
Cara Nak Masak Spicy Buttermilk Spaghetti Style Aku

Cara Nak Masak Spicy Buttermilk Spaghetti Style Aku

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 495 hits
Cara Nak Masak Spicy Buttermilk Spaghetti Style Aku Hari pertama PKP 2 0 azam aku nak jaga makan dan kesihatan terbabas Pagi tadi aku masak spaghetti sebagai sarapan selepas terliur tengok akak ipar aku kongsi resepi Spicy Buttermilk Spaghe...
Dropship Murah Tanpa Modal Terpercaya Cara Mudah Dan Berjaya

Dropship Murah Tanpa Modal Terpercaya Cara Mudah Dan Berjaya

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 787 hits
Dropship Murah Tanpa Modal Terpercaya Cara Mudah dan BerjayaDropship Murah Tanpa Modal Terpercaya Cara Mudah dan Berjaya Ramai belia menjadi usahawan dan menjadikan media sosial sebagai platform menjana pendapatan Semenjak pandemik Covid 19...
Ini Cara Nak Buat Cili Boh Homemade Yang Lambat Berkulat

Ini Cara Nak Buat Cili Boh Homemade Yang Lambat Berkulat

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 406 hits
Cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri Katanya lebih sedap Memang tak dinafikan cili kisar yang diadun sendiri n...
Cara Sebenar Nak Tahu Kita Betul2 Dah Taubat Ustaz Kazim Elias

Cara Sebenar Nak Tahu Kita Betul2 Dah Taubat Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 254 hits
Cara Sebenar Nak Tahu Kita Betul2 Dah TAUBAT Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Inisiatif Belia Berniaga Cara Mohon Bantuan Modal Rm15 000

Inisiatif Belia Berniaga Cara Mohon Bantuan Modal Rm15 000

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 413 hits
INISIATIF BELIA BERNIAGA CARA MOHON BANTUAN MODAL RM15 000 Kepada belia yang layak boleh mohon Bantuan Modal RM15 000 Oleh Majlis Belia Malaysia melalui PROGRAM INISIATIF BELIA BERNIAGA APA ITU INISIATIF BELIA BERNIAGA Majlis Belia Malaysia...
Marah Anak Tak Perlu Jerit Nanti Makin Melawan Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

Marah Anak Tak Perlu Jerit Nanti Makin Melawan Ada Cara Nak Lembutkan Hatinya

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 277 hits
Orang cakap mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang Pernah terfikir tak mak mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai Kalau nak marah anak pun ada caranya Sebab itu semua anak menjadi
5257 Member Tak Nak Bayar Hutang Guna Je Cara Ni Tv Ppim 31 12 2020

5257 Member Tak Nak Bayar Hutang Guna Je Cara Ni Tv Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 476 hits
Kalau ada kawan tak reti bayar hutang boleh guna cara ni Kawan selalu minta hutang tu perkara yang biasa Yang tak biasa bila kawan yang berhutang tu tak reti nak bayar balik hutang korang Tapi kalau dah lama sangat tak bayar siapa je boleh ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan