Nak Elak Mengandung Lagi Guna Iucd Dah Kuasa Tuhan Tetap Lekat


Terperanjat dibuatnya! Biarpun mengenakan IUCD, tiba-tiba ujian air kencing mendapati diri hamil. Tidak mungkin keputusan hasil dari ujian air kencing akan tersilap. Pemasangan alat pencegahan kehamilan ini mungkin mudah dipasang, tetapi tetap berisiko untuk membuatkan seorang wanita untuk hamil.
Melalui penulisannya di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan kebarangkalian seseorang itu untuk hamil selepas memaki IUCD disebabkan beberapa faktor.
Artikel Menarik: [Elak Makan Kicap, Takut Gelap. Warna Kulit Anak Ikut Genetik, Bukan Makanan]
HAMIL WALAUPUN MENGGUNAKAN IUCD “Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?”
“Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!”

Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap?
“Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” Saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir.
Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor.
“Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” Tanya wanita sebaik saja saya meletakkan probe ke atas abdomennya.
NAMPAK KANTUNG, ADA DEGUPAN JANTUNG
Saya menarik nafas panjang. Di dalam abdomen tidak nampak pun sarung janin, hanya imej IUCD masih berada di dalam rahim. Sementara di skrin ultrasound, saya melihat imej fallopian tiub sebelah kanan bersama sarung dan janin di dalamnya. Degupan jantung juga kelihatan jelas.

“Ya, puan hamil tapi malangnya janin berada di luar rahim. Alat IUCD itu masih berada dalam rahim”.
Itulah nasib malang yang menimpa wanita itu. Beliau berusaha untuk mencegah kehamilannya namun takdir Allah dia hamil juga. Saya tidak dapat melakukan apa-apa rawatan terhadap kes seperti ini. Saya merujukkan semula kepada hospital swasta yang memasukkan alat ini agar tindakan susulan dapat diambil.
Intrauterine device atau disebut dengan ringkas IUCD adalah alat pencegah kehamilan yang digunakan oleh wanita untuk jangka masa yang agak lama sekitar 3 hingga 5 tahun. Ia mungkin hanya alat yang diperbuat dari plastik, atau yang dilingkari oleh dawai tembaga.
Artikel Menarik: [Rahim Adalah Rumah Pertama Janin Sebab Itu Ibu Tak Boleh Stres Demi Perkembangan Bayi]

KANDUNGAN LUAR RAHIM, GUGURKAN MELALUI PEMBEDAHAN Walaupun ia dianggap sebagai alat pencegah kehamilan yang agak berkesan, namun kebarangkalian untuk hamil ialah 1 dalam 200 wanita setiap tahun. Apa yang merisaukan jika berlaku kehamilan, kemungkinan besar kehamilan berlaku di luar rahim (ectopic pregnancy) dan terpaksa digugurkan secara pembedahan. Kehamilan dalam rahim juga boleh berlaku bersama alat IUCD di dalamnya.
Risiko untuk hamil adalah tinggi dalam tahun pertama menggunakan IUCD. Namun begitu kebanyakan mereka yang hamil akan mengalami keguguran dengan sendirinya (spontaneous abortion). Jika ia tidak mengalami keguguran, kehamilan ini boleh diteruskan, tetapi risiko bagi ibu dan bayi amat tinggi ketika memasuki fasa trimester ketiga kehamilan.
KALAU HAMIL KENA KELUARKAN IUCD SEGERA Oleh itu jika seseorang wanita itu hamil, IUCD tersebut harus dikeluarkan dengan kadar segera dan doktor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi memastikan tiada kehamilan luar rahim. IUCD akan dikeluarkan dari rahim dengan menarik benang yang diikat pada IUCD.
KENA RAJIN BUAT CHECK UP Ada juga doktor yang tidak bercadang mengeluarkan IUCD ini jika mendapati alat ini telah ‘terbenam’ pada uri (placenta). Jika ini berlaku, kehamilan terpaksa diteruskan tetapi risiko kelahiran pramatang mungkin berlaku. Jadi bagi wanita yang hamil bersama IUCD di dalam rahim, saya nasihatkan agar mengikuti nasihat doktor sebaiknya. Pemeriksaan berkala harus dijalani.
Artikel Menarik: [Tak Elok Marah-Marah Waktu Mengandung. Baby Dalam Perut Pun Boleh Jadi Stres]
Bagi wanita yang memakai IUCD pula, walaupun kebarangkalian untuk hamil adalah rendah, namun haruslah segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda kehamilan seperti tidak kedatangan darah haid 6 minggu setelah tarikh hari pertama kedatangan haid bulan sebelumnya. Jangan menunggu lebih lama kerana mungkin akan hamil walaupun menggunakan IUCD.
The post Nak Elak Mengandung Lagi, Guna IUCD. Dah Kuasa Tuhan, Tetap ‘Lekat’! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-elak-mengandung-lagi-guna-iucd-dah-kuasa-tuhan-tetap-lekat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Nak Keluar Berjalan Elak Bagi Anak Makanan Manis Benda Manis Buat Anak Aktif Semacam

Kalau Nak Keluar Berjalan Elak Bagi Anak Makanan Manis Benda Manis Buat Anak Aktif Semacam

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 295 hits
Semestinya bercuti merupakan aktiviti yang amat disukai oleh kanak kanak Mana tidaknya inilah masa untuk mereka bersuka ria Lazimnya percutian pendek seperti satu hari dua malam atau dua hari tiga malam merupakan kelaziman buat mereka yang ...
Loji Kuasa Solar Guna Air Garam

Loji Kuasa Solar Guna Air Garam

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 276 hits
Dilihat dari atas melalui udara foto nampak seperti sebuah taman permaianan raksasa yang luar biasa luas Taman yang dipenuhi ribuan cermin simetri pekeliling berpusat pada satu titik menara di tengah Tapi ini bukan taman permaianan melainka...
Elak Kucing Kencing Buang Najis Di Kawasan Rumah Cuma Guna 2 Bahan Pewangi Pakaian Cuka

Elak Kucing Kencing Buang Najis Di Kawasan Rumah Cuma Guna 2 Bahan Pewangi Pakaian Cuka

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 726 hits
Biasa berlaku di rumah kita ada tempat tempat yang jadi kesukaan kucing untuk kencing atau pun membuang najis Kadang kadang bukan kucing belaan kita pun tapi entah kenapa suka sangat jadikan depan atau belakang rumah port mereka membuang Ba...
Shafee Apdal Nak Tunjuk Kuasa Dua Jam Saya Tunggu Luar Pejabatnya Anifah

Shafee Apdal Nak Tunjuk Kuasa Dua Jam Saya Tunggu Luar Pejabatnya Anifah

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 312 hits
Anifah cerita pengalaman tunggu 2 jam nak jumpa Shafie Bekas anggota parlimen Kimanis Anifah Aman mendakwa Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal gagal membawa masuk pembangunan ke kawasan itu Beliau menceritakan pernah menunggu selama dua j...
Dah Cakap Dah Sekejap Tuhan Nak Tunjuk

Dah Cakap Dah Sekejap Tuhan Nak Tunjuk

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 327 hits
Sewaktu PRK Tg Piai baru ni kita kempen agar sokonglah calon PH dari Bersatu seorang Melayu bekas pendidik dan bekas imam Lebai pun jawab jangan sokong calon Bersatu walaupun melayu dan Islam kerana di belakangnya adalah Dap anti Islam kata...
Bekas Naib Canselor Upsi Lepas Bebas Tuduhan Salah Guna Kuasa

Bekas Naib Canselor Upsi Lepas Bebas Tuduhan Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 258 hits
MAHKAMAH Sesyen di Ipoh hari ini melepas dan membebaskan bekas naib canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr Zakaria Kasa daripada tuduhan nbsp salah nbsp guna kuasa memasukkan nama anak lelakinya nbsp untuk ditemuduga di univers...
Demi Keselamatan Orang Awam Polis Ini Sanggup Seluk Longkang Guna Tangan Elak Tersumbat

Demi Keselamatan Orang Awam Polis Ini Sanggup Seluk Longkang Guna Tangan Elak Tersumbat

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 309 hits
Tugas dan peranan pegawai polis sangat penting dalam masyarakat merekalah yang akan memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat dan terkawal Ada masanya mereka melakukan sesuatu yang bukan bidang kerja mereka tetapi atas dasar dedikasi...
Anak Yang Cakap Bahasa Jerman Sebenarnya Dia Nak Tiru Kita Sebab Tu Elak Cakap Panjang Panjang

Anak Yang Cakap Bahasa Jerman Sebenarnya Dia Nak Tiru Kita Sebab Tu Elak Cakap Panjang Panjang

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 319 hits
Bahasa jerman yang dihasilkan oleh kanak kanak atau secara istilahnya dikenali sebagai JARGON kita perlu tahu apakah kemahiran yang menyebabkan kanak kanak melakukannya terlebih dahulu Untuk kanak kanak belajar bercakap banyak kemahiran yan...
Ubah Undang Undang P Raya Bendung Salah Guna Kuasa Sumber Bersih

Ubah Undang Undang P Raya Bendung Salah Guna Kuasa Sumber Bersih

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 285 hits
KOW GAH CHIE PRK KIMANIS NGO reformasi pilihan raya Bersih mengulangi gesaan pembaharuan undang undang dalam menangani kesalahan pilihan raya Undang undang pilihan raya ketika ini tidak mencukupi untuk melindungi salah guna sumber dan kuasa...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik