Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand Ini 3 Dokumen Penting Korang Perlu Ada
Melancong ke Thailand menjadi salah satu destinasi wajib para pelancong. Ya, kerana mempunyai pantai yang cantik malah mempunyai budaya dan peraturan berbeza daripada negera yang lain.
Jika anda baru pertama kali datang ke Thailand, pasti perasaan teruja membuak-buak. Ia juga menjadi sebuah negara yang dipenuhi dengan makanan yang lazat dan pelbagai.
Pasti ramai yang bertanya, boleh ke bawa kenderaan sendiri masuk ke negera jiran tu? Jawapannya ya, boleh. Cuma ada beberapa perkara yang perlu anda menitikberatkan.
Lelaki ini kongsikan tips dan keperluan yang patut ada jika anda membawa kereta Malaysia ke Thailand.
Benda yang perlu ada;
Passport
Sijil pemilikan kenderaan
Insurance kereta (Thailand)
Passport
Mesti masih belum tamat tempoh. Isi borang ketibaan dan cop passport dikaunter. Borang ketibaan kalau tak pandai isi, ada kaunter yang boleh isi tapi diorang mintak rm 2. (isi sendiri free: mudah dan ringkas jer maklumat).
Sijil pemilikan kenderaan
Kata mudah adalah geran kereta. Kalau tak ada original, sila pergi ke JPJ tempat korang dan request salinan. Sekejap sahaja korang dapat copy dengan harga rm50.
Menurut lelaki ini, salinan geran sesetengah pintu masuk tidak akan diterima. Untuk pengetahuan anda, jika anda liminate geran korang berkemungkinan akan ditolak oleh pihak kastam Thailand.
Ada lagi satu perkara yang perlu anda tahu, iaitu jika anda membawa kenderaan bukan milik sendiri, anda memerlukan surat akuan sumpah yang lengkap jika tidak korang tidak dibenarkan masuk.
Kata lelaki ini lagi, ada juga kes kereta disita sebab masalah pemilikan.
Insurans kereta Thailand
Boleh beli di pintu sempadan Malaysia atau di kaunter semasa diorang nak isi simplified customer declaration form.
Untuk pengetahuan anda, ada harga untuk setahun, 6 bulan atau seminggu. Biasa ambil setahun insurance harga dalam RM 90. Untuk jenis pergi sekejap boleh minta seminggu dalam harga Rm 20.
Bila korang dah cop passport terus pergi special kaunter untuk kemasukan kereta. Bagi passport dan geran kereta. Di sini korang boleh beli insurance (biasa diorang offer). Diorang akan keluarkan Simplified customer declaration form untuk korang.
Untuk pengetahuan anda semua, jika anda merupakan orang yang baru pertama kali masuk ke Thailand, tempoh yang diambil untuk masukkan data dalam sistem agak lama tapi jika dah selalu masuk, masa yang diambil singkat dan mereka terus printkan simplified customer declaration form.
Kemudian, korang pergi minta cop dekat Pegawai diorang yang dekat luar. Biasanya diorang akan tanya mana kereta untuk pastikan betul. Pihak mereka akan cop dan kita kena sign macam perjanjian.
Jangan lupa bagi balik borang simplified declaration masa cop passport keluar.
Kalau tak, timbul lagi satu masalah bila nak masuk sekali lagi nanti.
Sumber: Krik Alfie
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/01/nak-bawa-kereta-sendiri-masuk-thailand-ini-3-dokumen-penting-korang-perlu-ada/