Nak Simpan Video Status Mengandung Secara Rahsia Tapi Sebaliknya Berlaku Viral Tanpa Di Pinta Tuhan Tunjuk Kekuasaannya



Sebenarnya, tak pernah guna Clearblue. Selalu tengok di Youtube mat salleh-mat salleh dok guna, seronok tengok keputusan mengandung mereka berapa minggu tu. 
Masa tahun-tahun dulu cuma boleh berangan je lah sebab sedang TTC - trying to conceive anak kedua tu masih belum lagi dicapai. 
Sampai lah satu ketika redha seredhanya, tak mau dah fikir dan terkejar-kejar lagi, tak mau dah nangis tak tentu pasal bila buat ujian HCG asyiklah negatif. 
Lama tau, bertahun-tahun. Siapa sangka, doa-doa yang dulu kala dijawab oleh Tuhan hari pertama Ramadan 2022. 
Anak sulong dah 10 tahun, memang betul-betul jauh jaraknya. Sepanjang 10 tahun, tiada cerita keguguran mahupun masalah pcos atau fibroid. Sebab juju pernah sekali ke klinik swasta buat medical checkup kawasan rahim dan kawasan peranakan nak semak sama ada timbul keraguan.
Tak ingat tahun bila, adalah dalam 2 ke 3 tahun lepas. Hasil semakan, memang tiada abnormal. Rahim dalam keadaan baik, kosong dan tiada ketumbuhan. Lega disitu. 
Cuma period tak turun dan ting tong selalu 2 ke 3 bulan. Doktor ada bagi ubat turun darah period tapi macam biasa sampai di rumah aku tak ambil pun ubat tu. 
Entah, macam-macam la aku fikir kalau makan ubat tu kan. Aku biar je period tu nak datang, datanglah. Tak datang, aku cuba fikir perkara lain. 
Sebenarnya bahaya buat macam tu, lepas tu masuk bulan ketiga datang dengan banyaknya period, sampai bocor pun ye melimpah darah keluar. 
Tu cerita pengalaman tahun-tahun sudah betapa period tak regular.Rupanya memang bersangkut paut dengan lebihan berat badan. Aku tak tahu lah dari mana aku dapat kekuatan luar biasa untuk turun berat badan sampai 30 kg sepanjang satu tahun sahaja. 
Sungguh, betul-betul aku buat. Tanpa paksaan doktor, atau sesiapa pun. Aku buat sebab aku nak sihat sebelum 40 tahun. 
Memang itulah niat aku, nak turunkan berat untuk sihat, aku tak letak apa-apa misi selain itu termasuk anak tau. 
Allah. Berdegup kencang masa ini.Tatapan pertama kali di dalam bilik air, pencahayaan malap sikit. 
Sekali perancangan Tuhan sangat manis
Sampai sekarang juju menaip ni, masih rasa mimpi aku berpeluang mengandung lagi. Sesekali datang rasa mual dan rasa nak makan macam-macam. 
Tu pun masih terkawal dan tak berlebihan sebab aku tak nak ulang lagi episod naik berat badan. Susah oooo, sangat susah nak turunkan berat, macam-macam aku aktifkan diri ke gym dan berenang

Okey, sungguh tak sangka !Aku try beli Clearblue digital. Aku rakam senyap-senyap dan upload ke Tiktok. 
Satu video Tiktok fyp dalam diam-diam sampai cecah 👉63.5k views, 5,330 💗 dan 513 komen.

Niat nak simpan video di Tiktok untuk kenangan sendiri, sangkakan di sana tak ramai follower dan ramai tak mengenali juju pun. Sekali fyp terus video ni subhanaAllah. Siapa sangka!
Terjadinya perkara pelik, sebab suami dihubungi ibunya sendiri. Dia bertanya, betulkah julia mengandung? Ternampak dalam Tiktok. 
😆😅😆😅😆😅Suami pun tanya juju, betulkah ada upload di Tiktok.Yelah jawapan aku, sebab kat sana mana ada follower di kenali.
Masa tu lepas upload aku biarkan jelah tanpa semak kembali.
Sebab aku tau tak ada sapa nak like dan komen pun. Almaklumlah tak rajin pun bertiktok.
Sekali dengan izin Allah, dengan kuasa hebat Allah, video tu fyp. 
Banyak dihujani komen mendoakan juju dan ramai yang komen untuk mendoakan mereka yang dalam dunia TTC bertahun lamanya belum di rezekikan anak lagi.
Allahuakbar, subhanaAllah. 😢😣😭😭Nanti korang free, boleh baca komen-komen lain di Tiktok ya. 
Klik link dan sudikanlah follow 👉 Tiktok
Ini antara salah satu ribuan komen di Tiktok juju terima, semua berupa sebuah doa, hebatnya kamu bakal adik baby, rezeki ramai mendoakannya. Subhanallah !

