Nak Jaga Hati Orang Kapir Ke


 


Marwan Bukhari. 

Isu sebut Kafir atau Bukan Muslim hanyalah isu memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian, tidak timbul langsung sebenarnya isu melarang daripada guna perkataan yang diguna oleh al-Quran. Pihak yang menuduh sedemikian terang-terang sedang memanipulasi isu dan bersungguh-sungguh mahu menuduh lawannya meninggalkan ungkapan al-Quran, padahal Al-Quran sendiri TIDAK HANYA menggunakan perkataan kafir dan sebanding dengannya seperti kafirun dan kuffar setiap kali merujuk kelompok bukan Muslim.


Bahkan, dalam al-Quran, ada ayat-ayat yang memanggil mereka sebagai “wahai ahli kitab” dalam cukup banyak ayat seperti dalam surah Ali ‘Imran: 64, 65, 70, 71, 98 dan 99,  dan surah al-Nisa’: 15, 19, 59, 68 dan 77.


Selain itu, al-Quran juga mengandungi ayat yang berbicara kepada semua termasuk orang kafir dengan memanggil mereka “wahai manusia”. Contohnya dalam surah al-Baqarah: 21, 168 dan 264, dan al-Nisa’: 1, 170 dan 174.


Al-Quran juga memanggil secara umum termasuk bukan Muslim dengan sebutan “wahai anak Adam” sebagaimana dalam surah al-A’raf: 26, 27, 31, 35 dan 172. Di sesetengah ayat, al-Quran merujuk kepada manusia termasuk bukan Muslim sebagai “wahai para hamba-Ku” seperti dalam surah al-Zumar, ayat 53.


Malah, menurut al-‘Allamah Yusuf al-Qaradawi rahimahullah,  al-Quran tidak menyebut perkataan “wahai orang kafir” melainkan dalam dua ayat sahaja iaitu surah al-Tahrim, ayat 7 dan surah al-Kafirun.


Penggunaannya dalam surah al-Tahrim, ayat 7 adalah dalam konteks bicara Allah kepada golongan kafir di akhirat. Manakala perkataan “wahai orang kafir” dalam surah al-Kafirun pula ditujukan kepada golongan musyrik penyembah berhala yang sedang membuat tawaran kepada Rasulullah SAW untuk mereka menyembah berhala satu tahun dan kemudian menyembah Allah pada tahun yang lain.


Surah al-Kafirun mahu menolak tawaran ini dengan gaya bahasa yang tegas dan arahan yang nyata tanpa sebarang kompromi. Lantas, baginda diperintahkan agar berbicara kepada mereka dengan muktamad termasuk dengan mengulang dan mempertegas. Meskipun begitu, surah ini tetap diakhiri dengan ayat yang membuka pintu toleransi kepada bukan Muslim iaitu “Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.” 


Malah, kata al-Qaradawi lagi dalam karangan beliau yang berjudul Khitabuna Al-Islami fi ‘Asr al-‘Awlamah:


“… Termasuk dalam makna berdakwah dengan hikmah dan mau’izah hasanah (pengajaran yang baik) dan berdebat dengan cara terbaik yang menjadi tuntutan kepada orang Islam khususnya pada zaman globalisasi ini adalah untuk tidak berbicara dengan pihak yang berbeza agama dengan kita dengan panggilan nama al-Kuffar (wahai golongan kafir) walaupun sememangnya kita beriktikad dengan kekufuran mereka. Apatah lagi jika pihak yang berbeza dengan kita itu adalah dari kalangan Ahli Kitab.”


Timbul pula dakwaan bahawa tindakan ini bererti menjaga hati orang kafir dan tindakan mengalah kepada mereka. Namun al-‘Allamah al-Qaradawi membantah dakwaan itu dengan menjawab:


“Saya tidak faham mengapa bentuk ucapan yang sopan santun begini dianggap sebagai “mengalah” dari pihak kita? Apa sebenarnya yang kita telah mengalah? Kita tidak sesekali mengalah dari segi iktikad bahawa agama kita adalah agama yang benar dan selainnya adalah batil. Kita juga tidak mengalah dari pegangan kita bahawasanya mereka yang tidak beriman dengan risalah Baginda Nabi Muhammad SAW adalah kafir. Inilah pegangan golongan beragama yang meyakini bahawa agamanya adalah benar, manakala selainnya adalah batil. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dengan keyakinan ini.


Namun demikian, berbicara dengan pihak yang berbeza agama dengan kita dengan panggilan yang menyakiti mereka, mencederakan perasaan mereka atau menjauhkan mereka dari agama Allah adalah satu isu yang berbeza. Allah SWT tidak menuntut pun kita untuk berbicara sedemikian, sebaliknya Allah SWT mengarahkan kita dengan arahan yang sepenuhnya berbeza.” (Al-Qaradawi, Yusuf, Khitabuna Al-Islami fi ‘Asr al-‘Awlamah, hlm. 44-45)


Maksudnya, dalam berinteraksi dengan mereka, Allah mengarahkan kita agar berbicara dengan penuh hikmah, pengajaran yang baik dan jika berdebat pula, perdebatan itu berlaku dengan cara terbaik. Malah, panggilan yang baik juga sebenarnya sesuai dengan fitrah kita.


Oleh itu, di tanah air kita, panggilan bukan Muslim sudah digunakan secara meluas, malah kumpulan Islam yang kononnya bertegas dengan isu ini juga menggunakan perkataan “Bukan Muslim” semasa merujuk anggota dan penyokong mereka dalam kalangan bukan Muslim.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/nak-jaga-hati-orang-kapir-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Tapi Kalau Mak Ayah Sabar Ganjaran Syurga Menanti

Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Tapi Kalau Mak Ayah Sabar Ganjaran Syurga Menanti

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 171 hits
Menjaga memang payah Banyak cabaran yang perlu dilalui Sebenarnya banyak ganjaran pahala yang mak ayah akan dapat bila menyantuni Anak Perempuan Nak Jaga Memang Payah Anak lelaki dan perempuan kedua duanya pun ada cabaran berbeza Yang penti...
Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Cerai Datuk Red Bersyukur Adira Sambut Baik Kepulangan Ke Rumah

Semoga Jadi Asbab Dia Tawar Hati Nak Cerai Datuk Red Bersyukur Adira Sambut Baik Kepulangan Ke Rumah

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 173 hits
Sering menjadi tumpuan rakyat Malaysia kebelakangan ini usahawan kontroversi Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red tidak sangka akan mendapat sambutan yang baik daripada isterinya penyanyi Adira Suhaimi ketika pulang ke rumah Terima kepulanga...
Tak Tahu Apa Nak Jadi Malaysia Ni Warga Asing Berkeliaran Buat Sesuka Hati

Tak Tahu Apa Nak Jadi Malaysia Ni Warga Asing Berkeliaran Buat Sesuka Hati

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 174 hits
4 pengawal keselamatan kantoi memiliki kad pengenalan palsuMohd Haris Fadli Mohd Fadzilharisfadli hmetro com myLELAKI Filipina yang ditahan dalam Ops Pengawal Keselamatan kerana didapati memeliki kad pengenalan palsu FOTO ihsan JPNKuala Lum...
Nak Tadbir Pasukan Bola Pun Gagal Macamana Nak Jaga Negeri Dan Negara Boleh Percaya Ka Puak Puak Ni

Nak Tadbir Pasukan Bola Pun Gagal Macamana Nak Jaga Negeri Dan Negara Boleh Percaya Ka Puak Puak Ni

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 205 hits
Satu lagi negeri PASARAU Menjelang Aidilfitri minggu hadapan lebih 20 bekas pemain Perlis United FC menuntut kelab berkenaan segera melangsaikan tunggakan dua bulan gaji mereka meskipun saingan Liga M3 sudah enam bulan berakhir Kemelut yang...
24 3 24 Sanusi Gagal Jaga 24 Orang Timb Menteri Ekonomi Dr Gps Puad Ka

24 3 24 Sanusi Gagal Jaga 24 Orang Timb Menteri Ekonomi Dr Gps Puad Ka

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 144 hits
Sanusi gagal jaga 24 orang macam mana nak jaga 2 2 juta orang Puad kata Rafizi dan Padu gagal Soalannya Puad jugak gagal sebagai kerajaan Timbalan Menteri ekonomi adalah Ahli parlimen GPS Mengapa tidak mendapat penjelasan Timbalan Adakah ti...
Mak Aku Seorang Sangat Yang Memang Jaga Aurat Tapi Disebalik Tu Ada Bende Yang Mak Sorok

Mak Aku Seorang Sangat Yang Memang Jaga Aurat Tapi Disebalik Tu Ada Bende Yang Mak Sorok

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 164 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Terima kasih di dahulukan sekiranya admin page menyiarkan luahan saya ini Saya W berumur 26 tahun merupakan anak sulung dalam keluarga saya Tujuan saya bercerita ni sekadar ingin kan jawapan Kerana saya b...
Anwar Boleh Jadi Pm Penggal Kedua Jika Ph Jaga Pengundi

Anwar Boleh Jadi Pm Penggal Kedua Jika Ph Jaga Pengundi

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 217 hits
freemalaysiatoday com 28 Mar 2024 07 30 AMPenganalisis berkata BN juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kurang 30 kerusi Parlimen jika mahu Anwar Ibrahim kekal menerajui kerajaan Penganalisis berkata masih terlalu awal untuk menil...
Kau Minta Sedekah Naik Honda Individu Dedah Pengemis Kaya Bawa Honda Crv Minta Sedekah Kerana Jaga Warga Emas

Kau Minta Sedekah Naik Honda Individu Dedah Pengemis Kaya Bawa Honda Crv Minta Sedekah Kerana Jaga Warga Emas

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 162 hits
Tular di media sosial baru baru ini seorang individu yang mendedahkan penipuan seorang peminta sedekah yang terlihat daif namun sebaliknya mempunyai kereta yang mewah serta berkemampuan Naik kereta Honda Melalui sebuah video yang dimuat nai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities