Wanita 54 Tahun Tinggal Di Rumah Bertampal Surat Khabar Perlu Bantuan Rm6 000 Nak Baiki Rumah


Setiap insan mempunyai jalan cerita yang tersendiri, bahkan ujian yang diterima turut berbeza. Seseorang manusia dianugerahi oleh Allah SWT dengan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Sungguh benar kata bidalan, hidup kita ibarat roda. Dan kita tak pernah tahu bagimanakah berakhirnya penghujung perjalanan kita.  – Natipah AbuJadi, hari ini SK ingin berkongsi sejarah hidup wanita yang bernama Pia penuh dengan suka dan duka dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, kepada insan yang baik hati, bantulah wanita ini untuk dia kembali hidup selesa dan aman.
Perkongsian daripada Facebook Natipah Abu telah menjentik hati kecil ini untuk menitikkan air mata. Kisah seorang wanita dari keluarga yang susah dan hanya mendapat keindahan dipertengahan kehidupannya sangat menyentuh hati.
**Puan Natipah Abu ini merupakan seorang sukarelawan NGO yang memberi bantuan berdaftar dan dipercayai.**
Kisah dia dirujuk kepada kita oleh waris terdekat dengan hajat, tolong betulkan lampu rumah yang sudah berbulan rosak. Katanya, Hamba Allah ini sudah berbulan tinggal di dalam gelap tetapi tiada siapa yang sudi betulkan lampu rumahnya.
Di dalam dan luar rumah penuh dengan tampalan surat khabar. Berita kebanyakannya tentang artis dan gambar raja atau sultan di Malaysia. Kata Pia kepada doktor , semua tampalan itu ada kenangan dalam hidupnya.

Kita pun menghantar pekerja ke rumahnya bersama beberapa batang lampu kalimantang. Rentetan itulah … terungkai sebuah kisah hidup yang sedih.
Pekerja kita tidak diizinkan masuk oleh penghuninya yang seakan-akan hidup di sebuah rumah tinggal. Hadapan rumah, ditutup dengan rimbunan pohon hijau. Manakala dinding luar dan dalam rumah penuh dengan tampalan surat khabar.
 
Kini, fahamlah kita mengapa orang yang sebelum kita, gagal dan ada yang menolak untuk kerja-kerja membetulkan lampu di rumah ini.
Pia (54 tahun) meniti zaman kanak-kanaknya dengan penuh kesengsaraan. Dia dan dua orang lagi adik-beradiknya hidup susah dan miskin setelah ayah mereka meninggal dunia.
Pia dan seorang adik perempuannya, Lin terpaksa berhenti sekolah kerana ibu tidak mampu menyara mereka. Tapi Abang, beruntung. Ibu nekad untuk Abang meneruskan pelajarannya walau apa pun yang terjadi. Anak lelaki itulah harapan untuk membela hari tua ibu kelak.
Untuk menyekolahkan Abang, Pia dan Lin, hidup dihimpit derita. Tetapi sebagai anak yang baik dan demi kasih kepada Abang .. mereka tabah menerima segalanya. Ibu membuat macam-macam pekerjaan demi untuk menyara dan membesarkan mereka. Buat kuih, buat nasi lemak, menoreh, tanam dan jual sayur… semuanya ibu sanggup demi anak-anak.
Tidur mereka tidaklah senyenyak orang lain. Terpaksa bangun di tengah diniharinya malam untuk membantu ibu membuat kuih dan nasi lemak untuk jualan. Sementara menunggu giliran masuk ke bilik air dan mandi sebelum ke sekolah, dapatlah mereka lelap sekejap melampiaskan letih.
Mereka turun ke sekolah, ibu pun turun menoreh. Selain menggalas beg sekolah, mereka juga membimbit beg plastik penuh berisi nasi lemak dan kuih untuk dijual kepada kawan-kawan di dalam perjalanan ke sokolah.
Lin terpaksa berhenti sekolah ketika usianya 11 tahun. Menjadi pembantu rumah di rumah orang. Pia pula mampu bertahan sehinggalah ke tingkatan dua saja.
“Di situlah bermulanya zaman indah dalam hidup Pia…”Setelah usia Pia 15 tahun, Pia nekad keluar dari rumah dan ingin mencari kehidupan sendiri. Pia tak ingin lagi hidup miskin dan susah. Pia bertekad untuk keluar dari kemelut hidupnya dan memburu kesenangan.
Pia berhijrah jauh ke negeri Pahang dan memulakan kerjaya sebagai pembantu kantin. Tiga tahun di situ , Pia diterima bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Kerabat Di-Raja. Di situlah bermulanya zaman indah dalam hidup Pia.
Majikan Pia yang baik itu bukanlah Kerabat Di-Raja biasa, bahkan juga biduanita negara. Mungkin kerana sikap Pia yang peramah, baik dan rajin, Pia dibawa menemani biduanita tersohor itu kemana saja samada ke pertunjukan pentas atau urusan peribadinya.
Pia dilayan dengan baik oleh majikan. Pia hidup dikelilingi golongan bangsawan. Kemewahan yang melingkari hidup Pia telah menyebabkan Pia hanyut dalam kebahagiaan.
Pia tidak pernah sekali pun mengirim wang belanja buat ibu yang masih mengayuh basikal sejauh lebih 10 kilometer pergi dan balik setiap hari untuk bekerja di sebuah kedai makan di bandar . Menjenguk ibu pun, boleh dibilang dengan jari hanya berapa kali. Hari raya pun, Pia tak pernah balik selepas penghijrahannya.
Lebih kurang 15 tahun lamanya Pia berkhidmat dengan Kerabat Di-Raja tersebut, sebelum akhirnya biduanita negara itu menghembuskan nafas terakhirnya akibat kanser pada tahun 2002. Pemergiaan majikannya meninggalkan kesan yang mendalam buat Pia. Masakan tidak, selama ini, dia dilayan bagai keluarga sendiri. Lalu Pia memutuskan untuk berhenti kerja di situ apabila ditawarkan untuk bekerja dengan sebuah lagi keluarga Diraja.
Semua orang kata Pia gila, bila Pia selalu cerita tentang Jerman dan Eropah. Gambar ini antara bukti Pia pernah tinggal di sana ..

