Nak Nasi Beriani Dapat Nasi Arab Sekali
Hari berganti hari sampai lah berbulan bulan lamanya terasa nak makan nasi beriani. Tapi tak dapat. Haritu order kat foodpanda, restaurant cancel begitu je sebab jauh katanya. Ape daaaa..dah ada dalam foodpanda kita pilihlah. Dah pilih dan bayar, eh eh dia cancel pulak. Bukan rezeki kita namanya tu.
Mujur dapat refund sehari je. Kali kedua order food delivery by foodpanda juga. Order Pizza kalau tak silap. Kena cancel order jugak sebab tak ada rider nak hantar. Refund pun lambat sikit dapat dalam 3-4 hari kalau tak silap. Takpelah, asalkan dapat refund nya.
Semalam husband keluar beli pelampung flush toilet rosak pulak. Nak tak nak kena beli juga, tak pasal nanti bil air pulak melambung. Perasan sehari sebelumnya bunyi air dan air mengalir keluar dari flush. Mujur juga ada Mr DIY yang bukak semua section.
Terpaksa husband pergi Mr. DIY jauh sikit sebab yang dekat section tu ditutup. Itupun staff situ suggest dan katanya ada yang bukak semua. Alhamdulillah..Jenuh juga nak tunggu kalau beli online.
Balik balik husband bawa nasi beriani dan nasi Arab. Eh, tiba tiba je beli nasi Arab. Lahhh kata aritu nak nasi beriani katanya. Tak sangka pulak husband belikan sekali nasi beriani. Nak nasi beriani dapat nasi arab sekali. Rezeki betul.
Sebungkus nasi beriani dan sebungkus nasi arab. Nasi beriani dia banyak. Kami bahagia dua untuk lunch.
Seketul lauk ayam besar bahagian isi. Bahagi dua pun kenyang makan. Ada acar nanas timun dan sambal belacan. Pelik pulak ada sambal belacan tiba-tiba. Ke sambal nasi arab
Nasi Arab portion pun banyak cuma ayam kecil sikit. Sekali dengan timun dan juga yogurt. Kami kongsi berdua untuk dinner. Senang cuti masak sehari terus. Alhamdulillah..
Sebelum ni teringin sangat nak makan nasi baryani kambing 30 hari Senawang. Kali terakhir makan entah tahun bila entah. Sebelum COVID kot rasanya. Itu yang teringin sungguh. Kat situ je yang sedap dan menepati selera.
Menu Nasi Baryani Kambing 30 HariNasi biryani gam JohorMee bandung MuarNasi arabPelbagai menu western dan masakan panas yang lain
Next time nak try mee bandung Muar pulak. Sebenarnya ada je nasi beriani yang dekat, nasi beriani warisan Hj Ayob tapi semalam Jumaat kedai tutup. Rezeki dapat nasi baryani kambing 30 hari yang dah lama teringin makan.
Alhamdulillah dapat juga merasa nasi arab. Nasi Arab yang popular di Seremban ni Nasi Arab Damsyik. Pernah makan sekali je kot rasanya. Menarik dia punya decoration macam kat Arab tu. Tapi faham fahamlah bila dah popular dan jadi tumpuan, sentiasa ramai orang.
Satu cawangan lagi kurang sibuk tapi dah tutup pulak. Nasi Arab Damsyik pun sedap juga. Isi ayam dia lembut.
Nasi baryani, biryani, beriani..macam macam ejaannya. Saya suka nasi di Baryani Kambing 30 hari lagi. Rasa lauk ayam di sedap. Teringin nak rasa yang Kambing 40 Hari tu tapi tak dapat dapat. Dapat yang 30 Hari pun jadilah ye tak.
Balik Johor pun bukan lalu sana pun. Semata-mata nak pergi makan kat sana memang taklah. Ada yang dekat pun syukurlah. Tak dekat sangat pun sebenarnya.
Lokasi Restoran Baryani Kambing 30 Hari 2, Jalan Orkid 2,Taman Senawang Indah,70450 Seremban,Negeri Sembilan
Ini bukan paid review ya. Dah sedap, kita recommend lah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/07/nak-nasi-beriani-dapat-nasi-arab-sekali.html