Najibnomena




Anda boleh memilih untuk tidak menyokong Najib Razak. Tetapi satu perkara yang anda semua tidak boleh nafi hari ini adalah bagaimana berkesannya beliau berfungsi sebagai pembangkang dan kebangkitan beliau dalam populariti politik

Gaya DS Najib telah banyak berubah sejak PRU14. Politik beliau yang dahulunya stagnant dan skema hanya boleh berfungsi menambah maklumat semata mata. Ia membosankan. Hari ini beliau sudah boleh menghiburkan kita dengan 'personal touch' kepada cara hidup rakyat biasa, lebih natural dalam pergerakan tubuh / pengucapan awam dan mula menjadi trend setter

Saya juga berani sebut bahawa beliau sudah mula menunjukkan ciri seorang negarawan. Dalam satu program di Kerinchi beberapa hari lepas, beliau ditanya adakah beliau mahu menjatuhkan PM Tun Dr Mahathir kerana 'menzaliminya'? Jawapan DSN ringkas. Tidak. Dia mahukan Tun diberikan peluang untuk memerintah dan beliau mahu bekerjasama dan menyumbang bagi meneruskan pembangunan rakyat

You see, style begini bukan taraf ahli politik cabuk. Sebahagian ahli politik kita sanggup memburukkan kerajaan dengan fakta salah di luar negara dahulu. Sebahagiannya pula sanggup memujuk dan mendesak rakyat turun ke jalan raya. Semuanya bagi melihat kerajaan lama gagal. DSN tidak. Dia mahu kerajaan hari ini berjaya dan dia mahu membantu sama. Gagal kerajaan hari ini maka rosaklah negara

Dan hanya orang yang boleh mendahulukan negara daripada kepentingan peribadi mempunyai potensi menjadi negarawan. 
Anda boleh menuduh beliau dengan isu 1MDB. Tetapi apa yang anda semua mungkin tidak sedar, personal touch beliau kepada golongan pedalaman dan kampung masih kukuh berakar umbi. Sepanjang 9 tahun menjadi Perdana Menteri, kelompok ini lah yang paling banyak dibantu, paling banyak dibangunkan dan paling banyak menerima manfaat. BR1M, insentif tunai nelayan, petani, penoreh getah, pembangunan infrastruktur jalan pendalaman, bekalan utiliti asas, bantuan pemandu teksi, skim latihan pekerjaan, kemudahan kesihatan dan pelbagai lagi. Ini semua kebanyakannya dinikmati kelompok terbawah yang selama ini terlalu jauh tertinggal daripada kelompok bandar

Apabila sebahagian nikmat ini hilang, maka kelompok inilah yang paling terasa. Menghapuskan GST tidak mengurangkan beban apa-apa melainkan kepada peniaga. 
Jadi bukan sesuatu yang aneh bila kita melihat sambutan orang asli kepada beliau di PRK Cameron Highlands. Bandingkan dengan Bossmu Lim Kit Siang (林吉祥) yang hanya boleh bising pasal jalan roti canai walaupun mereka sendiri sudah jadi kerajaan

Apabila kelompok pemandu teksi sendiri yang selama ini banyak berkempen untuk PH mula berpaling meminta bantuan DS Najib semalam, ia menunjukkan betapa efisiennya beliau sebagai pembangkang. Walaupun pendirian politik sebahagian pemandu teksi ini mungkin belum berubah, hadirnya mereka bertemu dengan DSN membuktikan bagaimana mereka melihat beliau sebagai 'penyelesai masalah'. [1]
Dan ia terbukti bagaimana tekanan2 bersahaja beliau di media sosial menyebabkan kerajaan hari ini tunduk dalam beberapa isu. Contohnya penurunan harga minyak

Style penyampaian yang mudah dan ringkas yang dibuat oleh beliau hari ini dalam isu isu semasa termasuk townhall dan sesi dialog sebenarnya lebih berkesan. Sesuai dengan ayat Allah Taala berbunyi:


"Sesungguhnya kebanyakan manusia itu tidak mengetahui"

Apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan untuk menghancurkan kredibiliti beliau selama ini adalah melalui kaedah yang sangat ringkas. 1MDB rasuah. Rosmah beli cincin. Mana RM2.6 bilion. PH memahami bahawa majoriti rakyat adalah 'simpleton'. Atau tidak mengetahui / bodoh / malas berfikir. Memberi jawapan yang panjang lebar seperti yang dibuat oleh team BN dahulu kala walaupun mungkin betul tetapi tidak akan sampai kepada kotak akal majoriti rakyat

Apa yang DSN buat hari ini adalah dengan strategi dengan hampir sama. Cuma fakta yang dibawanya adalah lebih kuat dan irrefutable (tidak dapat ditangkis)

Dan inilah yang membimbangkan PH. Mereka tidak ada masa untuk menyerang atau menjawab seperti dahulu kerana bebanan menguruskan negara sudah ada di bahu mereka. Belum lagi dikira pergeseran dalaman terbuka sesama pemimpin atasan

Maka munasabah lah apabila Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sendiri terpaksa mengakui prestasi cemerlang DSN sepanjang menguruskan negara. [2] Atau ketika MITI sendiri mengakui perdagangan Malaysia adalah paling tinggi tahun 2017 sepanjang tempoh 13 tahun

Itulah Najib. Berjaya ketika menjadi kerajaan. Dan efisien ketika menjadi pembangkang

Benarlah kata orang tua tua dahulu. Benih yang baik, jatuh ke laut mana pun akan menjadi pulau

Benih yang buruk? Tanya bossmu Lim Kit Siang lah! 
Sekian,
Abdul Rahim Hilmi ZakariyaTukang Pacak Bendera DAPParlimen P103 Puchong 2008


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/01/najibnomena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Ph Kena Alih Baju Pn Tak Perlu Masjid Pun Ada Kasta Gak

Internet Malaysia Masih Terkesan Dengan Kerosakan Kabel Dasar Laut Di Laut Merah

Shanghai Dim Sum Dan Big Bowl Noodles Di Dorsett Grand Subang

Siri Iqoo Z9 Yang Dikuasakan Oleh Snapdragon 7 Gen 3 Kini Dilancarkan Di Malaysia

Hantar Anak Ke Sekolah Tidak Pakai Topi Keledar

Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam