Nak Berniaga Tapi Takde Modal
Disebabkan ekonomi gawat dan barang juga semakin lama semakin mahal maka kita memerlukan modal yang agak banyak untuk memulakan sesuatu bisnes atau pun pelaburan.
Disini saya sertakan beberapa cara bagaimana kita boleh dapatkan modal untuk menjana keuntungan melalui pelaburan emas:
1) Simpanan.
Saya percaya awak pasti ada wang simpanan dekat bank bukan? Jadi tunggu apa lagi, keluarkan sedikit dan boleh terus melabur dalam emas. Simpanan tetap di bank hanya memakan nilai wang awak sahaja. Ia merugikan bukan?
2) ASB-Overdraft
Jika anda mempunyai simpanan di Amanah saham bumiputra, anda boleh cagarkan sijil ASB anda kepada bank untuk mendapatkan overdraft. Disini saya tidak akan terangkan secara terperinci proses ASB-Overdraft ini kerana agak panjang dan boleh mengelirukan awak nanti :)
3) Personal Loan.
Berita baik kepada penjawat Awam (kerja kerajaan). Sekarang BSN dan juga Public Bank ada menawarkan pinjaman peribadi dimana interest rate adalah sekitar 5% sahaja. Inilah peluang bagi penjawat awam memulakan pelaburan emas ini.
4) Cagar Emas.
Awak mempunyai gelang atau rantai emas? Maka awak boleh memulakan pelaburan emas ini dengan wang cagaran tersebut. Tetapi harus berhati-hati, risiko disini adalah bayaran upah simpan sekitar 1% sebulan.
5) Pinjam yang tidak ada interest
Jika awak ada saudara mara atau rakan yang sanggup melabur wang mereka, awak boleh yakinkan mereka untuk memberi pinjaman kepada awak. Berikan mereka satu tempoh masa dan awak berjanji akan membayar kemabali wang mereka berdasarkan tarikh yang dipersetujui.
6) Jadi affiliate/ agen
Jika awak mahir bab komputer dan internet menet ni bolehlah cuba untuk test market di luar dengan menjadi ejen atau affiliate sesuatu produk. mungkin anda boleh cuba di sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.asetberhargasaya.com/2019/09/nak-berniaga-tapi-takde-modal.html