Najibrazak Aset Kepada Umno Ini Sebabnya
UMNO silap langkah la kalau terima MAHATHIR dan sisihkan NAJIB .
Aku ada pendapat aku sendiri tentang politik .
1 . Aku BANTAH KERJASAMA ANTARA UMNO DAN BERSATU .
Yang merosakkan UMNO sampai UMNO jatuh dan hilang kuasa adalah di sebab kan MAHATHIR . Dia caci UMNO , dia HINA UMNO , dia cerca UMNO seolah-olah UMNO tidak pernah berjasa pada dirinya DAN KELUARGANYA .
Kini UMNO ingin rela hati bekerjasama dengan dia ? Mudahnya lupa apa yang dia buat pada UMNO sehingga UMNO karam lubang sana sini ada lompat parti hanya kerana tak boleh terima yang UMNO kini adalah PEMBANGKANG . tak belajar dari sejarah ke ?
Dia lupa dia naik kerana UMNO dan dia dia juga lupa kerana ahli-ahli UMNO yang mendokong dia penuh lah dia masih boleh berkuasa sehingga 22 tahun lamannya .
Kejayaan tak kan datang dengan sendirinya kalau tiada orang di belakang nya . Siapa orang tu NAJIB RAZAK and UMNO . ketika dia NAIK jadi perdana menteri NAJIB lah orang yang sentiasa mendokong dia kini dia pandang NAJIB terlalu hina .
Pantang aku kalau manusia yang jenis gigit balik tangan yang memberi .
Waima sekarang Najib sudah jatuh pun dia tetap tak puas hati
Jadi di sini Sekarang ni siapa yang mudah lupa ?
2 . UMNO PERLU SINGKIRKAN NAJIB ?
Seriusly kalau benda ni berlaku aku dengan secara rasminya dah malas nak ambil tahu soal politik . Serius aku cakap betul . Aku anak muda yang terus beri sokongan pada UMNO kerana NAJIB .
Najib sumber insipirasi aku even beliau kini sudah tidak berkuasa lagi . Aku akui tak mungkin najib jadi PM untuk ke dua kali nya tapi ideanya, visi misi dan corak pemerintahanya sangat bagus .
Maka kau nak cakap apa pun tentang dia selagi dia belum terbukti bersalah aku tetap menyokong dia .
Najib dah lalui macam-macam dugaan . Kalah PRU dia di persalahkan 100% , ahli UMNO sendiri benci dia , dia lepas kan semua jawatan dalam UMNO tanpa perlu di desak even ada yang mendesak , semasa beliau jadi PM pun ada juga AHLI UMNO TAK SEDAR DIRI suruh dia step down konon najib ni teruk sangat , dengan fitnah yang melanda dirinya dan keluarganya .
Ya aku tahu ini adalah Asam garam dunia politik tapi tidak kah kalian punya mata untuk melihat ?
Hari ini kerana NAJIB juga aura nya juga, figuranya rakyat jadi kembali kepada UMNO . Fitnah terhadap diri nya semakin hari semakin rakyat tidak percaya .
Rakyat semakin selesa dengan NAJIB atau nama femesnya kini adalah bossku . Kerana apa selesa kerana kini Allah memperlihatkan najib seakan-seakan di fitnah selama ini . Fitnah untuk dapatkan kuasa .
Najib ini lembut orangnya dia tak nak apa-apa jawatan pun di kala rakyat mahukan dia jadi perdana menteri kembali .
Dan aku yakin jika NAJIB di singkir kan dari UMNO rakyat akan bersuara . Bersuara dengan cara apa ? Itu sendiri korang fikir .
Akhir kalam ,
Pada aku sebagai anak muda NAJIB is the right leader . Kau jatuhkan dia pun dia masih boleh terima dengan hati yang redha . Kau ludah dia pun dia masih boleh ukir senyuman pada kau .
Yes sebab tu aku katakan najib Aset kepada UMNO .
Kalau kau betul - betul sayang UMNO fikirkan lah apa yang aku tulis ni
Sekian ,
Mohd Izwan Abu Bakar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/06/najibrazak-aset-kepada-umno-ini-sebabnya.html