Nak Ikut Mak Comel Gelagat Spontan Tokti Bermanja Dengan Mak Sebelum Konsert Bermula


“Nak ikut mak.” -Comel! TokTi sempat lagi bermanja denga ibu sebelum konsert bermula. Seluruh Malaysia terutamanya peminat penyanyi nombor satu negara telah menantikan persembahan dari Siti Nurhaliza. Malam kelmarin berlangsungnya konsert jelajah #SitiNurhalizaontour di Axiata Arena.
Tak sangka, walaupun telah lama Tok Ti menjadi penyanyi, pembukaan konsert yang cukup memukau dengan lagu ‘Bardasila’ ternyata membuat para penonton seakan dipukkau dengan kemerduan penyanyi bersuara emas itu. Setiap satu kejayaan yang dimiliki TokTi itulah adalah berkat doa seorang ibu yang sentiasa menyokong karier anaknya yang tersayang.
Tok Ti Manja dengan Mak
Kakak ipar Tok Ti telah upload video di IG, memaparkan suasana sebelum konsert bermula TokTi.
Kelihatan Tok Ti sempat bermanja dengan ibunya setelah satu sesi fotografi bersama.

Tindakan spontan itu nyata mengundang gelihati di kalangan penonton. Terserlah sisi manja seorang penyanyi kesayangan ramai ini.
Video

Sikap manja TokTi jelas kelihatan, ternyata walaupun dirinya kini boleh dikatakan sebagai lagenda dalam industri nyanyian namun dia masih meletakan restu orang tua paling utama.
Ini terbukti bila setiap ucapan pasti diutamakan ucapan penghargaan buat kedua ibu & juga arwwah bapanya Allahyarham Tarudin Ismail.
20 tahun lalu, di lokasi yang sama
 “Konsert pertama saya diadakan pada 1999, 20 tahun lalu, di lokasi yang sama. Ketika itu saya berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun, saya berimpian untuk mengadakan konsert pertama.
Tambahnya lagi,
“Di situlah bermula kisah saya bersama Pak Ngah. Beliau menjadi pengarah persembahan bagi Konsert Siti Nurhaliza Live. Kenangan itu sangat istimewa, dan malam ini saya buat ‘throwback’ menghargai karyanya.
Jasa  Allahyarham Adnan
“Malam ini juga saya gembira kerana keluarga Allahyarham Adnan turut hadir. Saya takkan lupa jasa arwwah dan isterinya,” kata Siti yang pernah mengeluarkan 25 album dan 250 lagu.
Terdahulu Siti memulakan siri jelajahnya di Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan Singapura (2 Mac). Terharu dengan sambutan diterimanya sepanjang tiga konsert siri jelajahnya, Siti mengaku dia menangis sebelum melangkah masuk ke pentas.
Penyanyi bersuara emas itu juga terpaksa memujuk diri kerana bimbang tidak dapat menyanyi dengan baik, sepanjang konsert.
 
Sumber: Instagram Rozi, OhMedia  & BH Online via celotehsaje
 
Lagu Jaga Dia Untukku’ buat ramai sebak, Siti imbau insiden Datuk K kema langan.
LAGU Jaga Dia Untukku nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza pada konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019 undang sebak lebih 10,000 penonton yang hadir di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Sabtu.
Sebelum menyanyikan lagu tersebut, Siti sempat mengimbau pengalaman menjaga suami, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa yang mengalami kemal angan motosikal di New Zealand pada tahun 2013.
Siti berkata, ia merupakan peristiwa yang memberi kesan mendalam buat dirinya sehingga ia diabadikan dalam lirik Jaga Dia Untukku.
“Lagu ini digubah berdasarkan kejadian sebenar iaitu insiden yang berlaku kepada suami beberapa tahun lalu dan ia memberi kesan mendalam kepada saya.
“Disebabkan kejadian itu, empat bulan saya berhenti nyanyi untuk menjaga suami yang kemal angan motosikal di New Zealand.
“Saya jaga dia sehingga sihat… Peristiwa itu sangat istimewa pada saya,” ujarnya.
Memukau… Persembahan seleksi lagu tradisional mendapat sambutan hebat penonton.
Pada konsert penutup jelajahnya itu, Siti menghiburkan peminat selama dua jam setengah menerusi 22 buah lagu terbaiknya yang turut dinyanyikan oleh penonton yang hadir.
Dalam pada itu, Siti turut meluahkan rasa simpati dan meminta semua penonton bertafakur bagi mengenang semua mangsa kejadian pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang, Johor dan tragedi di New Zealand.
Siti kemudiannya memulakan segmen pertama konsert itu dengan seleksi lagu-lagu tradisional ciptaan komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah sebagai tribute kepada Allah yarham.
Antara lagu tradisional ciptaan Pak Ngah yang dinyanyikan ialah Badarsila, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah, Nirmala, Balkis, Hati Kama dan Cindai.
Segmen seterusnya, Siti mengimbau pula perjalanannya ketika memulakan langkah ke industri muzik dengan bantuan komposer Allahyar ham Adnan Abu Hassan.
Menurutnya, Allahya rham antara individu yang banyak membantu pada awal kerjayanya termasuk pernah menumpangkannya di rumah setiap kali dia mempunyai aktiviti seni di Kuala Lumpur.
“Arw ah datang ke kampung saya Kuala Lipis dan meminta kebenaran daripada Allahya rham bapa saya untuk membawa saya menjadi penyanyi rakaman.
“Bermula daripada situ, Allahyar ham memberi saya tumpang di rumahnya setiap kali saya datang dan ada kerja di Kuala Lumpur,” ujarnya.
Siti menghiburkan peminat selama dua jam.
Pada segmen itu, Siti menyanyikan lagu hitnya berjudul Jawapan Di Persimpangan, Jerat Percintaan dan Wajah Kekasih.
Selain itu, Siti turut menyampaikan beberapa buah lagu daripada album Transkripsi khas buat peminat setianya secara medley.
Axiata Arena bertukar gamat apabila Siti tampil dengan segmen Unplugged untuk menyanyikan barisan lagu popular dan kegemaran peminat seperti Si Comel Pipi Merah, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu dan Purnama Merindu.
Siti Nurhaliza On Tour 2019 turut diserikan dengan penampilan dua penyanyi undangan iaitu Tulus dan Yura Yanita dari Indonesia manakala pendatang baharu, Natasya Saas tampil pada segmen pembukaan konsert itu menerusi dua buah lagu.
Konsert itu turut dihadiri oleh beberapa artis terkenal tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Khai Bahar, Lan Solo, Siti Elizad dan Jihan Muse.
Sebelum Axiata Arena Kuala Lumpur, Siti telah menjayakan konsert jelajahnya di Indonesia dan Singapura.

Sumber:citemelaya via rojakdaily
The post (Video) “Nak ikut mak..” -Comel! Gelagat spontan TokTi bermanja dengan Mak sebelum konsert bermula appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suaraviral.org/video-nak-ikut-mak-comel-gelagat-spontan-tokti-bermanja-dengan-mak-sebelum-konsert-bermula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Anak Sembelit Mesti Mak Mak Nak Tukar Susu Susu Tak Bersalah Kalau Anak Sembelit Tengok Punca Dari Pelbagai Sudut

Kalau Anak Sembelit Mesti Mak Mak Nak Tukar Susu Susu Tak Bersalah Kalau Anak Sembelit Tengok Punca Dari Pelbagai Sudut

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 531 hits
Sembelit 70 disebabkan dari pemakanan anak yang kurang tepat Sembelit akibat susu adalah jarang sekali dan jika ya bukan disebabkan komposisi susu tersebut malah lebih kepada cara bancuhan susu yang kurang tepat Cuba baca dengan selanjutnya...
Bukan Mudah Nak Handle 2 Tentera Ni Haih Depa Nak Ikut So Takde Pilihan Kena Bawak Fasha Sandha

Bukan Mudah Nak Handle 2 Tentera Ni Haih Depa Nak Ikut So Takde Pilihan Kena Bawak Fasha Sandha

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 397 hits
Terbaru selebriti Nur Fasha Sandha 34 muat naik video gelagat 2 tenteranya yang mencuit hati menerusi akaun instagramnya Bukan mudah nak handle 2 tentera ni Haih depa nak ikut so takde pilihan kena bawak Keutamaan akan di berikan kepada 2 a...
Gelagat Arif Jiwa Dan Siti Aafiyah Di Sekitar Konsert Dato Siti Curi Perhatian

Gelagat Arif Jiwa Dan Siti Aafiyah Di Sekitar Konsert Dato Siti Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 386 hits
Siapa yang tak kenal penyanyi tersohor Malaysia ini Dato Sri Siti Nurhaliza Sebut sahaja nama beliau semua terus menyanyi bait bait lagu dari beliau seperti Cindai Nirmala Purnama Merindu Anta Pernama dan lain lagi Beliau kini sedang giat m...
Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

Jangan Sebab Nak Rumah Kemas Ibu Marah Anak Buat Ikut Kemampuan Cakap Elok Elok

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 429 hits
Mak mak yang ada anak kecil jangan selalu susah hati Jangan selalu rasa bersalah Jangan selalu salahkan diri Kenapa Ini yang wanita bergelar ibu kena faham Perkongsian dari ibu kepada tiga orang anak Puan memberi sedikit kekuatan untuk ibu ...
Doa Yang Mak Aku Amalkan Untuk Murah Rezeki Tak Putus Saat Duit Nak Habis Je Ada Je Rezeki Masuk

Doa Yang Mak Aku Amalkan Untuk Murah Rezeki Tak Putus Saat Duit Nak Habis Je Ada Je Rezeki Masuk

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 1590 hits
Kami kongsikan sebuah kisah motivasi dan peringatan untuk kita sama sama amalkan agar jadi pembuka rezeki buat kita semua Insya Allah Tadi masa balik dari rumah mak masa nak salam mak tu aku sempatlah cakap kat mak Mak doakanlah alang ni ya...
Yang Nak Bela Kelulut Boleh Ikut Cara Wanita Ini Yang Penting Bunga Kena Banyak

Yang Nak Bela Kelulut Boleh Ikut Cara Wanita Ini Yang Penting Bunga Kena Banyak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 1094 hits
Taman kebun Puan Lisa Yusuff di kalangan netizen memang dah terkenal dengan keindahan dan kesuburan pokok pokok sayur dan bunga bungaannya Istimewa taman tepi rumah Puan Lisa ini sampai hari ini masih dalam pemantauan Jabatan Pertanian Terk...
Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

Bayi Baru Lahir Dapat Kolustrum Walau Abang Kakak Menyusu Masa Ibu Hamil Nak Putuskan Perlu Ikut Stepnya

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 447 hits
Risaunya bila bayi baru lahir tidak mendapat kolustrum sebab abang kakak menyusu masa ibu hamil Jangan bimbang mama si kecil tetap ada bahagiannya Ada situasi ibu sedang hamil dan dalam proses nak hentikan penyusuan anak kedua Sudah bermaca...
Nak Dapat Anak Pertama Mudah Bila Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ikut Tips Doktor Ini

Nak Dapat Anak Pertama Mudah Bila Anak Kedua Susah Pula Nak Lekat Ikut Tips Doktor Ini

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 425 hits
Sukar mendapatkan anak kedua atau seterusnya sering dihadapi sesetengah pasangan Untuk anak sulung ibu berupaya hamil dengan mudah Namun bila nak dapatkan anak kedua ketiga atau seterusnya asyik gagal Kenapa ye Ada yang mengadu kitaran haid...
Sumpah Demi Allah Bukan Nak Ikut Adat Kafir

Sumpah Demi Allah Bukan Nak Ikut Adat Kafir

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 389 hits
Baru baru ini Uqasha Senrose ada muat naik video menunjukkan dirinya menyambut jambangan bunga di majlis bridal shower Nelydia Senrose Tindakannya itu mengundang The post appeared first on
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp