Nak Letak Tajuk Pun Pening Korang Faham Sendiri Jer Dia
Baru tadi, pegawai PM7 Adam Mukhriz mengesahkan gambar PM7 dengan pemimpin-pemimpin UMNO, PAS, GPS, Warisan, PM8 dan Azmin Ali memang diambil pada pagi 23 Feb 2020 iaitu hari Langkah Sheraton
Sebab itu, saya kongsi semula apa yang sebenarnya berlaku:
1. Dia tak suka DAP. Dia tak suka Anwar jadi PM. Dia dah tak tahan dengan tekanan DAP dan geng Anwar terhadap dia tapi dia perlu bertahan kerana jumlah kerusi parlimen DAP dan PKR jauh lebih banyak banding dia
2. Parti PPBM dia mahu keluar dari PH secepat mungkin kerana bimbang kalah pada PRU15 akan datang setelah 5 kali kalah PRK kepada BN. Dia juga sokong
Siapa nak bersama orang yang sendiri mengaku akauntan gagal ataupun orang yang difitnah ada ijazah
3. Dia juga yang menyokong parti BN dan PAS bergabung dengan PPBM. Sebab itu, geng dia asyik cari dan pujuk kita (termasuk saya) sejak berbulan-bulan lagi
Untuk menyelesaikan masalah-masalah ini, dia pun letak jawatan tanpa memberitahu atau berunding dengan pemimpin-pemimpin PH
Lalu, dia umum bahawa dia mahu buat kerajaan perpaduan semasa dia PM interim. (ramai dah lupa cerita ini)
Dengan cara ini, dia boleh pilih ahli-ahli parlimen yang totok pada dia sahaja untuk sokong dia sebagai PM tanpa mengambil kira tekanan parti atau pemimpin parti
Boleh ambil dari BN, PAS, PKR, DAP, PAN (entah kenapa nak ambil dari PAN, saya tak tahu kenapa) dan dari parti-parti Sabah/Sarawak
Asalkan totok pada dia sudah cukup. Dia pun boleh pecah-belahkan kuasa parti masing-masing
Dengan cara ini juga dia tidak lagi di bawah tekanan mana-mana parti politik
Suka hati dia nak buat dan lantik siapa jadi PM
Tapi malangnya bagi dia, UMNO, PAS, PKR dan DAP pun tak setuju dengan dia kerana ini akan melahirkan seorang diktator dengan kuasa tanpa batas
UMNO dan PAS juga tidak boleh terima bekerjasama dengan orang DAP
Parti GPS Sarawak pun tak mahu duduk bersama DAP kerana bau hancing terlalu kuat
Yang setuju dengan dia cuma Pak Kadir seorang. (memang tugas Pak Kadir cuma 100% taat setia pada dia dari dulu-dulu lagi)
Oleh kerana semua pihak tak setuju, parti-parti PH dan BN pun tak sokong dia jadi PM semasa menghadap YDP Agong
Lalu, dia pun kalah kerana tak dapat sokongan padu dari kedua-dua pihak
Setelah kalah, dia pun bekerja lagi keras untuk menumbangkan kerajaan PN untuk merebut kuasa kembali
Dia tak pernah hormat PH dan tak pernah hormat mandat Rakyat
Sebab itu, dia tak berbincang dan memberitahu pemimpin-pemimpin PH semasa dia letak jawatan
Sebab itu dia tak hadir apabila PH suruh bermesyuarat untuk menyelesaikan kemelut. Lalu Anwar pun dipilih sebagai calon PM oleh PH
Oleh sebab rancangan dia gagal dan dia tak jadi PM kerajaan perpaduan maka dia kini gigih untuk tumbangkan PM8 dengan apa jua cara termasuk cubaan membeli ahli-ahli parlimen
Cuma perlu dua soalan jika dia nak nafi lagi:
1. Kenapa sebelum ini dia tak pernah beritahu sesiapa tentang meeting pagi hari Langkah Sheraton ini
2. Kenapa dia tak pernah beritahu atau berunding dengan DAP, PAN dan PKR sebelum dia letak jawatan sebagai PM
NajibRazak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bankami.blogspot.com/2020/05/nak-letak-tajuk-pun-pening-korang-faham.html