Kali ini, Pia dibawa bekerja dan menetap di Jerman selama 4 tahun oleh majikan. Pia dibawa menjelajah ke seluruh Eropah oleh majikannya. Apa yang Pia impikan selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Hidupnya dilingkari kemewahan walaupun cuma menumpang kesenangan orang.
Pulang dari Jerman, Pia balik ke rumah bertemu Ibu. Ibu meluahkan kerisauannya sampai bila Pia harus hidup begini. Usia semakin lanjut, Pia mesti berumah-tangga. Atas desakan ibu … Pia mula mencari pasangan hidup. Pia pun menikahi seorang lelaki berada atas dasar cinta biarpun cuma menjadi isteri kedua.
Tiga tahun kemudian, rumah-tangga Pia runtuh tanpa diketahui sebab sebenar oleh keluarga. Di situlah bermulanya tragedi sedih hidup Pia. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia telah diceraikan oleh lelaki yang dia cintai.
Pia sekali lagi pulang ke rumah, memohon izin ibu untuk kembali bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman bangsawan. Tetapi ibu tidak mengizinkan sama sekali.
Alasan ibu, hidup seperti itu tiada kesudahannya. Ibu mahu tinggal Pia bersama ibu … dan bekerja seadanya untuk meneruskan kehidupan.
Sejak itu, Pia mula berubah sikap. Dari seorang yang lembut tutur katanya, Pia menjadi seorang yang panas baran, dari seorang yang rajin, menjadi pemalas dan Pia banyak menyendiri. Namun yang pasti, Pia selalu menyalahkan ibu kerana mengatur kehidupannya. Kerana ibulah, hidupnya susah ! Itulah yang sering diungkit-ungkit Pia sampai ke hari ini.
Sehinggalah, saat Ibu menghembuskan nafas terakhirnya pun Pia hanya berkurung di dalam bilik. Jiran yang tidak melihat kelibat ibu setiap pagi di luar rumah seperti rutinnya, bertindak masuk ke rumah mereka. Jenazah ibu ditemui sudah keras di atas katil pada jam 1 tengahari. Di percayai, ibu meninggal dunia sejak semalam di dalam tidurnya. Pia pula sedang tidur di dalam biliknya tanpa megetahui apa yang terjadi.
Dan sejak itulah hidup Pia mula berubah sehinggalah saat kita menemukan Pia. Sangka kita, tugas kita cuma betulkan lampu. Namun melihat keadaan Pia, kita tidak sampai hati.
“Jangan tangkap saya. Saya tak mencuri pun ..” Luluh hati melihat Pia terpaksa di bawa ke hospital dalam keadaan tangan bergari. Sebelum itu, Pia mengamuk enggan ke hospital. Oleh kerana takutkan polis, Pia akhirnya memberikan kerjasama selepas itu.