Video yang viral dalam diam di Tiktok. Klik👆 🙈
Pencahayaan jelas, rupanya dah 3 minggu lebih dah.
Patutlah ujian HCG tu double line terang betul. Aku tak tau, aku dok la pulun pi gym buat macam-macam senaman ekstra (HIIT) sebab nak pecahkan plateau berat tak berganjak. Rupanya ada insan kecil...Sebak sangat bila pertama kali tatap minggu tu.
Nazar untuk 10 masjid
Akan datang juju akan kongsikan satu lagi tanda-tanda sebelum tahu diri positif mengandung. 
Juju tau nazar tu untuk apa, tapi seumur hidup tak pernah saje-saje berazam nak bernazar. Dua minggu sebelum tahu diri ni mengandung, juju bersungguh-sungguh lah bernazar untuk 10 masjid. 
Memang pelik perangai juju kali ini. Betul-betul dia lillahitaala untuk berazam nazar.
Nak tau apa juju nazarkan tu, tunggu entry akan datang ya. Terima kasih sudi baca. Semoga anda selalu dimurahkan rezeki. Amin!
Jejak entry lepas klik link:Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - linkHari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - linkVideo rahsia, jadi viral di Tiktok - link 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2022/04/nak-simpan-video-status-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Bila Suami Jumpa Port Rahsia Kau Dalam Almari Bukan Biasa2 Stok Makanan Dia Simpan

Video Bila Suami Jumpa Port Rahsia Kau Dalam Almari Bukan Biasa2 Stok Makanan Dia Simpan

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 138 hits
Perkahwinan adalah penyatuan dua insan yang sehati sejiwa ingin membina mahligai bahagia bersama sama Tetapi tidak semua pasangan yang berkahwin akan tinggal di rumah masing masing ada juga yang masih akan tinggal di rumah keluarga Setiap p...
Nak Kahwin Tapi Bukan Dengan

Nak Kahwin Tapi Bukan Dengan

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 169 hits
Nak kahwin tapi bukan dengan Sering diasak pertanyaan tentang perkembangan status jandanya pelakon Nadia Brian mengakui masih single namun mengakui berkawan dengan seseorang Pemilik nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu berkata menja...
Zaki Yamani Tampil Jelaskan Baba Sendiri Tak Nak Jumpa Tiada Siapa Halang Video

Zaki Yamani Tampil Jelaskan Baba Sendiri Tak Nak Jumpa Tiada Siapa Halang Video

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 159 hits
Zaki Yamani Tampil Jelaskan Baba Sendiri Tak Nak Jumpa Tiada Siapa Halang VIDEO ISU hubungan dingin antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya Zaki Yamani kini menjadi semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan antara merek...
Viral Video Suami Hantar Isteri Ke Sekolah Ada Netizen Tak Setuju Kenapa Keluarga Benar Kahwin Awal Sangat

Viral Video Suami Hantar Isteri Ke Sekolah Ada Netizen Tak Setuju Kenapa Keluarga Benar Kahwin Awal Sangat

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 242 hits
Jodoh adalah rahsia ada yang sudah menjangkau usia 40 an masih lagi single namun ada yang baru berusia belum 20 tahun namun sudah bergelar suami isteri
Sayang Dia Tu Video Fahri Men4ngis Nak Ikut Baba Pergi Work

Sayang Dia Tu Video Fahri Men4ngis Nak Ikut Baba Pergi Work

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 185 hits
Umum mengetahui bahawa pengacara yang dikenali ramai Dayah Bakar sebelum ini menetap di Canberra Australia bersama suami dan anak kecil mereka Dayah pernah berjauhan dengan suaminya hampir setahun lebih iaitu sejak awal kehamilan anak lelak...
Viral Video Ustaz Yusuf Mansur Marah Kesulitan Cari Dana Rp1 Triliun

Viral Video Ustaz Yusuf Mansur Marah Kesulitan Cari Dana Rp1 Triliun

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 195 hits
Tak hanya tanggapan pro dan kontra saja video viral ini juga mendapat tanggapan kocak warganet yang saling adu nasib karena sama sama butuh uang
Yakin Nak Puasa Penuh Tapi Badan Tak Mampu Ini Panduan Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

Yakin Nak Puasa Penuh Tapi Badan Tak Mampu Ini Panduan Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 209 hits
Jangan memaksa diri berpuasa sedangkan hakikatnya tubuh ibu hamil langsung tidak mampu untuk berpuasa Jangan difikirkan diri sendiri tetapi fikirkan perkembangan anak di dalam kandungan Begitu juga dengan ibu menyusu Jumlah kalori tertentu ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord