Nak Sangat Aryan Sihat Masih Perlukan Rm40 000 Untuk Pembedahan Hati


Ibu bapa mana nak lihat anak yang dilahirkan sakit. Namun takdir Allah, semua itu kena hadapinya dengan reda walaupun hakikatnya agak perit untuk dilalui.
Siapa sangka anak yang dilahirkan normal dan sihat masa lahirnya kini disahkan mengalami penyakit Biliary Atresia (Penyakit Hati Kronik / Kegagalan Fungsi Hati) selepas jaundis yang dialami tidak turun ke tahap bacaan sepatutnya.

Bagi ibu muda ini, Fatin Nabilah Ab Aziz, 26, walaupun di awalnya rasa tak kuat nak lalui tetapi demi Mohamad Faqish Aryan bin Mohamad Yuslin Affiq dia kena lebih kuat. Berikut antara perkongsiannya.
Tak sangka jaundis tinggi petanda ada masalah
Aryan adalah anak kedua dan anak lelaki yang dinantikan selepas ada anak perempuan sulung. Lahir pada 30/10/2019 di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu, Kelantan.
Pada awalnya tiada apa masalah. Hanya jaundis (kuning). Baby ditahan dalam wad. 3kali keluar masuk wad tapi kuning masih ada. Masa baby umur 40hari masuk wad sekali lagi tapi sebab demam dan jaundis.

Masa dalam wad doktor ckp mungkin baby aryan mengidap penyakit Biliary Atresia  (Penyakit Hati Kronik / Kegagalan fungsi hati) berdasarkan kuning yg masih tinggi dan najis warna kuning pucat.
Buat ultrasound tapi doktor xdpt pastikan jgk. Masa umur 50hari kami ke Institut Kanser Negara setelah dirujuk dari HRPZ utk membuat satu scan HIDA, utk lihat lebih dlm keadaan hati baby.
Tapi keputusan masih sama tidak pasti. Kami balik ke HRPZ dan doktor ckp terpaksa operate jgk utk lihat sama ada betul atau tak mengidap biliary atresia. 52hari baby masuk wad dan telah membuat pembedahan pasa umur 55hari yg dinama kan Pembedahan Kasai iaitu membuat saluran hati.

Disahkan tiada saluran hempedu
Baby aryan disahkan tiada saluran hempedu. Alhamdulillah tiada komplikasi semasa pembedahan dan jaundice mula turun, najis warna kuning terang. Alhamdulillah baby sihat sehingga masuk umur 6bulan.
Baby demam buat kali pertama selepas pembedahan Kasai tu. Dan masuk wad di HRPZ. Doktor ckp kemungkinan pembedahan Kasai tu tak berjaya. Dan telah dirujuk ke PPUM pada umur 8bulan utk persediaan awal Liver Transplant. Dari situlah kami mula berulang alik dari kelantan ke ppum.
Kali pertama masuk wad di ppum baby aryan telah buat semua prosedur utk liver transplant dan sy juga sebagai penderma utk baby. Baby aryan mula minum susu khas melalui tiub disebabkan berat badan baby aryan tidak bertambah. 2minggu kami di ppum utk persediaan awal liver transplant.

Keadaan Aryan merosot, perlukan pembedahan segera
Pada 4/8/2020. Doktor minta baby aryan masuk wad utk persediaan terus dan nak naikkan berat badan baby dgn cepat. Doktor bgtahu keadaan baby aryan merosot, kuning meningkat dgn cepat dan fungsi hati baby aryan makin menurun dan perlu mmbuat liver transplant dgn segera. Kami dah sebulan di ppum dan kemungkinan akan terus di sini utk persediaan liver transplant yg dijadualkan pada awal Oktober. Tapi berat badan baby aryan masih tidak stabil utk liver transplant.
Sekarang beratnya baru 6.3 kilogram dan untuk membuat pembedahan ini sekurang-kurangnya perlukan berat antara 8-10 kilogram.
Doktor mungkin akan menunda tarikh liver transplant atas sebab berat badan baby aryan masih kurang. Utk liver transplant, baby aryan perlu mempunyai berat yg stabil. Dan sy sebagai penderma perlu kurangkan berat badan dan exercise.
Sekarang baby aryan dlm proses naikkan berat badan. Harap baby aryan bertahan sehingga liver transplant nnti. 
Kos pembedahan belum cukup
Menurut Fatin, kos pembedahan untuk Aryan masih belum cukup kerana untuk keseluruhan pembedahan sebanyak RM120,000 belum termasuk lagi kos rawatan susulan selepas pembedahan nanti.
“Agak buntu juga namun alhamdulillah atas sumbangan orang ramai dah berjaya kumpul RM80,000.