Pia tidak layak masuk ke institusi JKM kerana belum mencapai usia warga emas. Untuk katogari pesakit mental pula, Pia tidak pernah mengganggu kententeraman masyarakat setempat. Pia masih boleh mengurus keperluan diri. Pia menyara hidup dgn wang bantun JKM dan pemberian adik beradiknya yang kita sedia maklum, bukanlah orang senang.
Kita sudah membawa Pia mendapatkan rawatan psikiatrik. Kini, Pia makan ubat setiap malam. Keadaan Pia tidaklah terlalu kritikal lagi masih belum terlewat untuk Pia manjalani rawatan.
Di atas kain berwarna pink itulah Pia tidur tanpa bantal atau selimut. Pia mandi dengan menggunakan air yang diisi di dalam botol kerana di dalam rumah tiada bekalan air. Paip bocor dan tekanan air sangat rendah. Pia tak pernah keluar rumah tanpa urusan. Kelihatan usaha membuka pintu rumah dari dalam gagal dan pintu yang telah reput itu terpaksa dipecahkan dari luar.

Ternyata ubat yang diberi sesuai dengan tahap Pia. Dengan kerjasama waris, kita akan pastikan Pia makan ubat mengikut jadualnya. Alhamdulillah, sudah 4 hari Pia makan ubat sejak hari pertama dia diselamatkan. Pia sudah kembali berpijak ke alam nyata. Kita akan membantu Pia untuk bangkit semula membina kehidupannya dengan sekongan pihak hospital juga yang akan mengadakan lawatan ke rumah.
Sebelum ini, pihak bandaran pernah cuba bersihkan pokok yang menutupi keseluruhan termasuk pintu pagar rumah Pia.. tapi Pia mengamuk dan halau balik. Hari pertama kita membersihkan halaman dan membuang sampah. Dari situlah kita nampak, tugas kita bukanlah hanya memasang lampu kalimantang semata .

Kita perlu membaiki rumah yang sudah rosak dan tanpa bekalan air ini demi keselesaan Pia. Bumbung yang bocor, paip yang pecah dan lain-lain kerja pembaikan termasuk menaikkan sebelah tembok rumah pusaka Pia untuk mengelakkan masalah dgn jiran sebelah. Untuk kerja-kerja membaik- pulih rumah ini kita memerlukan lebih kurang RM3K dan bagi membeli kelengkapan rumah seadanya buat Pia, kita anggarkan lebih kurang RM3K. Keseluruhan yang diperlukan dalam anggaran RM6K.
Lebihannya jika ada, akan kita agihkan utk mereka yang memerlukan yang lain di luar sana yang mana kisah mereka juga, ada dikongsi di sini.
Semoga kisah Pia ini menjadi iktibar buat kita semua. Yang penting, janganlah kita memandang serong kepada pasakit mental. Berilah mereka peluang dan sokongan kerana kita sendiri tak pernah tahu nasib kita. Sungguh pun kita selalu cuba merancang yang baik-baik belaka. Namun, perancangan yang terbaik tetap datang dariNya kerana Dia merancang dengan penuh hikmah dan rahmah.
Hari ini, Pia “ mewarisi “ rutin tinggalan arwah ibunya. Mengayuh basikal sejauh lebih 10 kilometer untuk ke bandar bagi membeli keperluannya. Entah sampai bila …
Jumaat yang barakah , salam dan selawat buat Junjungan Besar kita …
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد
SEDEKAH JUMAAT
RUMAH SURAT KHABAR
KEPERLUAN RM6K
SUMBANGAN MAYBANK NATIPAH ABU ‭552107617521
Sumber: Natipah Abu
The post Wanita 54 Tahun Tinggal Di Rumah Bertampal ‘Surat Khabar’, Perlu Bantuan RM6,000 Nak Baiki Rumah appeared first on Suara Viral Malaysia.


source: Suara Viral Malaysia

Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2020/09/wanita-54-tahun-tinggal-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Berusia 20 Tahun Buat Keputusan Beli Rumah Bernilai Rm300 000 Secara Tunai Ekoran Tidak Mahu Membayar Faedah

Penyanyi Berusia 20 Tahun Buat Keputusan Beli Rumah Bernilai Rm300 000 Secara Tunai Ekoran Tidak Mahu Membayar Faedah

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 353 hits
Bagi kebanyakan individu dewasa adalah menjadi perkara biasa apabila kita harus bergelut dengan tanggungjawab kewangan dalam ekonomi semasa dengan mengambil pinjaman ketika membeli rumah atau kereta Tetapi bagaimana jika anda dapat membelin...
Hiburan Tak Suka Berhutang Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash Rm300 000 Pada Usia 19 Tahun

Hiburan Tak Suka Berhutang Masya Masyitah Beli Rumah Bayar Cash Rm300 000 Pada Usia 19 Tahun

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 555 hits
Mendedahkan bahawa rumah yang didiaminya kini merupakan kediaman miliknya sendiri yang dibeli secara tunai tanpa menggunakan kemudahan pinjaman bank penyanyi Masya masyitah akui segalanya diusahakan sendiri Menurut Masya kediaman jenis kond...
Polis Suri Rumah 59 Tahun Rugi Rm75 000 Di Perdaya Scammer Menyamar Inspektor Fauzi

Polis Suri Rumah 59 Tahun Rugi Rm75 000 Di Perdaya Scammer Menyamar Inspektor Fauzi

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 380 hits
KUANTAN Seorang suri rumah kerugian RM75 000 akibat ditipu oleh dua individu yang menyamar sebagai kakitangan pos laju dan polis Mangsa berusia 59 tahun diperdaya kononnya terlibat dalam kes pengubahan wang haram sehingga mendorongnya membu...
Kisah Mbah Surati Tinggal Di Rumah Reyot Dan Jadi Pemulung Di Usia Renta Hanya Dapat Rp 17 Ribu Per Minggu

Kisah Mbah Surati Tinggal Di Rumah Reyot Dan Jadi Pemulung Di Usia Renta Hanya Dapat Rp 17 Ribu Per Minggu

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 402 hits
Di masa tua biasanya banyak orang yang memimpikan kehidupan tenang dan sejahtera Sayangnya hal ini jauh berbeda dengan apa yang dialami oleh seorang nenek yang akrab disapa Mbah Surati Di usianya yang menginjak angka 74 tahun beliau harus m...
Hiburan Saya Tak Nak Panjangkan Cerita Belum Setahun Berkahwin Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai

Hiburan Saya Tak Nak Panjangkan Cerita Belum Setahun Berkahwin Rumah Tangga Nadia Brian Dilanda Badai

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 405 hits
Enggan mengulas lanjut mengenai rumah tangga dengan suami Muizz Nasruddin yang didakwa sedang bermasalah pelakon Nadia Brian dilihat lebih berselindung apabila diajukan soalan sedemikian Ujar Nadia fokus utamanya sekarang adalah untuk menye...
Mentega Seberat 10kg Berusia 2 000 Tahun Ditemui

Mentega Seberat 10kg Berusia 2 000 Tahun Ditemui

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 231 hits
Bertempat di Drakerath Ireland mentega seberat kira kira 10kg dan dipercayai berusia lebih 2 000 tahun telah dijumpai seorang pemotong rumput bernama Jack Conway ketika sedang bekerja di kawasan paya gambut Emlagh Mentega tersebut dikatakan...
Koperal Polis Samun Wanita China Telah Diberhentikan Sejak Tahun 2018

Koperal Polis Samun Wanita China Telah Diberhentikan Sejak Tahun 2018

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 394 hits
Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan seorang wanita warga China disamun 3 orang lelaki dan salah seorangnya dikatakan adalah koperal polis yang digantung tugas BACA Bagaimanapun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ah...
Tomok Kongsi Perjalanan 5 Tahun Sambung Degree Nervous Nak Jawab Muet

Tomok Kongsi Perjalanan 5 Tahun Sambung Degree Nervous Nak Jawab Muet

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 282 hits
Menerusi satu entri di laman Instagram penyanyi Tomok telah berkongsi perjalanan selama lima tahun menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif di Universiti Utara Malaysia source
Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan Umno Dan Pas Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan Ppbm

Lebih 60 Tahun Diperlukan Untuk Satukan Umno Dan Pas Tapi Nak Meruntuhkannya Hanya Perlukan Ppbm

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 423 hits
PAS mungkin kurang faham kenapa ahli2 UMNO sukar nak terima penyertaan PPBM masuk ke dalam Muafakat Nasional UMNO bukan tolak idea nak menyatukan seluruh umat Islam Melayu membentuk Melayu Raya bak kata Dato Takiyuddin UMNO juga bukanlah te...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket