Nak Bina Bonding Masa Bercuti Ada Caranya Dr Ni Kongsikan Mak Ayah Boleh Praktik


Bercuti bersama anak-anak bukan sahaja memberi mereka peluang untuk belajar dan meneroka dunia luar, tetapi juga dapat membina ikatan emosi dan kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat.
Bahkan dengan masa yang dihabiskan bersama-sama ahli keluarga kita sebagai ibu ayah mengharapkan akan dapat memperkuatkan hubungan kekeluargaan. Anak-anak akan merasa lebih dekat dan lebih selesa bersama adik beradiknya.
Pun begitu, melalui perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini perlu juga diberi perhatian. Menurutnya ada juga percutian yang dirancang oleh ibu ayah memberi kesan sebaliknya
Kenapa jadi begitu? Nak tahu detail ikuti perkongsian penuhnya di sini
Nak Bina Bonding Masa Bercuti Ada Caranya. Dr Ni Kongsikan, Mak Ayah Boleh Praktik! Ibu bapa tahu tak, bawa anak-anak pergi bercuti, bukan semestinya akan menguatkan “bonding” antara kita dan anak-anak
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak
Tidak semestinya
Ramai ibubapa sangka jika mereka bawa anak-anak pergi berjalan, mereka PASTI akan mengeratkan kemesraan dan jalinan kekeluargaan dengan anak-anak.
Tidak semestinya.
Kadangkala bila kita pergi bercuti, anak-anak akan jadi stress, malah dalam sesetengah situasi boleh menyebabkan mereka menjadi tidak senang dengan kita.
Contoh bercuti yang tidak merapatkan hati ahli keluarga.
Sebelum perjalanan, si ibu sibuk menguruskan barang-barang yang perlu dibawa. Anak-anak minta nak bawa itu ini, lalu si ibu menyuruh anak jangan menyibuk.
Semasa perjalanan, si ayah bersengkang mata semasa memandu. Isteri tidur kerana kepenatan. Anak-anak disuruh ikut tidur, atau diberi telefon untuk menonton Youtube.
Di destinasi, anak-anak melompat-lompat dan berlari-lari teruja. Si ayah marah-marah kepada anak kerana tak duduk diam. Anak ditarik-tarik oleh si ayah ke tempat dituju.
Sewaktu makan, anak-anak makan dengan seleranya, tapi bersepah-sepah dan comot. Si ibu marah kepada anak-anak kerana mengotorkan baju mereka.
Kemudian agenda utama keluarga bercuti ini adalah untuk ambil gambar cantik-cantik supaya boleh dikongsikan di media sosial. Anak-anak di suruh bergaya begitu begini.
Jika cutinya untuk 2-3 hari, perkara ini jugalah yang diulang untuk dua tiga kali. Akhirnya percutian pun berakhir, dan mereka pun kembalilah ke rumah.
Ibubapa pun rasa bangga, mereka anggap mereka dah berjaya bonding dengan anak-anak mereka. Sedangkan perkara yang sebaliknya berlaku.
Percutian begini sebenarnya mendatangkan stress kepada anak-anak. Mereka dilarang-larang, digesa-gesa, diarah-arah, dimarah-marah. Emosi mereka akan terganggu.
Malahan, ia mendatangkan stress kepada ibubapa juga. Pastinya selepas pulang dari percutian tu, ibubapa akan rasa penat dan lesu. Bukan rasa segar dan bermotivasi.

Jadi bagaimana cara yang betul untuk bonding dengan anak-anak?
Nak bina “bonding”, perkara yang paling penting sekali adalah komunikasi antara ibubapa dengan anak. Antara cara untuk menerapkan komunikasi yang baik antara ahli keluarga, dengan semulajadi adalah:
■ Meminta anak mengajar kita sesuatu yang mereka tahu, kemudian barulah kita ajar sesuatu kepada mereka (memperbetulkan kesalahan)
■ Meminta mereka bercerita tentang perkara yang mereka suka, kemudian kita bercerita sesuatu yang kita suka (menasihati mereka)
■ Bermain bersama permainan yang mereka suka, kemudian kita ajak mereka lakukan perkara yang kita suka (mengemas, dsb)
■ Membenarkan mereka memilih sesuatu, kemudian kita pula memilih sesuatu. Kalau ada percanggahan, maka cari titik persamaan.
■ Berterima kasih jika mereka membantu, memohon maaf jika kita tersilap, meraikan bila pencapaian serta kejayaan mereka.
■ Melibatkan mereka dalam perbincangan dan perancangan aktiviti keluarga, seperti percutian, menghias rumah, dsb.
■ Membaca buku cerita yang menarik dan menjawab soalan mereka tentang cerita berkenaan. Kemudian bertanya apa mereka faham tentang cerita itu.
dan banyak lagi.
Di rumah, sedang bercuti, atau di mana-mana sekalipun, pastikan ada aktiviti ini. Barulah “bonding” yang sihat akan terbentuk.
Bersambung… (penat taip)
Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sama-sama belajar
*Jangan salah faham. Bukan tak boleh bercuti. Cuma bercuti tu, biarlah semua gembira. Barulah ada “bonding”.
 
The post Nak Bina Bonding Masa Bercuti Ada Caranya. Dr Ni Kongsikan, Mak Ayah Boleh Praktik! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bina-bonding-masa-bercuti-ada-caranya-dr-ni-kongsikan-mak-ayah-boleh-praktik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Batuk Tak Hilang Hilang Mak Ayah Boleh Amalkan Selawat Syifa Ikhtiar Redakan Batuk Anak

Anak Batuk Tak Hilang Hilang Mak Ayah Boleh Amalkan Selawat Syifa Ikhtiar Redakan Batuk Anak

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 152 hits
Puas makan pelbagai ubat untuk bantu redakan batuk anak namun tak berhasil Selain mendapatkan ubat ubatan moden ibu bapa juga boleh mencuba selawat Syifa sebagai alternatif dalam mencari kesembuhan untuk anak anak Ini yang dikongsikan oleh ...
Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah Jaga Anak Ada Caranya Boleh Cuba Tip Ni

Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah Jaga Anak Ada Caranya Boleh Cuba Tip Ni

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 212 hits
Mama Kalau Nak Ajak Papa Tolong Kemas Rumah Jaga Anak Ada Caranya Boleh Cuba Tip Ni Mama kalau nak ajak papa kemas rumah dan jaga anak kena pakai petua Lelaki biasalah ada egonya Bila disuruh suruh seolah olah macam isteri memerintah pula I...
Masa Abang Datang Mak Tak Bagi Abang Sentuh Jenazah Kaklong Nak Cium Pun Mama Tak Redha Rupanya Ini Abang Buat

Masa Abang Datang Mak Tak Bagi Abang Sentuh Jenazah Kaklong Nak Cium Pun Mama Tak Redha Rupanya Ini Abang Buat

papar berkaitan - pada 23/10/2023 - jumlah : 467 hits
Assalamualaikum semua pembaca dan selamat sejahtera Aku perkenalkan diri aku dulu Nama aku Lisa Ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun setengah Cerita ni bukan pasal aku Tapi akak ipar aku Aku panggil kaklong Atau sekarang aruwah ka...
Buat Nasi Ayam Sedap Ni Resipinya Nak Nampak Ayam Tu Cantik Berkilat Ada Caranya

Buat Nasi Ayam Sedap Ni Resipinya Nak Nampak Ayam Tu Cantik Berkilat Ada Caranya

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 185 hits
Biasanya makanan itu ada daya tarikannya yang tersendiri dan susah untuk kita jelaskan dengan kata kata Tapi bila sudah rasa baru tahu nikmatnya Begitu juga jika kita menikmati hidangan set nasi ayam bukan sahaja rasanya power dan sedap war...
Lepas 20 Tahun Aku Duduk Rumah Kebajikan Baru Aku Tahu Sebenarnya Ayah Yang Buang Aku Dengan Rm50 Bukannya Mak

Lepas 20 Tahun Aku Duduk Rumah Kebajikan Baru Aku Tahu Sebenarnya Ayah Yang Buang Aku Dengan Rm50 Bukannya Mak

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 182 hits
Selepas 20 tahun aku duduk rumah kebajikan sekarang baru tahu yang ayah sebenarnya buang aku dengan duit RM50 bukan mak Assalamualaikum apa yang aku tulis ni ialah sebuah tulisan tentang perjalanan aku mencari asal usul aku Selain itu sebag...
Anak Ramona Zamzam Sedih Datuk Tak Nak Luangkan Masa Rupanya Emosi Terganggu Kerana Isu Palestin

Anak Ramona Zamzam Sedih Datuk Tak Nak Luangkan Masa Rupanya Emosi Terganggu Kerana Isu Palestin

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 180 hits
Rentetan siri penderitaan rakyat Palestin yang tercetus kini membuatkan ramai antara kita berasa marah sedih malah berasa sayu melihat penduduk Palestin terus menjadi mangsa kekejaman Israel Apatah lagi apabila melihat serangan letupan di h...
Laa Senang Je Rupanya Buat Roti Canai Dekat Rumah Pun Boleh Buat Ini Caranya

Laa Senang Je Rupanya Buat Roti Canai Dekat Rumah Pun Boleh Buat Ini Caranya

papar berkaitan - pada 14/10/2023 - jumlah : 277 hits
Lihat sahaja restoran yang menjual roti canai pasti penuh dengan pelanggan Lebih enak jika dihidangkan dengan kuah kari serta sambal yang power Laa senang je rupanya buat roti canai dekat rumah pun boleh buat ini caranya Anda nak cuba buat ...
Nak Gi Dinner Dengan Ayah Anak Anak Ke Tidak Akan Terjadi Puteri Sarah Geli Dengan Pertanyaan Netizen Ini

Nak Gi Dinner Dengan Ayah Anak Anak Ke Tidak Akan Terjadi Puteri Sarah Geli Dengan Pertanyaan Netizen Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 429 hits
Semalam tular video pelakon jelita Puteri Sarah bercerita mengenai hubungan baik bersama bekas suami Syamsul Yusof dan video itu aktres terbabit sempat berseloroh mengatakan Syamsul ada saja singgah di rumah dan makan dua kali Susulan itu v...
Jangan Nak Happy Sangat Keluar Masa Cuaca Jerebu Elak Minum Kopi Untuk Kekal Sihat

Jangan Nak Happy Sangat Keluar Masa Cuaca Jerebu Elak Minum Kopi Untuk Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 235 hits
jerebu yang melanda negara tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan kita Malah sekolah tadika dan taska di Malaysia turut diarahkan tutup serta merta sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara melebih...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Startups Vs Established Industries


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan