Nak Bangga Biar Bersebab


 

Jarang-jarang saya sependapat tetapi kali ini saya setuju dengan pandangan Khairuddin Aman Razali (dulu orang PAS sekarang Umno) ketika beliau menegaskan umat Islam (dalam konteks ini boleh juga dibaca orang Melayu) tidak wajar dihidangkan dengan kisah dongeng dan andaian atas nama mengangkat kehebatan bangsa Melayu.
Beliau mengulas apa yang diperkatakan pensyarah UIAM Solehah Yaacob mengenai Siti Khadijah Khuwailid, isteri Nabi Muhammad menerusi video tempoh hari yang mengakibatkan tindakan diambil oleh pihak universiti ke atasnya.
Solehah bagaimanapun mendakwa beliau tidak pernah menyebut Siti Khadijah berasal dari Tanah Melayu. 
Saya cuma membuka persoalan meminta para pendengar berfikir. Maksudnya pendengar diminta berfikir tentang apa yang beliau katakan dalam video itu.
Jadi apa yang beliau kata? Solehah berkata Siti Khadijah merupakan wanita kaya dan mempunyai perniagaan yang besar. Tidak boleh dipersalahkan beliau berkata demikian kerana ini fakta yang tidak dinafikan.
Seterusnya Solehah berkata “untuk mempunyai perniagaan yang besar seperti itu anda mesti memiliki emas. Tidak ada forex ke, bitcoin ke masa itu. Dia kena ada suatu yang diminati oleh semua orang di atas dunia ini iaitu emas.

Dan emas tidak ada di bumi Arab. Emas ada di mana tuan-tuan dan puan-puan? Di tempat kita. Kita ini bumi emas.
Itu yang Solehah mahu para pendengar buka minda dan fikir. Bagi saya reading between the lines jelaslah apa yang tersirat dan tersurat yang ditonjolkan beliau. She is saying without saying. Rasanya ramai boleh add two and two together.
Apa lagi menerusi penjelasan ‘membela diri’ di Facebook, Solehah menegaskan 
bagi mereka yang kurang menelaah atau tidak pernah tahu beberapa catatan klasik mengaitkan peranan orang Melayu yang cukup besar di bumi Arab, nasihat saya kita jangan cepat melatah terhadap maklumat yang pelik di telinga kita, kemungkinan kita pun kurang mengkaji dan menelaah.
Sekali pandang itu kenyataan panjang yang memerli dan menghentam pengkritik beliau. Tetapi bagi saya kata kuncinya ialah ‘catatan klasik’ dan ‘peranan orang Melayu yang cukup besar di bumi Arab’. Pada hemat saya beliau mahu orang Melayu berbangga dengan ‘peranan besar orang Melayu di bumi Arab’.
Sesungguhnya orang Melayu pasti bangga akan peranan penting itu. Apa lagi ada pula kaitan dengan wanita sehebat Siti Khadijah. Jika semua itu benar. Diulang jika. Mesti ada buktilah. Oleh itu tampilkan bukti serta fakta, barulah orang Melayu boleh dan akan bangga.
Saya ulangi kata-kata Khairuddin tadi. Jangan hidang kisah dongeng (atau andaian) bagi angkat kehebatan Melayu, untuk dijadikan kebanggaan bangsa Melayu.
Tidak lama dahulu timbul juga dakwaan oleh orang yang digelar atau mengelar diri ‘agamawan’ kononnya Nabi Adam turun di Gunung Jerai dan Saidina Uthman Affan pernah ke Kedah. Saya kira tujuannya juga sama yakni supaya orang Melayu khususnya orang Kedah berbangga betapa bertuahnya negeri mereka mendapat kunjungan Nabi Adam dan Saidina Uthman. Adakah orang Melayu percaya? Daripada jutaan orang Melayu tentu ada yang percaya walaupun tidak diketengahkan bukti, hujah, dan fakta. Main sedap cakap je. Sekali lagi wajar digunakan saranan jangan saji kisah dongeng untuk angkat kehebatan Melayu.
Ada lagi kisah kehebatan Melayu yang ditimbulkan bertujuan membuat orang Melayu bangga akan bangsanya. Umpamanya wujud empayar Melayu zaman silam. Begitu juga legasi maritim atya pelayaran orang Melayu. Ada yang benar dan sememangnya membanggakan. Namun ada juga sekadar dakwaan dan andaian yang tidak pernah dibuktikan. Maka eloklah diabaikan kerana tidak ada apa yang membanggakan jika ia cakap-cakap kosong.
Meneruskan soal bangga saya catat kesombongan dan keangkuhan beberapa pemuda yang mendakwa mereka bangga menjadi rakyat negara ini dan Malaysia negara mereka. Ia diceritakan oleh bekas personaliti televisyen, Sheahnee Iman Lee.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sheahnee berkata baru-baru ini ibunya, yang berasal dari Australia dan berusia 72 tahun, menggunakan perkhidmatan KTM dari stesen Klang ke Kuala Lumpur.
Menurut Sheahnee, ibuya mendapati sekumpulan remaja lelaki memasuki koc yang disediakan khas untuk wanita. Lalu ibu beliau menegur kumpulan remaja itu kerana berbuat demikian. Notifikasi mengenai koc wanita ditampal merata tempat dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ertinya tidak mungkin mereka tidak tahu dan masuk koc wanita dengan tidak sengaja.
Teguran ibu Sheahnee mendapat reaksi kumpulan remaja itu. 
Tahu apa yang budak-budak itu jawab? Mereka dengan biadap kata kami rakyat Malaysia. Ini negara kami, kata Sheahnee.
Nyata mereka berkata begitu kerana ibu Sheahnee bukan orang Malaysia lantas mereka boleh berbuat sesuka hati kerana ini negara mereka.
Ini bukan patriotic, bukan semangat sayang negara. Ini kurang ajar. Ini ‘kebanggaan’ yang tidak membanggakan malah memalukan. Malaysia tidak perlu kebanggaan semacam ini. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/nak-bangga-biar-bersebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Biar Lagi Ka Dia Ni Dok Fitnah Bukan Bukan Ni

Nak Biar Lagi Ka Dia Ni Dok Fitnah Bukan Bukan Ni

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 58 hits
Najib Bakar Hawa Yaakub dah tiga kali buat hal Dua kes awal dah ada laporan polis Satu bab fitnah biasiswa Khazanah Dua bab manipulasi titah Sultan Perak Tiga dalam minggu ni bab fitnah orang mati dikait dengan kebuluran akibat tiada beras ...
Tak Payah Nak Runding Runding Lah

Tak Payah Nak Runding Runding Lah

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 57 hits
SIAPA ORANG KERAJAAN MADANI YANG DIHANTAR BERJUMPA PAS Mursyidul Am Pas Hashim Jasin mengsahkan terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibra...
Nak Cari Mana 1 Billion

Nak Cari Mana 1 Billion

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 88 hits
Zainuddin OmarBelanjawan 2024 Kerajaan Kelantan hanya memperuntukkan RM 468 36 juta untuk bajet pembangunan Mana nak korek RM 1 billion untuk tukar paip air BACHOK The Kelantan government through Air Kelantan Sdn Bhd is repairing 1 050km of...
Dah Tengah Hari Baru Nak Up

Dah Tengah Hari Baru Nak Up

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 149 hits
nbsp Assalamualaikum Semua dah keluar makan tengah hari ke tu nieyl baru ada masa nak update breakfast Pagi jumaat rezeki bos belanja nasi lemak sambal paru Bagus seller ni sambal paru tu dia asing letak dalam plastik sebab nasi lemak ni da...
Nak Harap Parfi Ni Jaga Melayu Istana Pun Depa Hina

Nak Harap Parfi Ni Jaga Melayu Istana Pun Depa Hina

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 87 hits
Kenyataan ni sendiri pun bersifat Laporan polis dibuat oleh TMP sendiri Kalau Hamzah kata pendakwaa bermotif politik maknanya dia tuduh Itu sendiri pun dah sentuh 3R Patut Hamzah pun dah kena panggil ni Biadab sangat kenyataan dia Macam man...
Budak Baru Nak Besar Buat Perangai Kononnya Hebat

Budak Baru Nak Besar Buat Perangai Kononnya Hebat

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 86 hits
Semalam memang mendidih baca komentar dalam BN Tentang nak gerak solo la UMNO parti dominan la nakkan jawatan Menteri Komunikasi la Tapi hari ni jumpa video ucapan Sejuk sikit hati Ini cara orang lama main politik Lembut cakap beralas Bukan...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension