Nak Kahwin Selepas Tamat Pkp 7 Tips Ini Sangat Penting Untuk Bakal Pengantin Pertimbangkan
Wabak Covid-19 yang menyerang negara menyebabkan banyak urusan perlu ditangguhkan sementara. Antaranya soal pekerjaan, persekolahan, percutian dan sebagainya.
Malahan, turut terkesan adalah pasangan yang merancang untuk berkahwin ketika pandemik. Ramai pasangan yang mengeluh kerana majlis sudah pun dirancang sejak berbulan-bulan tetapi akhirnya ditunda.
Tetapi yang menjadi persoalan, sampai bila perkahwinan harus ditunda?
Dalam keadaan yang penuh dengan ketidakpastian ini, tidak jawapan yang boleh diberikan. Segalanya bergantung kepada keadaan semasa.
Bagaimana jika keadaan semakin reda, bolehkah anda dan pasangan meneruskan rancangan untuk berkahwin ketika ‘musim’ Covid-19 ini?
Perkongsian oleh Hello Doktor seperti di bawah ini mungkin boleh membantu semua bakal pengantin di luar sana dalam membuat keputusan.
Bolehkah berkahwin ketika pandemik?
Sekiranya majlis perkahwinan yang dirancang adalah pada bulan-bulan seterusnya seperti Ogos, September mahupun Disember, bolehkah anda meneruskannya?
Sebenarnya, ia masih dikira dalam keadaan pandemik lagi.
Namun jika keadaan semakin pulih dan kes jangkitan juga sudah berkurangan atau tiada, cara terbaik adalah untuk melakukan perbincangan terlebih dahulu dengan ahli keluarga.
Jika pada masa sekarang sehingga bulan Mei, sebarang majlis perkahwinan perlu dibatalkan atau ditangguhkan.
Ini adalah bagi mengekang sebarang penularan wabak coronavirus.
Walau bagaimanapun, mungkin untuk bulan-bulan seterusnya, anda masih boleh meneruskan perancangan untuk berkahwin. Tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.
Tip berkahwin ketika pandemik
Gambar sekadar hiasan
Beberapa tip berikut adalah antara yang perlu anda pertimbangkan jika masih mahu berkahwin ketika pandemik, antaranya:
1. Panduan kesihatan
Apa yang perlu dibuat jika anda sudah mempunyai tarikh dan tempat bagi meneruskan majlis perkahwinan?
Paling penting, anda harus sentiasa peka dengan panduan kesihatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
Anda perlu tahu apa yang boleh dilakukan dan bagaimana cara untuk memastikan setiap tetamu yang hadir berada dalam keadaan selamat.
Contohnya, anda boleh sediakan hand sanitizer di pintu utama majlis diadakan dan juga mengamalkan cara sapaan menundukkan kepala berbanding bersalaman.
Gambar sekadar hiasan
Pastinya anda tidak mahu menjadi penyebab individu jatuh sakit, bukan?
2. Bilangan tetamu
Siapa yang tidak mahu majlis perkahwinan meriah dengan kehadiran tetamu. Namun buat masa ini, anda perlu lebih mengutamakan aspek keselamatan.
Jika sebelum ini anda merancang jemputan melebihi 2,000 orang, mungkin anda patut fokus memberikan jemputan kepada keluarga terdekat serta rakan-rakan baik anda sahaja.
Gambar sekadar hiasan
Sudah tentu tindakan ini bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada jangkitan virus.
3. Hidangan makanan
Biasanya majlis perkahwinan akan menyediakan hidangan makanan jenis bufet. Tetapi anda perlu mempertimbangkan sedikit perubahan.
Cadangan terbaik adalah untuk menyediakan hidangan makanan siap terhidang dalam bungkusan.
Gambar sekadar hiasan
Ia sesuatu yang janggal, tetapi sudah pastinya tetamu yang hadir memahami tentang situasi semasa yang dihadapi.
4. Ringkas dan mudah
Dalam konsep hiasan bagi majlis perkahwinan pula, amat disarankan untuk anda memilih sesuatu konsep yang ringkas dan mudah.
Semua individu, khususnya wanita mahukan majlis yang meriah dan cantik dengan dipenuhi bunga segar, hiasan mewah dan sebagainya.
Tetapi jika memilih untuk berkahwin ketika pandemik ini, pastinya ada beberapa keinginan yang tidak dapat dipenuhi.
Gambar sekadar hiasan
Namun anda masih boleh bereksperimen dengan kreativiti anda, bukan?
5. Amalan kebersihan diri
Pastinya amalan melibatkan aspek penjagaan kebersihan diri menjadi keutamaan.
Anda perlu menyediakan dispenser pembersih tangan yang mencukupi.
Gambar sekadar hiasan
Sebaiknya tabiat mencuci tangan dengan kerap perlu sentiasa diamalkan serta menghindari sentuhan pada muka apabila berada di tempat awam.
7. Siaran langsung
Sudah tentu anda akan berasa sedih apabila ada individu yang rapat tidak boleh menghadiri majlis perkahwinan anda.
Apa kata anda manfaatkan kemajuan teknologi yang ada?
Jika mereka tidak boleh menghadirinya, anda bawakan majlis anda kepada mereka dengan mengadakan siaran langsung perkahwinan anda.
Gambar sekadar hiasan
Kini ada pelbagai cara boleh digunakan, bukan? Facebook Live ataupun Instagram Live, pilihlah!
Bulan madu selepas majlis perkahwinan
Satu kebiasaan untuk pasangan baru berkahwin untuk berbulan madu selepas majlis diadakan.
Ia perkara yang boleh membantu mengeratkan hubungan pasangan baru bergelar suami isteri.
Namun, dalam tempoh pandemik ini, mungkin anda boleh memilih untuk berbulan madu dalam negara terlebih dahulu walaupun mungkin pada waktu itu wabak COVID-19 sudah semakin pulih.
Gambar sekadar hiasan
Atau pilihan yang lebih baik adalah untuk menangguhkan terlebih dahulu sebarang perancangan untuk berbulan madu sehingga keadaan benar-benar pulih.
Fokus kepada perkara penting
Keputusan untuk berkahwin dengan insan yang anda cintai pasti satu perkara yang membahagiakan.
Namun kesan daripada penularan coronavirus, sudah tentu ia memberikan impak kepada majlis yang anda rancang.
Tetapi bukankah perkara paling penting adalah ikatan perkahwinan antara anda serta pasangan, dan bukannya majlis itu sendiri.
Gambar sekadar hiasan
Percayalah, ahli keluarga, rakan baik mahupun individu sekeliling anda akan memahami jika anda memilih untuk tidak melakukan sebarang majlis, hanya memfokuskan kepada majlis akad nikah atau mendaftar perkahwinan sahaja.
Sumber: Asyikin Md Isa via Hello Doktor
The post Nak Kahwin Selepas Tamat PKP? 7 Tips Ini Sangat Penting Untuk Bakal Pengantin Pertimbangkan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/21/nak-kahwin-selepas-tamat-pkp-7-tips-ini-sangat-penting-untuk-bakal-pengantin-pertimbangkan/