“Disebabkan kami suami isteri berasal dari Kelantan dan terpaksa duduk sementara di PPUM, kos perbelanjaan yang lain juga diperlukan. Suami pula dah tak bekerja sejak PKP dan ini menyebabkan sedikit kekangan.
“Kami susah tak apa, yang penting rawatan Aryan dapat berjalan lancar dan dia kembali sihat dan ceria seperti kanak-kanak lain. Tiada apa yang saya inginkan cuma nak melihat baby Aryan sihat dan dapat bermain dengan kakaknya,” katanya.
Bagi anda yang ingin menghulurkan sumbangan untuk kos rawatan pembedahan adik Aryan boleh salurkan terus ke akaun CIMB 7611143446 (Fatin Nabilah Ab Aziz) atau boleh hubungi 016-7840085
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Nak Sangat Aryan Sihat.” Masih Perlukan RM40,000 Untuk Pembedahan Hati appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-sangat-aryan-sihat-masih-perlukan-rm40000-untuk-pembedahan-hati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita 54 Tahun Tinggal Di Rumah Bertampal Surat Khabar Perlu Bantuan Rm6 000 Nak Baiki Rumah

Wanita 54 Tahun Tinggal Di Rumah Bertampal Surat Khabar Perlu Bantuan Rm6 000 Nak Baiki Rumah

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 474 hits
Setiap insan mempunyai jalan cerita yang tersendiri bahkan ujian yang diterima turut berbeza Seseorang manusia dianugerahi oleh Allah SWT dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri Sungguh benar kata bidalan hidup kita ibarat roda Dan ...
Untukmu Yang Masih Belum Bisa Jatuh Cinta Lagi Tetaplah Pelan Pelan Membuka Hati

Untukmu Yang Masih Belum Bisa Jatuh Cinta Lagi Tetaplah Pelan Pelan Membuka Hati

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 311 hits
Bukalah hatimu pelan pelan Urusan jatuh cinta lagi nanti pasti akan ada waktunya sendiri
Puding Chia Seed Untuk Mama Nak Diet Sihat Mudah Buat Kenyang Pun Lama

Puding Chia Seed Untuk Mama Nak Diet Sihat Mudah Buat Kenyang Pun Lama

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 673 hits
Kebanyakan ibu bila dah bersalin selalu merungut nak dapatkan berat badan yang ideal macam zaman anak dara Tapi usaha itu seolah susah nak berjaya kerana banyak sangat halangannya Mana tak nya makanan anak yang tak habis ibu juga kena habis...
Dah Nak M Mpos Sangat Ker Sampai Kau Terdesak Ellie Suriaty Mengamuk Wanita Kacau Suaminya

Dah Nak M Mpos Sangat Ker Sampai Kau Terdesak Ellie Suriaty Mengamuk Wanita Kacau Suaminya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 526 hits
Nak apa asyik cari Azri Iskandar Atau kamu nak saya yang cari kamu Kot ye pun nak jual produk apa kejadahnya contact suami orang tengah tengah malam source
Selesai Solat Waktu Terbaik Nak Kongsi Semuanya Dengan Pasangan Hati Terbuka Lebih Telus

Selesai Solat Waktu Terbaik Nak Kongsi Semuanya Dengan Pasangan Hati Terbuka Lebih Telus

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 392 hits
Bukan hanya kemewahan wang ringgit dan harta benda dapat menyuburkan sesebuah hubungan rumah tangga tetapi bagaimana kita dan pasangan berusaha untuk mencantikkan keharmonian itu Dengan hanya menyerah diri dan tawakal kepada Allah SWT hubun...
Hati Kena Kental Bila Nak Hadap Tantrum Anak Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Hati Kena Kental Bila Nak Hadap Tantrum Anak Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 356 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Saya Sangat Paranoid Ara Johari Berhati Hati Rasa Semua Tempat Tak Selamat

Saya Sangat Paranoid Ara Johari Berhati Hati Rasa Semua Tempat Tak Selamat

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 685 hits
Semua sedia maklum mengenai laporan harian Covid 19 dalam negara yang sejak beberapa hari lalu menunjukkan peningkatan jumlah jangkitan yang tinggi semula termasuk kewujudan beberapa kluster baharu source
Dah Banyak Juga Kita Bantu Iaitu Lebih Rm10 000 Seniman Masih Bantu Benjy

Dah Banyak Juga Kita Bantu Iaitu Lebih Rm10 000 Seniman Masih Bantu Benjy

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 265 hits
Seniman masih bantu Benjy sejak tahun lepas lagi Apabila kita dapat amaun kita hantar pada wakil di sana dan orang itu akan berikan sedikit demi sedikit Sebagai contoh kalau kita bagi RM3 000 orang itu akan berikan dia RM300 sebulan source
Peminat Patah Hati Ikmal Nak Kahwin

Peminat Patah Hati Ikmal Nak Kahwin

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Bilangan pengikut menurun dalam laman sosial tidak sesekali menggugat keputusan model dan pelakon Ikmal Amry 26 untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini Pelakon yang mula meraih perhatian menerusi drama Gantung The Se...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia